BAB 6

Humor Completed 32205

Langkahnya mati sebaik dia menghulurkan bunga kepada Naziera. SubhanaAllah. Bibir merah basah yang sama. Matanya yang galak tajam menikam wajahku. Debaran di hatiku juga masih sama. Segera mata bundar indahku dilarikan. Ya Allah kenapa Naz tak bagitahu aku? Kakiku terasa lemah namun cuba ku gagahkan juga. Bunga dihulurkan kepada Naz. Aku langsung tidak memandangnya selepas itu. Aku risau sekiranya lelaki yang telah dimiliki orang ini dapat menelah apa yang ada jauh disudut hatiku ini. Makin cantik! Jantung aku. Uish sikit lagi ni nak keluar. Detaknya lebih laju dari larian usain bolt. Dah berpunya ke? Kenapa langsung tak hiraukan aku kat sini? tak Nampak teruja pun. Aku pula yang macam melebih. Hmm.. atau.. dia dah tahu pasal.. alamak! Pintu terbuka dan kami masuk dengan senyuman indah yang melambang kebahagiaan dan kegembiraan. Alhamdulillah! Ramai yang memuji pengantin yang sepadan. Tak kurang juga yang memuji dan mengusik si pengapit pengantin. Aduhai perut pun dah lapar. Dulu janji empat pinggan nasi minyak ini satu butir nasi minyak pun aku tak telan lagi apa cer kan? Langkah ku atur ke bahagian makanan. Omnomnnom bau pun dah terliur kalau makan mesti macam terbang dekat syurga. Selepas selesai mengambil makanan langkah di atur ke meja yang masih kosong.hee bestnya nak makan! Tanpa sedar keletahnya yang mencuit hati diperhatikan sepasang mata yang sedang tersenyum. “ ahh ya ampun tercekik tercekik air air” mata di larikan ke kiri dan ke kanan. Tekak diipegang. Ya Allah takkan aku mati sebab tercekik. Ahh! “ nah air” tiba-tiba ada tangan sasa yang meletakkan gelas yang berisi jus limau asam boi di depan aku. Rahmat! Air limau diteguk rakus. Ahh Alhamdulillah! “ terima kasih” wajah diangkat dan senyuman di wajah segera mati. Dia? Err.. matanya jatuh ke jari manis jejaka itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience