BAB 5

Humor Completed 32205

Akhirnya pada hari ini Naz akan sah bergelar isteri kepada lelaki yang sangat dicintainya iaitu Irfan Zaqwan. Aku tumpang bahagia. Seperti yang dijanjikan Amirahlah akan menjadi pengapitnya. Amirah mengenakan Dress berwarna mint yang kelihatan elegan dengan manik manik putih. Dipadankan dengan halfmoon shawl yang berwarna senada. Kelihatan sangat sempurna dan menyerlah. Nik pula bakal menjadi pengapit bagi Irfan. Nik mengenakan baju kemeja berwarna mint berwama tuksedo putih. Menaikkan aura kacak yang sedia kalanya naik. Pastinya akan ada banyak lagi hati yang menggilainya. Dan semestinya banyak hati yang bakal menangis kerana hakikatnya Nik sudah dimiliki hatinya. Jantung Nik semakin berdebar. Apa tidaknya,detik untuk dia bertemu semula dengan Amirah Sofea yang saban hari menemaninya dalam tidur dan jaganya. Pasti Amirah akan terkejut melihat aku sebab Naz dengan Irfan tak bagitahu pengapit laki tu adalah aku. Bisiknya sambil tie reben berwarna putih dileher di betulkan. “ fan? Dah siap ke? Jom, kita boleh keluar dah.” Nik memberitahu Irfan sambil membetulkan kot rakan karibnya. Perfect! Nik berpuas hati. Mereka jalan beiringan keluar dari bilik menuju ke pintu utama yang akan pengantin masuk. “ beb, pengantin laki dah kat luar. Jom? Kau dah ready?” tangan sejuk Naz dicapai dan digenggam memberi sikit kekuatan. “ weh aku lawa tak? Dah okay ke macam ni?” tangan Naz menggigil. Jelas Nampak cuaknya. “ oi mestilah lawa. Kawan aku kan.. haha. Ada ke orang dalam dunia ni yang lagi lawa dari kau?” Naz tersenyum. Senang hatinya mendengar kata kata kawannya. Mereka berpelukan kejap kemudian mereka jalan keluar dari bilik hotel dan menuju ke pintu dimana pengantin lelaki menunggu. “ alamak beb kau turun dulu k. your flower kat atas.” Segera Amirah kembali ke bilik hotel untuk mengambil sejambak bunga baby breath yang digubah cantik. Sepantas kilat langkah diatur ke lif dan punat G1 ditekan. Sebaik pintu lif terbuka dengan senyuman semanis kurma Amirah melangkah keluar dari lif. Namun..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience