BAB 3

Drama Completed 1313

Kata-kata yang selalu dilontarkan oleh seorang lelaki kini dilontarkan pula oleh anak tunggal kesayanganku. Kalau tak diperbetulkan mesti dia akan terus salah faham.

?Salah tu Farhat. Sebenarnya tugas yang wajib seorang isteri hanyalah melayan suami di tempat tidur. Tapi Allah kurniakan sifat bertimbang rasa yang tinggi dalam jiwa seorang isteri. Jadi, semua kerja-kerja rumah yang isteri lakukan itu hanyalah kerana kasih dan sayangnya yang terlalu mendalam buat suaminya dan anak-anak.

Farhat kena ingat, isteri ni bukannya hamba abdi. Seorang isteri adalah anugerah yang terindah untuk seorang lelaki. Untuk didampingi dan saling memberikan kasih sayang. Isteri bukan tempat untuk melepaskan stress. Bukan juga tempat persinggahan yang sementara. Bila nak, diuli. Bila tak nak dibuang sejauh mungkin.? aku mengakhiri kata-kataku sambil menghela nafas panjang lagi. Sambil itu tangan turut bekerja menghidangkan nasi dan memberi arahan kepada Arif.

?Ambil pinggan tu Arif. Bawa ke meja makan. Mama nak bancuhkan air. Arif nak minum jus oren atau laici?? aku memandang wajah Arif yang sedang mengikut setiap arahanku.

?Tak payahlah mama. Arif nak minum air masak saja. Cuaca panas ni mama, kalau minum air yang manis tu lagi dahaga dibuatnya.? mendengar saja kata-kata Farhat, aku terus membatalkan niatku. Aku menghadiahkan senyuman tulus untuk Farhat. Dia memang anak yang mudah dilentur.

?Farhat tak puas hatilah dengan kata-kata mama tadi. Bukan semua perempuan tu baik mama. Ramai juga perempuan yang bergelar isteri tu mulut punyalah laser. Dengan suami pun tak pandai nak respect.

Farhat pernah tengok di depan mata Farhat ni mama, seorang isteri tu tengking suami dia di depan orang ramai. Kesian suami dia mama, dapat isteri macam tu. Garang tak bertempat.? kami sudah mengadap hidangan dan Arif masih menyambung topik kami tadi. Aku tak nafikan, memang ada isteri yang garang macam tu tapi mungkin bersebab.

Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA. Setiap jodoh itu Allah yang tentukan. Selalunya ketentuan Allah pada setiap pasangan adalah bertentangan tapi aku juga tak nafikan ada pasangan sama ada isteri atau suami yang suka mengambil kesempatan di atas kebaikan pasangan masing-masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience