Completed
1313
?Mama..Farhat laparlah. Nak makan, mama dah masak ke belum ni?? aku menoleh ke belakang demi mendengar suara itu.
Bibirku sudah terukir dengan senyuman menyambut wajah kesayangan kami. Anak tunggal kami yang baru berusia lima belas tahun. Empat tahun berkahwin baru aku mengandungkan dia. Dan dialah satu-satunya zuriat yang kami ada.
Agaknya, sebab inilah Iqbal bertekad untuk menduakan aku? Ya Allah, hanya Engkau yang tahu hatiku ini. Aku tak rela bermadu Ya Allah. Maafkan diriku ini kerana tak dapat menerima suratan takdirMU.
?Farhat nak makan? Nanti mama hidangkan. Kita makan bersama.? aku sengaja bersuara ceria untuk menyembunyikan kesakitan di hati.
?Mama menangis ke? Kenapa?? aku tergaman mendengar pertanyaan Farhat. Aku berpusing membelakanginya dan mengesat air mata yang masih bersisa hingga kering.
?Tak adalah Farhat. Tadi mama baca novel sedih. Masih terkesan lagi dengan cerita yang mama baca tu. Sebab tu la air mata ni keluar tak terasa.? aku cuba mencari helah. Biarlah Farhat tak tahu apa-apa. Sampai masanya nanti, biar Farhat saksikan sendiri dengan matanya.
?Hmm..ingatkan mama nak cakap mata mama masuk habuk.? aku berpusing kembali ke arah Farhat dan menatap lama wajahnya. Bibirnya sudah menguntum senyum untukku.
Aku menghela nafas panjang. Andainya kau mengerti Farhat tentang hati seorang ibu yang telah diduakan oleh papamu itu. Aku bermonolog di dalam hati.
?Dah..jom tolong mama hidang nasi. Jadi orang lelaki pun kena juga belajar buat kerja di ceruk dapur. Esok bila dah kahwin boleh tolong isteri. Jadi suami ni, jangan tahu minta nak makan saja. Kena juga tahu buat kerja.? aku cuba melupakan kepahitan tadi. Farhat aku ingatkan tentang tanggungjawab seorang lelaki.
?Ishhh mama ni, buat apa kahwin kalau kena buat semua kerja. Bukan ke tugas isteri tu melayan suami dan menunaikan semua kehendak suami?? aku menoleh sejenak ke arah Farhat.
Share this novel