'Izinkan Aku Menakluk Hatimu...' Apabila rasa cinta mula berputik, hubungan persahabatan yang sangat akrab mula goyah. Setiap seorang mempunyai perasaan yang sama pada insan yang sama. Masing-masing mula rasa dikhianati apabila mereka mula tahu akan perasaan masing-masing. Rasa cinta yang ada umpama duri tajam yang menikam hati setiap orang. Disebabkan satu perasaan, hubungan persahabatan itu terus terlerai tanpa kata sepakat lagi. "Aku sanggup buat apa sahaja demi dapatkan dia. Dia adalah segala-galanya untuk aku," Engku Adrian. "Dalam diam, dia berjaya mencuri hati aku. Tapi, bagaimana aku hendak lafazkannya," Haizar Aswad Si gadis pula terus membawa diri apabila dia merasakan dirinya adalah penyebab hubungan persahabatan itu terputus. Dia tidak pernah menyangka hidupnya akan bercelaru begitu setelah berpindah ke tempat tersebut. Dia hanya ingin lupakan kenangan lama yang sentiasa menghantuinya. Nampaknya, dia memang sudah tersilap langkah setelah jejaka-jejaka tersebut muncul dalam hidupnya. Dalam diam, Alyssa menyimpan satu rahsia. Dia tak mahu ada hati yang terluka disebabkan dirinya. Alyssa membawa diri hanya untuk menyimpan rahsia yang sudah lama dipendam. Tapi, tidak semudah itu untuk memendam. Alyssa terpaksa mengorbankan banyak perkara. Ada hati yang terpaksa dijaga dan ada juga hati yang terpakda dilukai. "Jangan buat begini pada aku. Dah lama aku cari kau. Aku tahu apa yang berlaku pada kau selepas kau tamat sekolah dulu," Emir Hykal. Pertemuan kembali hanya memburukkan keadaan sahaja. Rupanya masing-masing masih belum mengorak langkah. Sekali lagi Alyssa rasa terbeban. Dia harus lakukan sesuatu untuk satukan kembali persahabatan ini. Copyright © by thussss_ Mula : 11 March 2017 Tamat : Update : Random
View All Chapters (Total 6 Chapter)
Update 06 December 2024
2019-03-13 1 Replies
Best la cite ni...nanti sambung lagi ya...hihi
2019-03-12 1 Replies
chaiyokk thusss.. ^_^
2019-03-12 1 Replies
New books! Bravo thusss...