Completed
1313
"Mama..mama.." aku terpisat-pisat membuka mata.
"Farhat..kenapa?" aku mula bertanya bila terpandang wajah Farhat yang sedang merenung kepadaku.
"Mama dah solat subuh? Dah hampir pukul 7.00 mana. Tadi Farhat tunggu mama di bilik solat. Mana tahu boleh berjemaah sama tapi mama tak pergi pun bilik solat pagi ni." mendengar saja kara-kata Farhat, aku meraup mukaku. Ya Allah, aku cuma bermimpi ke tadi? Ngeri betul mimpi tu.
"Farhat dah solat? Mama tak boleh tidur semalam sebab tu terbabas sikit pagi ni." Aku cuba tersenyum sambil bangun.
Nasib baik kami ada anak macam Farhat yang tak pernah mengabaikan suruhan Allah. Semoga dia menjadi anak yang soleh dan setiasa taat dengan perintah Allah.
"Assalamualaikum syurgaku. Seha sihat ke? Muka pucat ni, kenapa? Takkan rindukan abang sampai sakit pula?" aku menyambut kepulangan Iqbal dengan debaran kuat di hati. Sebaik dia memberi salam dan masuk ke dalam rumah, aku tertinjau-tinjau mencari seseorang hingga salamnya pun terlupa untukku jawab.
"Sayang cari apa? Sampai abang di depan mata pun tak nampak. Tak nak salam abang ke?" aku menyambut juga tangan yang dihulurkan kepadaku sejak dia masuk tadi. Macam biasa aku bawa tangannya ke bibir dan mencium tangan itu setulus hatiku.
"Abang kata nak bawa balik madu. Mana dia?" aku terus bertanya selepas Iqbal mengucup dahiku. Tak sabar pula untuk melihat wajah maduku itu.
"Oh, yang dok tertinjau-tinjau tu tadi, cari madu sayang la ya? Ada..sekejap, abang keluarkan." Iqbal menjawab soalanku sambil tergelak. Kemudian, dia membuka beg galasnya dan menyerahkan sesuatu kepadaku. Aku membuka bungkusan plastik yang diberikan kepadaku dengan rakus.
"Madu lebah?" Sebaik bungkusan yang sudah berada di tanganku dibuka, aku menyoal dia dengan rasa tidak percaya.
Share this novel