BAB 8

Humor Completed 32206

Haish! Dia ni lagi.. bini dia tak marah ke? Kesian bini dia.

+ morning sunshine. Wake upp! Nice day for ya.. ~u too.. + harini Nik kena terbang. First time off to Mauritius. Soo excited! ~ business trip? Guudluck then!

+ naa.. salah. Im a pilot ? be proud of me. And pray! Pray for me. And and.. wait for me. ~ pilot? Wow ok. Wish u best of luck. Bye.. Pesanan tu sepatutnya bagi dekat bini dia bukan aku! Aku bangun dan membersihkan diri. Aku nak keluar jogging. Aku harap aku lebih segar lepasni. Apa selalunya perempuan suka? Teddy bear? Minyak wangi? Handbag? Tiba tiba mata Nik terhenti di sebuah kotak music berwarna pink lembut. Sangat ringkas namun Nampak sangat menarik. Memainkan irama lagu Endless Love nyanyian Lionel Richie. Nik tersenyum sendiri. Ahh Amirah aku dah nak gila.. tunggu aku balik! Amirah macam biasalah. Sengaja disibukkan diri supaya ingatannya jauh dari lelaki tu. Banyak whatsapp yang dihantar namun tidak pula aku cuba membalas. Biarlah sakit sikit sekarang daripada terluka lebih parah nanti. Tok tok tok! Pintu dikuak dari luar.

“ cik,ni ada bungkusan untuk cik. “ hadiah yang dibalut cantik yang dihulurkan diambil dengan beribu kerutan di dahi. Kalender dijeling sekilas. Bulan 2 baru. Jauh lagi hari lahir aku.

“ Diana,siapa bagi ni?” tanyaku sambil mata sibuk membelek hadiah di tangan. “ saya tak tanya pula namanya cik tapi dia datang pakai baju pilot. Hensem cik..” keningku angkat sebelah. Ewah ewah tersengih sengih mengalahkan kucing miang nak mengawan ni kenapa budak ni?

“ sudah sudah. Pergi sambung kerja. Thanks by the way” kataku. Sebaik Diana keluar dari ruangan kerjaku jariku lincah membuka balutan itu. Pilot? Siapa pula pilot yang sangkut dengan aku ni? Kotak music. Cantiknyaaa.. tanpa sedar bibirnya mengukir senyuman lebar. Dia seolah terpukau melihat kotak music yang dikira unik dan sangat cantik ini. Mesti mahal. Ada ruangan untuk meletakkan barang perhiasan. Cermin pun ada. Wahh. Ada kad!

“ assalamualaikum. I nak mengarang memang tak reti tapi.. semua lirik lagu ni memang apa yang I nak sampaikan dekat U ? enjoy!” Aku tersandar. Nik. Dialah yang menghantar hadiah ini. Lagu Endless love itu memeriahkan ruang kerja yang sunyi itu. Mengenangkan bait lagu itu hatiku sayu. Tanpa sedar ada air jernih yang jatuh. Aku tertunduk Cuma. Tubuh kecilku terhinggut hinggut menahan tangis. Kenapa mainkan aku kalau kau tahu kau dah berpunya,lelaki jahat? Aku mengambil hadiah itu dan tas tanganku. Air mataku kesat kasar. Aku bukan lemah. Aku takkan biarkan cinta melemahkan aku. Huh! Langkahku atur keluar dari bilikku ke ruang meletak kenderaan.

Namun sempat aku memberitahu Diana bahawa aku ingin mengambil cuti kerana ada hal yang tidak dapat dielakkan. Memang! Soal hati yang remuk redam ni pun tidak boleh dielakkan kan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience