Rate

BAB 79 - MENGIDAM

Romance Completed 454604

Kepalanya mengintai keluar melihat bangunan tinggi yang ada diluar.. banyak orang yang keluar masuk kedalam bangunan itu..

''kita buat apa disini?'' bisik Inas kepada Raif. Sekilas dia mengintai melihat kearah pengiring Raif yang ada di kerusi hadapan..

'Nak santai macam mana? Dua orang di depan ni kan manusia.. Lelaki pula tu.. Bukannya robocop ke apa..'

''ni kan hotel, selalu orang buat apa dekat hotel?'' tanya Raif tenang..

''manja!'' tegas suara Inas.. Walaupun nadanya perlahan..

Salah seorang lelaki itu keluar membuka pintu kereta buat Raif.. Raif pula berjalan ke arah pintu Inas lalu membukanya..

''manis nak balik rumah kak Nasrin.. '' kata Inas yang masih duduk didalam kereta..

''teman manja.. Sampai manja balik Malaysia..'' Raif membongkok sedikit.. Lalu menghulurkan tangannya masuk kedalam kereta.. Bagaikan menjemput sang ratu turun dari kenderaannya..

''siapa yang suruh dia datang.. Tak pasal-pasal nak kena-kena teman pulak..'' ngomel Inas didalam kereta..

''kalau manis tak nak keluar.. Manja tak kisah melutut sekali lagi disini .. Kalini biar di tempat awam pula.. Meriah sikit.. Orang disini.. Sporting betul.. Nak?'' sengaja Raif memberi ugutan buat Inas, suka dia dapat melihat wajah Inas yang membahang merah, menahan malu tadi.

''mana boleh manja teman manja.. Inas kan kerja..'' rungut Inas dari dalam. Raif sudah acah- acah mahu melutut..

''ya-ya keluar lah ni..! Manja ni !'' balas Inas tak puas hati..

Masuklah mereka ke dalam hotel itu.. Selepas semuanya selesai. Para pengiring itu membawa pasangan itu naik keatas..

''manis..'' Raif memanggil Inas selepas dia selesai memberi arahan buat pengiringnya.

''manis..'' Raif berjalan masuk kedalam melihat Inas yang sedang duduk di sofa.. Sibuk menekan alat kawalan jauh.. Mencari siaran di televisyen..

''manis tak jawap manja panggil ni..'' bercekak pinggang Raif di hadapan Inas..

'haissh! Nak marah, sayang.. Dia boleh buat tak layan je.. Bila panggil tak menyahut..'

''hmmm..'' hanya itu dijawab oleh Inas. Membuatkan Raif panas hati.. Dua butang baju kemeja dia bahagian atas dibukanya..

''buat apa buka! .. Butang baju pulak!? '' bantal kecil yang ada di sofa dibaling oleh Inas.

''tanya lagi..'' terus Raif rebah duduk di samping Inas.

''panas! Geram!'' sambung Raif .. Inas sudah membawa dirinya mengesot ke tepi menjauhi Raif..

''tak ada tempat nak lari manis! .. Nak kita mula dari mana?'' tanya Raif.

'apa ni!.. Aku yang dalam keadaan macam ni.. Nak buat apa?!'

''manis nak balik!'' terus Inas berdiri sambil memegang perutnya..

''balik mana? Malaysia? Atau... Balik semula ke hati manja..'' kata Raif tersengih menarik tangan Inas..

''manja baru sampai kan, manja rehatlah.. '' Inas menarik tangannya semula..

''manis.. masih marahkan manja..? Manja betul-betul minta maaf sayang.. Sungguh bukan niat manja nak cakap macam tu.. Manja cuma nak manis.. Buat sementara waktu keluar dari rumah tu.. Biar manja yang uruskan semuanya.. Manja tak nak manis diapa-apakan oleh mama.. Tu je sum..'' inas meletakkan jarinya di bibir Raif..

''apa yang manja nak cakap ni.. Jangan nak sebut benda yang pelik-pelik boleh..! Ada yang mendengar..'' tangan yang melekat di bibir Raif tadi dibawa ke perutnya.. lalu mengelus perutnya dengan lembut..

''kenapa manis rahsiakan semua ni dari manja..'' Raif meletakkan tangannya diatas tangan Inas.

''bukan rahsiakan.. Cuma tak beritahu.. Sebab orang tu masih seronok bermain jadi budak-budak.. Kan?!'' Inas melihat kearah Raif dengan kepalanya yang senget..

'wah! Jadi manis sungguh-sungguh balas dendam lah ni!'

''jadi kita sama-sama ada salah kan? Masing-masing ada buat salah.. So? Kira kosong-kosong boleh?'' tanya Raif .. Tangannya naik megelus pipi Inas yang bagaikan pau yang gebu..

''hmmm.. Tapi manja datang sini tak bagi tahu manis.. Kenapa? Tahu tak! manis ada benda yang nak manja bawakan dari sana..!'' tangan Raif ditempisnya..

''okay-okay.. Dari tadi lagi manja dengar benda tu.. sekarang bagi tahu manja, benda apa yang manis nak manja bawakan..? Kita cari..'' pujuk Raif..

''benda tu semua ada di Malaysia.. Ada di rumah ibu dan ayah.. Manis nak makan buah dari pokok belakang rumah tu..'' kata Inas.. Sudah lama dia mengidam nak makan semua buah yang ada ditanam di belakang rumahnya itu.. Sudahlah dia duduk di negara orang.. Nak makan masakan ala-ala malaysia.. Jauh sekalilah..

'sungguh manis balas dendam ke apa sekarang ni..' kecil saja mata Raif menerung wajah inas ketika itu..

''tapi kan manja baru sampai.. Bagi lah manja duduk dengan manis dua tiga hari.. Seminggu ke.. Baru manja balik.. Lagipun disini kita boleh cari buah-buah tu semua..'' tangan Inas cuba di capainya.. Tapi Inas mengelak menjauhkan diri..

''nanti kalau lambat-lambat.. Baby dah keluar.. Tak sempat macam mana.. Salah manja yang datang tak beritahu.. Lagipun manis nak buah dari pokok belakang rumah sana tu..'' rungut Inas.

'salah kita juga.. ' Raif memerhatikan saja Inas. Sungguh kali ini Inas berkeras mahukan semua itu.

''manja akan minta abang tolong ambilkan.. Okay! Puas?'' tanya Raif. Inas mengeleng.. Mencebik menayangkan wajah tak puas hati.. Kedengaran beberapa kali Inas mengeluh...

''manis nak manja sendiri yang petikkan buah tu.. Semua buah.. Terutamanya harum manis..'' jelas Inas.. Mendengar akan itu Raif terus menelan air liurnya..

'apa bezanya kalau orang lain tolong petikkan buah tu.. Dengan dia petikkan.. Sebab rasa buah tu tetap sama kan..? ' belakang lehernya digaru..

''manis nak tengok.. Nanti manja vc manis yea..'' kata Inas dengan senyuman yang melebar..

'wah! Demand sungguh anak papa ni! Kena terbang balik Malaysia jugalah.. Jawapnya ni!' Raif hanya berani merungut didalam hati..

''manis balas dendam! Kan?'' tanya Raif.

''bukan manis..'' Inas mengelus perutnya..

''Okay baiklah permaisuri.. Permintaan anda akan ditunaikan.. Manja akan balik.. Pergi cari segala permintaan manis tu.. Ada lagi nak tambah.. Mana tahu nak makan ayam percik ke pulak.. Satay ke? '' perli Raif.. Melihat senyuman Inas membuatkan Raif merasa seram.. Dia yakin kalini dia akan kembali membawa makanan semata-mata..

Keesokannya... Raif bersiap-siap untuk balik ke malaysia.. Inas yang sedang duduk di sofa melihat kearah Raif yang sedang memakai pakaian.. Sehingga di melihat ada parut di belakang tubuh Raif.. Bila Raif berpaling ingin membuntangkan bajunya..

''manja-manja.. Tu apa?'' tanya Inas.

''apa?'' Raif tak mengerti apa yang Inas sedang tanyakan...

''belakang manja ni.. Bagi manis tengok sekejap..'' Inas bangun lalu mendekati Raif.. Baju yang sudah dibutangkan tadi dibuka semula oleh inas..

''ni.. Kena apa? '' tanya Inas menyentuh parut muda yang baru tumbuh isinya berwarna merah jambu.. Di belakang bahu Raif.. Senget sebelah tubuh Raif.. Ditarik oleh Inas.

''oh itu.. Manja.. Jatuh.. Lepas tu, terkena apa entah benda tajam dekat rumah tu..'' balas Raif ..

''takkanlah! Mesti dalam, luka ni.. Sampai jadi parut besar macam ni..'' Inas megelus mengelus lembut parut itu..

''sikit je ni.. Dah baik pun kan... Adil lah dengan manis..'' Raif berpaling menyentuh dahi inas yang berparut..

''suka pula dia dapat parut..'' rungut Inas bila melihat Raif sedang tersenyum kearahnya..

''manja balik Malaysia ni.. Manis jaga diri ya..'' Raif menyatukan dahinya dengan dahi Inas.. Pipi Inas diraup dengan kedua-dua belah tangannya.

''iya.. Manja pun..'' balas Inas.. Raif memeluk erat Inas..

''ini..'' Raif mengeluarkan sekeping kad yang berwarna hitam dari dompetnya.. Lalu meletakkan kad itu diatas tangan Inas..

''apa ni?'' tanya Inas.. Walaupun zahirnya dia dapat melihat dengan jelas itu ada sekeping kad yang ada tertulis 'Black card' berona perak diatasnya.

''biskut..!'' balas Raif melepaskan tangan Inas.

''kad lah.. Untuk belanja manis disini.. Mana tahu manis ada apa nak beli nanti..'' kata Raif .

''manis kan kerja.. Manis....''

'' manis dah diberhentikan kerja, sejak kemarin lagi.. Dan lepas ni! Jangan terdetik sedikit pun dalam fikiran manis nak kerja lagi dengan keadaan manis yang macam ni.. Walaupun dalam mimpi.. Manja tak akan izinkan..'' keras dan tegas Raif menyatakan hal itu..

''manja nak manis bergantung dengan manja setiap masa? Macam tu?'' tanya Inas ..

''yes! Sebab manis hak manja.. Sepenuhnya hak manja.. Jadi bergantunglah kepada manja sepenuhnya..'' kata Raif.

'papa kamu dah kena rasuk apa ni baby..' Inas menggelengkan kepalanya..

Selepas menghantarkan Inas kembali ke rumah Nusrah, Raif terus bertolak balik ke Malaysia.. Sebaik mendarat di bumi Malaysia.. Dia terus menaiki penerangan ke domestik pulang ke kampung..

Satu lagi jomm.. - - >

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience