BAB 1

Humor Completed 32205

13 Oktober 2009

Hari itu merupakan hari terakhir peperiksaan Sijil penilaian Malaysia (SPM). Amirah Sofea dan Nazira Imani berjalan pulang dari sekolah dengan payung ditangan digunakan untuk melindungi kepala dari panahan mentari yang bersinar terang hari itu.

Semasa mereka duduk di sebuah kerusi kayu di bawah pohon yang rendang di taman yang penuh dengan bungaan yang berwarna warni daripada pelbagai spesis itu,Nazira Imani mengeluarkan telefon Samsung galaxy Mini putihnya.

“ Beb, nak tengok tak gambar budak yang aku suka tu?” Nazira tersengih sengih. Jelas sekali bahagia.

“ Nak,meh lah sini nak tengok.” Amirah bertanya sambil matanya sibuk mengintai skrin telefon bimbit milik teman baiknya itu.

“ tadaa.. Irfan Zaqwan. Ganteng enggak(kacak tak)?” aku tersenyum. Tidak dapat aku nafikan sememangnya kacak orangnya. Maklumkan mukanya ala-ala mamat arab gitu. Tapi mata aku lebih tertarik dengan kawan kepada lelaki itu.

“ err weh,. Siapa ni?” jariku tuding kearah lelaki yang Berjaya menggetarkan hatiku.

“ Nik Abbas Hakimi. Kenapa? Haa kau suka dia eh?” alamak Nampak sangat ke aku suka dia. Hihi malunya..

“ eh manada lah Naz. Aku tanya aja sebab.. muka dia macam lelaki yang aku Nampak dalam mimpi aku. Aku tak sure. Its just coincidence maybe.” Pipiku terasa membahang.

“ Mungkin dia jodoh kau. Kalau kau nak kenal dengan dia aku boleh tolong?” Nazira Cuma menawarkan pertolongan. Namun aku pantas menggelengkan kepala.

“ eh tak payahlah Naz. Hmm cumanya kalau kau ada Twitter dia ke Instagram dia ke meh la sini.” suaraku diperlahankan. Malu! Tapi Nazira sangat memahami. Tanpa banyak soal pen dan kertas diambil dan di tuliskan apa yang diperlukan. Sayang Naz! Hatiku mengembang dan tersenyum sendiri.

“ terima kasih. Sayang kau beb. Where on earth can I found someone like you again.. jom balik. Karang lambat mama kau marah pula. Dahlah malam ni korang ada family gathering.” Aku memakai beg dan mencapai payungku. Nazira hanya menurut. Kami berjalan lagi sambil berbual tentang banyak perkara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience