Rate

lima

Drama Series 656

ADRIAN tersenyum di hadapan cermin melihat tubuhnya yang sudah siap tersarung dengan baju batik untuk keluar sekejap lagi. Rambutnya yang agak panjang dan tebal itu dikemaskan sebaik mungkin. Kalau tertangkap dengan cikgu, mahu botak kepalanya. Iyalah, ketua pegawas sahaja tapi tidak menunjukkan teladan yang baik. Pandangan mata Adrian tertancap pada batang tubuh Haizar yang juga sibuk bersiap untuk turun ke gelanggang tennis.

"Nampak Hykal tak?" soal Adrian.

Haizar memuncungkan bibirnya ke arah katil di hujung sudut dorm. Kelihatan kelibat Hykal sedang terbaring di atas katil. Lelaki itu langsung tidak memakai baju lagi. Mereka sudah berjanji untuk keluar ke pekan jam 4:30 petang dengan penyelia asrama.

"Weh, kau tak siap lagi ke?" Adrian menggoncang bahu Hykal yang sedang nyenyak tidur.

Hykal mengeliat sambil menutup mulutnya yang terbuka luas. Sejak balik sekolah tadi dia terus tertidur dan lupa akan janji untuk keluar ke pekan petang ini. Setelah menggosok-gosok matanya yang kabur, Hykal memandang jam di dinding. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 4:15 petang. Ada lagi 15 minit lagi untuk dia bersiap.

"Kau pahal tak kejut aku Ad," jerit Hykal sambil mencapai tuala di hujung katil.

Langkahnya terus dibawa ke arah loker. Mujurlah dia dah seterika baju batik awal-awal lagi. Baju batik dikeluarkan lalu digantung pada hujung katil. Setelah itu dia bergegas ke dalam tandas untuk mandi. Adrian membuat mimik muka meniru gaya Hykal membebel. Baru saja dia nak membaringkan tubuh di atas katil, Hykal dah keluar dari tandas.

"Lajunya kau mandi bang. Selalunya kau mandi kalah anak dara."

"Mandi koboi la. Nanti Cik Ana bebel bula kalau lewat. Kau bukan tak tahu dia tu. Kena punctual sedia katanya."

Adrian mengangguk kepalanya. Nak ketawa juga dia lihat Hykal kelam-kabut bersiap.

"Daripada kau duduk saja di situ. Baik kau pergi tengok si Alyssa dah siap ke belum. Perempuan selalunya lama juga bersiap."

Adrian mengeluh. Malam-malas dia membawa langkahnya menuruni tangga aspura menuju ke aspuri. Sebelum tiba di aspuri, dia perlu melalui taman botani yang dilengkapi air terjun buatan. Di situlah tempat lepaknya setiap petang sebelum tiba waktu makan malam. Tiba-tiba matanya tertangkap susuk tubuh seseorang di sebalik air terjun buatan tersebut. Siapa pula yang duduk di situ waktu macam ni? Perlahan-lahan Adrian mengatur langkahnya menghampiri air terjun buatan tersebut.

"Hoi, kau buat apa di sini?" sergah Adrian.

Alyssa terkejut lalu dia melangkah ke belakang beberapa langkah. Akibat tersalah langkah Alyssa hampir sahaja terjatuh ke dalam kolam buatan itu. Mujurlah Adrian cepat-cepat menangkap pergelangan tangan gadis itu. Kalau tidak memang mandi air lumut jawabnya. Alyssa mengurut dadanya berkali-kali apabila sudah berada dalam posisi yang stabil.

"Sorry buat kau terkejut. Aku tak ada niat pun." Adrian menggosok-gosok belakang lehernya sambil tersenyum.

"Tak apa. Terima kasih juga sebab tolong saya."

Adrian menghampiri pagar dawai hijau yang berada belakang air terjun buatan itu. Dia suka menghabiskan masa di situ. Terdapat sawah yang terbentang luas di sebelah pagar asrama mereka. Pemandangan pada waktu petang juga sangat menarik.

"Aku suka lepak sini petang-petang. Rasa tenang ja. Lagipun junior takut nak lepak sini sebab dah dimomokkan dengan cerita pocong sado."

Pandangan mata Adrian dialihkan ke arah Alyssa. Nampaknya Alyssa dah siap berbaju batik untuk keluar sebentar saja lagi. Alyssa mengambil tempat berhampiran meja batu yang berada di situ.

"Mana Hykal?" soal Alyssa.

"Dia baru nak mandi masa aku turun tadi."

Alyssa mengangguk. Rasa janggal pula berdua dengan Adrian di sini. Lagipun dia takut kalau orang Nampak keberadaan mereka berdua. Nanti adalah yang nak buat cerita pula. Jarum jam di tangan sudah menunjukkan pukul 4:30 petang. Kelibat Hykal masih lagi belum kelihatan.

"Sorry guys. I'm late," jerit Hykal termengah-mengah kepenatan. Dadanya diurut beberapa kali.

Adrian hanya tersenyum lalu menghampiri rakannya itu. Bahu Hykal terus dipeluk lalu mereka sama-sama melangkah ke arah pejabat asrama untuk mencari penyelia. Alyssa juga mengikut langkah kedua-dua orang itu.

"Hah, semua dah ada?" Cik Ana berura-ura ingin keluar dari pejabat asrama.

Hykal mengangguk. Dia sebenarnya tak pandai sangat nak berinteraksi dengan wanita separuh abad di hadapannya ini. Wajahnya asyik serius sahaja memanjang. Mungkin disebabkan wajah bengisnya, wanita itu masih lagi tidak berkahwin hingga sekarang. Cik Ana mengeluarkan sampul daripada beg tangannya lalu dihulurkan pada Hykal.

"Dalam itu ada RM500 untuk program khamis ini. Asalnya saya hanya nak keluarkan bajet sebanyak RM 250. Tapi pengetua suruh saya bagi RM500 pula. Terpaksalah." Terherot-herot bibir merah Cik Ana membebel.

Adrian cuba menahan tawanya itu. Mahu saja dia memicit bibir Cik Ana yang diwarnai pengoles bibir berwarna merah terang itu. Alyssa menjegilkan matanya pada Adrian apabila melihat lelaki itu sedang mengejek Cik Ana. Mereka semua melangkah ke arah kereta Honda Jazz milik wanita itu yang berada di garaj asrama.

"Hykal duduk depan. Senang sikit saya nak bincang dengan kamu." Cik Ana memberi arahan.

Baru saja Hykal hendak mengambil tempat duduk belakang kerana ingin memberi ruang kepada Alyssa duduk di hadapan bersama Cik Ana. Adrian mengangkat bahunya sahaja lalu meloloskan diri ke dalam kereta. Sepanjang perjalanan hanya kedengaran suara Cik Ana membebel sahaja. Sesekali sahaja terdengar suara Hykal menjawab pertanyaan Cik Ana.

"Kena getah la si Hykal duduk depan," bisik Adrian.

Alyssa menutup mulutnya sambil menahan tawa. Boleh tahan juga Adrian ni punya perangai. Ada sahaja dia nak buat untuk tiru gaya Cik Ana yang sedang memandu. Setelah hampir 10 minit perjalanan, mereka pun tiba di pekan. Cik Ana meninggalkan ketiga-tiga pelajar itu di pekan dan berjanji akan mengambil mereka semula pada jam 6:00 petang.

"Ini senarai barang yang kita perlukan. Kita cari sama-sama atau nak berpecah?"

"Cari sama-samalah. Lagipun lambat lagi pukul 6:00 kan," jawab Adrian.

Alyssa mengangguk menandakan dia bersetuju dengan kata-kata Adrian. Lagipun dia tak biasa dengan pekan ini. Tak mungkin dia akan berjalan seorang diri. Banyak juga kedai yang berada di pekan ini. Lagipun pekan ini tak sama dengan di tempat lamanya yang jauh agak terpencil. Kini mereka sedang bergerak masuk ke dalam sebuah kedai buku dan peralatan alat tulis. Hykal menyatakan mereka memerlukan lima keping kad keras dan juga segulung kertas mahjong.

"Kita perlukan marker juga kan." Alyssa mencapai sekotak marker hitam dan merah lalu dihulurkan pada Hykal.

Hykal tersenyum lalu mencapai kotak itu. Kelibat Adiran pula entah ke mana menghilang. Pandangan mata Alyssa melekap pada pergelangan tangan Hykal yang sudah tidak berbalut tapi hanya ditampal dengan dua keping plaster sahaja. Nampaknya luka itu masih lagi berair dan tidak patut ditutup dengan plaster sahaja.

"Farmasi terdekat di mana?" soal Alyssa.

"Dua blok kedai dari sini. Kenapa?"

Alyssa menggeleng lalu membawa langkahnya ke arah farmasi tersebut. Dia membeli kain pembalut dan juga kapas. Sempat juga dia mencapai sebotol iodine untuk digunakan mencuci luka tersebut.

"Weh, kau beli apa?" terjah Adrian yang baru muncul dalam farmasi itu.

"Tak ada apalah. Awak pula nak beli apa?"

"Tak beli apa pun. Tadi aku Nampak kau masuk sini. So, aku follow kau. Mana tahu kau sesat pula." Terang Adrian.

Setelah membuat bayaran, mereka sama-sama mencari Hykal. Nampaknya kebanyakan yang berada dalam senarai barang sudahpun dibeli oleh Hykal. Kini mereka hanya perlu mencari sedikit sahaja lagi. Adrian menawarkan diri untuk membeli barang yang masih berbaki.

"Kita jumpa dekat tempat biasa nanti Hykal. Aku blah dulu." Adrian berlari-lari anak menghilangkan diri dalam sebuah kedai.

"Jom. Pergi tempat lepak aku tiap kali outing."

Alyssa menghulurkan bantuan untuk membantu membawa baramg-barang yang dibeli oleh Hykal. Tapi lelaki itu menolak. Katanya tak gentle kalua orang tengok perempuan bantunya bawa barang. Katanyalah...

"Inilah tempat lepak aku. Kedai Abang Din. Nasi ayam penyek di sini terbaik sangat. Sekali makan, pasti nak lagi." Bukan main semangat lagi Hykal mempromosi kedai kegemarannya.

Mereka sama-sama memesan nasi ayam penyek bersama jus oren. Sambil menunggu pesanan sampai, mereka berborak-borak mengenai kem pematapan sahsiah yang akan diadakan khamis nanti.

"Err... err... boleh saya tengok tangan awak," ujar Alyssa tiba-tiba.

Hykal mengerutkan dahinya. Pasti gadis ini nak lihat luka di tangannya. Hykal tidak pula menghulurkan tangannya. Selepas dipaksa oleh Alyssa berkali-kali. Akhirnya, Hykal mengalah lalu menghulurkan tangannya. Dengan penuh berhati-hati Alyssa membuka plaster di tangan lelaki itu. Berkerut dahi Hykal menahan sakit apabila plaster itu ditanggalkan. Pedihya memang tak terkatalah.

Alyssa mengeluarkan kapas yang dibelinya tadi lalu dibasahkan dengan air bersih. Perlahan-lahan dia mencuci luka tersebut. Nampaknya luka itu agak dalam juga. Kalau dibiarkan mungkin boleh melarat. Setelah itu, dia mencapai iodine lalu disapu sedikit pada luka itu dan akhirnya Alyssa membalut pergelangan tangan Hykal dengan kain balutan.

"Okay siap."

Hykal memeriksa tangannya. "Terima kasih."

Gadis itu hanya menjungkit keningnya sahaja. Tidak lama seleps itu, makanan pun sampai. Hykal memandang jam tangannya. Dah hampir 15 minit juga Adrian pergi. Takkanlah tak habis lagi beli barang.

"Boleh aku tanya sesuatu?"

"Tanyalah." Alyssa menyuapkan nasi ke dalam mulutnya. Sedap sungguh ayam penyet di kedai ini.

Hykal berdehem mencuri perhatian Alyssa. Geli hatinya melihat Alyssa terlalu menikmati makanan yang dipesan olehnya.

"Kau dah berpunya?"

Alyssa menghentikan suapan lalu memandang Hykal. Terbatuk-batuk kecil dibuatnya mendengar kata-kata Hykal. Tangan Hykal pantas sahaja mencapai air lalu dihulurkan pada Alyssa.

"Sorry, aku tak berniat pun nak buat kau tersedak bagai."

Alyssa mengangkat kedua-dua tangannya lalu kepalanya digeleng perlahan. Dadanya diurut perlahan-lahan. Seumur hidupnya belum pernah ada lelaki bertanya begitu padanya. Ini memang kali pertama dia ditanya begitu.

"Tak apa." Alyssa mencapai tisu lalu mengelap bibirnya.

"I'm back," jerit Adrian sambal membawa dua bungkus plastik yang dipenuhi barangan.

Dia segera duduk lalu mencapai gelas jus Hykal lalu diteguk rakus. Terubat juga dahaganya.

"Abang Din, macam biasa okay," jerit Adrian pada pemilik kedai sambil mengangkat tangan kanannya.

Adrian terpandang Alyssa yang sedang mengelap bibirnya. Dah kenapa serius saja suasana di meja makan ini. Apa yang mereka bualkan tadi?

"Weh, tadi aku nampak Cik Ana dating dengan bangla kedai karpet hujung sana. Uish, meremang bulu roma. Buruk benor taste Cik Ana." Hykal membuka topik.

Membulat mata Alyssa dan Hykal mendengar cerita Adrian. Selamba sahaja dia mengutuk penyelia asrama itu. Sempat lagi Adrian mengambil peha ayam yang berada dalam pinggan Hykal lalu digigit. Tersengih sahaja dia pada rakannya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience