Completed
1313
Ya Allah, tolong aku untuk menjadi hambaMU yang sentiasa Redha. Hanya Engkau yang tahu betapa sakitnya hati ini tak terkata. Aku terus berdoa di dalam hati sambil mengurut perlahan dadaku.
"Seha..abang kenalkan, ini madu Seha. Ainur namanya." Iqbal baru pulang dari outstation dan masuk ke dalam rumah sambil mendukung seorang wanita muda yang sangat cantik.
Wajahnya putih gebu dengan pipi yang licin tanpa sebarang cela. Keningnya cantik terbentuk dan lebat. Bulu matanya lentik dan matanya sangat cantik. Hati aku pula yang sudah bergetar hebat dan aku sudah berdiri kaku memerhatikan kemesraan sepasang merpati sejoli yang baru masuk ke dalam rumah kami.
Iqbal terus mendukung wanita yang diperkenalkan sebagai Ainur itu ke sofa. Ainur didudukkan dengan cermat. Selepas itu Iqbal mengucup dahi Ainur, dari dahi turun di kedua pipi Ainur.
Mataku yang memerhatikan mereka sejak tadi sudah bergenang si air mata. Jantung aku sedang mengepam darah dengan laju.
"Seha, hidangkan kami nasi. Kami dah lapar ni. Selepas ni abang nak tolong mandikan Ainur pula dan kami nak bersolat bersama. Seha tak payahlah nak menyibuk ya. Abang tak nak diganggu. Kami nak honeymoon sepuas-puasnya bulan ni." Iqbal bersuara tenang sedangkan air mataku sudah mengalir bagaikan hujan. Kejamnya dia.
Ya Allah, tolong aku untuk hadapi situasi ini dengan hati yang tabah.
Hari kedua, aku ibarat orang gaji di dalam rumah ini. Iqbal dan Ainur dah macam majikan untukku. Aku mengemas dan memasak manakala Ainur langsung tak melakukan sebarang kerja.
Iqbal melayan dia bagaikan menatang minyak yang penuh. Aku sebagai isteri pertama langsung tak dipedulikan lagi. Mereka sudah berani bercumbuan di depan aku. Kalau ikutkan rasa hati, ingin sekali aku pancung kedua-duanya dan lapah kecil-kecil.
Masya-Allah..masih waraskah aku? Kadang-kadang, bila hati kita sakit, seringkali bisikan syaitan itu yang lebih menguasai.
Share this novel