KEM PEMANTAPAN SAHSIAH DIRI berjalan seperti biasa. Pada hari khamis, semua pelajar asrama dibenarkan pulang awal atas arahan pengetua. Setiap pelajar perlu bersedia untuk menyertai kem program itu pada petang hari. Alyssa dan Laili sibuk menguruskan senarai nama pelajar asrama. Mereka perlu melakukan pembahagian kumpulan untuk memudahkan aktiviti dijalankan. Adrian dan Hykal pula sibuk memeriksa sistem audio. Semuanya harus berjalan lancar selama tiga hari ini. Pelajar senior lain juga agak sibuk kerana Hykal sudah membahagikan tugas untuk setiap orang.
"Malam ni kita akan mula dengan ice breaking. Selepas pembahagian kumpulan, aku akan bahagikan fasilitator untuk setiap kumpulan. Tapi sebelum itu, kita akan solat jemaah di surau sekolah. Mungkin akan adakan bacaan Yassin. Haizar akan handle solat jemaah dan bacaan Yassin."
Hykal memang sangat bagus dalam memberi arahan. Setelah menerangkan tentang tentatif program, Hykal mengagihkan tag nama setiap fasilitator. Sekolah ini sangatlah bagus kerana mengajar pelajar cara untuk menguruskan program. Semua kertas kerja hinggalah dana yang diperlulan perlu diuruskan sendiri oleh pelajar.
"Macam biasa, kita akan bagi something untuk budak-budak tu jaga by group. Kali ini, aku dengan Adrian pilih telur. Kalau pecah atau hilang. Kita denda saja. Fasi boleh curi telur tu kalau diorang leka," tambah Hykal.
Adrian sudah menguntum senyuman apabila Hykal menyebut perkataan denda. Itu memang kepakaran dirinya. Dia sangat sukakan hal itu.
"Kita kumpul di surau pukul 7:00 petang lepas makan malam. Aku nak semua ada di surau tepat pada masanya. Aku nak Adrian dan Alyssa yang uruskan budak-budak junior ke surau petang nanti," ujar Haizar.
Alyssa mengangguk. Kenapalah dia selalu digandingkan dengan Si Adrian untuk buat kerja. Adrian memandang Alyssa lalu mengangkat jarinya menunjuk peace.
"Kau hati-hati dengan Adrian tu," bisik Laili sambil menyiku lengan Alyssa.
"Eh... Eh kau ni. Cakap macam aku duduk jauh. Aku takkan telan si Alyssa. Lainlah kalau dia bernafsu dengan aku." Adrian menjelirkan lidahnya.
Laili mencebik. Menyampah pula dengan Si Adrian. Kalau buaya otak kuning tu, memang tak boleh nak ubah juga perangai tu. Alyssa hanya ketawa melihat Laili dan Adrian betbalas reaksi muka.
"Kalau semua dah siap, bolehlah kita bersurai. Korang pun perlu rehat juga. Jumpa malam nanti." Hykal mengajak rakan-rakannya pula ke dorm masing-masing.
Adrian terus melangkah keluar dari dewan makan. Dia sangat mengantuk sebenarnya. Semalam dia tidur lambat kerana perlu menyiapkan laporan unit disiplin pengawas. Semua ini sepatutnya dilakukan oleh setiausaha, tapi entah bagaiman pula dia yang disuruhkan siapkan laporan oleh guru disiplin. Tapi bagus juga ada kerja untuk Adrian, tak adalah dia asyik goyang kaki dan bagi dimerit dekat orang saja.
"Weh Adrian, kau dah ambil first aid-kit dekat office Cik Ana ke belum?" tanya Hykal.
Adrian terus menepuk dahinya. Dia lupa betul nak ambil peti pertolongan kecemasan itu. Mesti Cik Ana dah balik sebab dah lepas waktu pejabat.
"Kau minta kunci office dekat Laila. Nanti kau ambil. Jangan lupa pula." Hykal memberi amaran.
Sekali lagi Adrian tersengih sambil meminta maaf. Kalau Hykal tak ingatkan, memang dia lupa terus untuk ambil benda itu. Adrian dan Hykal sama-sama berjalan pulang ke dorm. Haizar pula terus ke ampaian untuk mengangkat pakaian yang dijemur sejak pagi tadi. Setibanya di dorm, Adrian menghempaskan tubuhnya di atas katil. Matanya terus saja terpejam rapat. Tidak lama selepas itu, terdengar bunyi dengkuran halus. Penat sangat tu.
Hykal pula mengeluarkan laptopnya dari loker. Dia perlu memeriksa video gimik untuk malam ini. Untungnya Hykal kerana banya skil yang ada pada dirinya. Jadi kalau masuk universiti nanti pun, dia tak akan kekok. Semuanya dia boleh lakukan.
"Weh Hykal, boxer aku hilanglah. Aduh! Aku baru beli tu," bebel Haizar sambil melempar pakaiannya di atas katil.
"Hilang lagi. Suka betul budak-budak tu dekat boxer kau," sindir Hykal.
Ini sudah masuk kali kelima Haizar kehilangan boxer miliknya. Entah saka apa yang dia bela pun Hykal tak tahu. Kalau hilang benda yang berlainan boleh diterima juga. Ini asyik benda yang sama saja.
"Ini bukan saka. Ini jahanam namanya. Kalau aku jumpa budak tu. Siap aku kerjakan." Haizar mengepal penumbuk geram.
"Nak kerjakan tu. Jangan lupa ajak aku," ujar Adrian tiba-tiba.
Haizar terus melempar bantalnya ke arah Adrian. Hykal menggeleng-geleng kepalanya. Ingatkan dah tidur tadi. Kalau bab nak kenakan orang, laju betul si Adrian.
"Petang ni menu apa ya? Perut aku tengah lapar ni," rungut Hykal sambil menggosok perutnya.
"Our favourite. Ayah masak merah dengan tempe. Menjilat jari betul." Haizar tersengih.
Kalau bab menu di dewan makan, serah saja pada Haizar. Dia seperti sudah menghafal semua menu di asrama itu. Mujurlah Haizar bukan Biro Makanan.
"Kita ada explorace selepas solat jumaat esok kan?" tanya Haizar.
Hykal mengangguk. Dia menghulurkan tentatif kepada Haizar.
"Aku dah suruh Adam and the gang uruskan pasal tu. Diorang budak-budak sukan, senang je tu. Kita buat ala-ala Running Man. Mahu kecoh satu kawasan sekolah petang esok."
"Tapi kena ready juga takut ada yang cedera. Bukannya tak tahu budak-budak ni kalau main game. Ganas weh. Lelaki dengan perempuan, sama saja." Haizar menggeleng-geleng kepalanya.
Betul kata Haizar tu. Hykal teringat akan explorace yang dijalankan pada minggu orientasi tahun lepas. Ramai juga yang cedera kerana saling tolak-menolak ketika bergerak dari satu checkpoint ke checkpoint yang lain.
"Si Adrian lupa nak ambil first aid pula. Entah apa yang dia ingat pun aku tak tahu. Nyanyuk kalah ada anak 10 orang." Selamba saja Hykal menyindir Adrian.
Share this novel