1. Angel

Romance Series 14261

1. ANGEL

Aku memesan roti bakar untuk makan tengah hari. Sekadar untuk alas perut supaya penyakit gastrikku tidak menyerang. Jika dibiarkan kosong, pasti sakit yang menyerang boleh berlarutan hingga ke hari esok.

“Aik, takkan makan roti je kut. Tak lapar ke?” soal Jefrry sambil meneguk air yang dipesannya tadi.

Aku hanya mampu mengukirkan senyuman sambil menghabiskan kunyahan di dalam mulut. Jeffry merupakan rakan sepejabatku, merangkap teman baikku. Dia sentiasa prihatin terhadap apa yang aku lakukan.

“Tak ada seleralah, Jef.” jawabku ringkas dengan harapan Jeffry faham dengan keadaanku.

” Apasal? Kau ingat kat wife kau ke?” soal Jeffy lagi. Suasana yang tadi dengan gelak tawa kini sunyi apabila Jeffry membangkitkan perihal isteriku.

Aku diam buat seketika. “Tiap-tiap hari aku ingat kat dia, Jef. Tak pernah sesaat pun dalam hidup aku lupa kat dia.” balasku perlahan. Aku cuba berlagak biasa di hadapan Jefrry seperti tiada apa-apa yang berlaku.

“Apa kata kau cuba cari pengganti dia. Mungkin kehidupan kau lebih baik,” Jeffry memberi cadangan yang tak mungkin dapat aku terima.

“Hanya dia bidadari aku, Jef. Dunia dan akhirat. Tak ada yang lain selain dia.” ujarku dengan suara yang perlahan. Aku tidak mampu lagi mengukirkan senyuman setelah peristiwa beberapa tahun yang lalu bermain di mindaku. Peristiwa yang penuh kesedihan. Peristiwa yang tidak mungkin aku lupakan…

Aku memerhatikan tingkah laku Aisyah pada malam ini. Sejak kebelakangan ini sikapnya berubah sama sekali. Tiada lagi gurau mesra seperti selalu. Sepatah aku tanya, sepatah jua dia jawab. Sikap Aisyah yang gemar berahsia denganku membuat aku selalu risau tentang keadaannya. Setiap masalah yang dihadapi olehnya tidak pernah dia mahu untuk berkongsi denganku. Alasan yang diberikan setiap kali aku persoalkan tentang ini ialah dia tidak mahu aku khuatir tentang dirinya.

“Syah, kenapa sejak kebelakangan ni lain sangat abang tengok Syah? Syah ada masalah ke?” soalku sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di sebelahku.

“Mana ada. Abang ni suka main tembak je,” balasnya sambil menghadiahkanku sebuah senyuman yang boleh menggegarkan naluri lelakiku.

“Betul ni? Abang tak percayalah. Syah, you always have my shoulder okay. Abang tak suka kalau Syah pendam masalah Syah sorang-sorang,” aku cuba mengorek rahsia yang terpendam dalam hatinya.

” Abang ni degil juga rupanya ye. Syah okaylah. Syah mana ada masalah,” balas isteriku sambil melentokkan kepalanya di bahuku. Aku memerhatikan sahaja Aisyah di sebelahku. Bohong! aku yakin dia sedang berbohong tapi aku tidak pasti mengapa.

Aku mengeluh perlahan. Cukup sukar bagiku untuk mengetahui isi hati isteriku sendiri. Aku dapat melihat keresahan di matanya. Aku dapat merasai gentar dalam tingkahnya. Aku mengesan hiba di setiap katanya. “Syah masih marah pada ibu dengan ayah ke? Syah tahukan… dia orang tak nak bagi tahu Syah yang Syah ni anak angkat sebab dia orang sayangkan Syahkan.” bicaraku lembut.

Aku berharap Aisyah tidak lagi menyimpan dendam terhadap keluarga angkatnya yang merahsiakan status dirinya sebagai anak angkat. Pada mulanya memang Aisyah berkecil hati dengan mereka namun hatinya telah lembut dan berjanji denganku untuk pergi menjenguk mereka pada minggu lepas, dan ternyata janji tinggal janji. Aisyah rupa-rupanya masih marah akan keluarganya.

Aku lihat Aisyah diam dalam pelukkanku. Tiada suara yang keluar dari mulutnya. “Kalau boleh Syah tak nak jumpa dia orang sampai bila-bila. Dahlah bang, Syah tak nak bahas pasal ni ye, please,” aku hanya menganggukkan kepalaku perlahan setelah melihat matanya berkaca. Sebenarnya sungguh aku tak sanggup melihat air mata itu kerana pasti hatiku juga menangis.

Biarlah malam ni aku beralah, tapi aku yakin suatu hari nanti Aisyah pasti akan berlembut hati. Tiba-tiba aku teringat pada hadiah yang dia berikan padaku minggu lalu sempena hari lahirku. Sungguh aku lupa untuk mengucapkan terima kasih padanya kerana aku risau memikirkan perihalnya dan keluarganya.

” Thanks,” bisikku perlahan.

” Thank? for what?” soalnya sambil mendongak pandang ke arahku.

” Thanks for the present. Abang lupa nak ucapkan terima kasih minggu lepas,” ujarku sambil tersenyum memandang ke arahnya. Aku melihat tiada reaksi positif melainkan riak hairan yang menyapa wajahnya.

” Hadiah? Hadiah apa? Minggu lepas ada apa?” soalnya padaku

Mustahil Aisyah tidak ingat tentang tarikh hari lahirku. Padahal setiap tahun dia memberikanku hadiah. Aku tersenyum apabila mengetahui ini pasti helahnya untuk mengenakanku.

“Tak payah pura-puralah sayang. Takkanlah hari lahir abang pun Syah tak ingat. Kalau Syah betul-betul tak ingat habis tu kenapa Syah boleh bagi hadiah kat abang minggu lepas,” ujarku sambil menarik hidungnya perlahan.

Masih lagi tiada senyuman yang terhias di bibirnya. Namun, hanya kerutan memenuhi dahinya. Aku memerhatikan tingkahnya dengan hairan. Reaksinya seolah-olah dia betul-betul lupa tentang hari penting itu.

Aku sedikit panik apabila tiba-tiba Aisyah lari menuju ke tandas. Aku berlari anak mengejarnya. Sesampai di sana aku lihat dia sedang mengeluarkan isi perutnya. Aku hanya mampu mengusap belakangnya. Inilah salah satu perkara yang aku risau tentang dirinya. Boleh dikatakan sepanjang malam dia akan muntah dan pening. Apabila di ajak ke klinik pasti pelbagai alasan yang terbit dari bibirnya.

“Dah okay dah?” soalku melihat dia mula mencuci mulut dan tangannya. Dia hanya menganggukan kepala.

“Jom pergi klinik,” cadangku setelah melihat keadaan Aisyah yang sudah tidak bermaya.

Dia hanya menggelengkan kepalanya dan menapak menuju ke bilik. “Kenapa tak nak pergi pulak. Dah teruk sangat dah abang tengok ni,” ujarku sambil mengikut jejak langkahnya.

“Dah pergi dah tadi,” ujarnya perlahan.

Aku melihat dia mengeluarkan sebuah plastik dan mengeluarkan isi di dalamnya. Pelbagai jenis ubat yang berwarna-warni yang dapat aku lihat. Aku cuba membaca nama-nama ubat yang tercatit di atasnya namun tiada satu pun yang aku faham.

“Banyaknya ubat. Asal nama ubat ni pelik sangat? Teruk sangat ke sakit sayang ni?” soalku kehairanan. Aku masih setia menanti di sebelah Aisyah yang menelan ubat tidak terhitung banyaknya.

“Biasalah bang. Syah pergi hospital bukan klinik. Macam-macamlah dia bagi vitaminlah, tahan sakitlah and banyak lagilah. Syah makan jelah,” dia mula melangkah ke katil sambil memicit kepalanya yang mungkin pusing. Setiap malam itulah aktiviti harian yang wajib dilakukannya.

Aku turut merebahkan badanku di katil. “Nak abang picitkan?” tanganku sudah mula merayap di dahi Aisyah. Dia hanya mengangguk perlahan. Dalam diam aku membuang pandangan di wajahnya. Segala kekusutan yang tadinya bermain di wajahnya kini mulai tenang.

Lagu kisah hati nyanyian Alyah terus-terusan menyanyi menandakan satu mesej diterima. Aku memerhatikan tingkah isteriku mengambil telefon bimbitnya yang tiba-tiba berbunyi di sisi katil.

“Kenapa tukar lagu untuk mesej? Dah minat Alyah pulak ke?” soalku sebaik sahaja Aisyah meletakkan telefon bimbitnya kembali di meja di sisi katil.

Aisyah hanya tersenyum. “Lagu tu kena dengan kita,” balas isteriku perlahan. Aku hanya mengerutkan dahi menunjukkan tanda aku langsung tidak mengerti bait-bait katanya. Aisyah meletakkan tangannya di dahiku lantas mengurut dahiku yang berkerut seribu. ” Nanti abang faham,” bicaranya seakan-akan berbisik di telingaku.

AKU akhirnya mencapai telefon bimbitku untuk mendail nombor Aisyah. Sudah hampir lima belas minit aku menunggunya. Pagi tadi dia yang beria-ia mengingatkanku tentang rancangan kami untuk makan tengahari bersama namun kini dirinya tidak kelihatan.

“Syah kat mana ni?” soalku sebaik sahaja salam yang aku beri di jawabnya.

“Tengah lunch dengan kawan. Kenapa?” suaranya menyapa lembut di gendang telingaku.

“What! Habis abang macam mana?” kataku separuh menjerit. Kini mulai timbul api-api kemarahan di hatiku kerana dia telah memungkiri janjinya.

“Kenapa dengan abang?” soalnya bersahaja seolah-olah dia tidak melakukan kesalahan. Aku mengeluh perlahan. Sudah lupakah dia dengan janjinya.

“Kan Syah dah janji dengan abang nak lunch sama-sama. Don’t you remember?” aku mula mengingatinya tentang janjinya. Namun, tiada suara kedengaran di corong telefonku kini.

“Bila masa pula Syah janji dengan abang? Mana ada. Abang ni mengarut jelah,” aku terdengar tawa kecil yang meletus di bibir Aisyah kini.

“Syah, yang pagi tadi waktu breakfast tu apa? Yang janji nak makan kat KFC tu apa?” aku cuba mengingatkannya lagi tentang janjinya. Sepi! Itulah yang berlaku lagi di corong telefonku.

“Oh… Syah… Syah lupalah bang. Sorry ye. Kesian abang kena tunggu Syah lama,” jawabnya dengan suara yang agak lambat.

Lupa. Itulah sikap baru isteriku yang baru sahaja aku sedar. Dia mudah lupa dengan apa yang dilakukan begitu juga dengan janjinya. Aku mula curiga dengan perubahan mendadak yang berlaku kepada Aisyah. Setiap kali aku tanya mengenai perkara itu ada sahaja jawapan yang tidak dapat aku terima yang diberi.

” Takpelah. Syah sambung makan. Abang nak order ni. Kita jumpa kat rumah ye,” balasku perlahan.

” Okay. Assalamualaikum,” Aisyah terus meletakkan telefonnya tanpa menunggu balasan dariku. Aku hanya mampu jawab salamnya setelah talian dimatikan.

Ada sesuatu yang berlaku pada dirinya. Itu aku pasti! Aku akan siasat kalau Aisyah tetap tidak mahu memberitahu perkara yang sebenar.

AKU mengerling jam yang tergantung di dinding. Kalau namanya perempuan, memang tak sahlah kalau tak lambat. Aku menggeleng kepala perlahan sambil memerhatikan jam yang berdetik tanpa menunggu walau sesaat. Betapa ruginya masa yang berlalu tanpa melakukan apa-apa.

“Sayang… cepat sikit. Kita dah lambat dah ni,” aku meninggikan nada suaraku supaya Aisyah yang berada di tingkat atas boleh mendengar arahanku.

“Coming,” balasnya. Aku mendengar derap kakinya menuruni tangga. Aku hanya menggelengkan kepalaku apabila dia semakin hampir denganku.

“Sorry lambat,” bicaranya seolah-olah faham amarah yang tersimpan di dadaku.

Aku memerhati langkahnya yang tiba-tiba terhenti daripada menghampiriku. Aku melihat dia memegang kepalanya. Aku dengan pantas mendakap tubuhnya apabila melihat Aisyah sudah hampir jatuh ke permukaan lantai.

Aku mengangkatnya dan meletakkan dirinya di atas sofa berdekatan dan menuju ke kereta. Pintu dibahagian sebelah pemandu aku buka lalu mendapatkan dirinya kembali. Aku mendukungnya dan memasukkan dirinya ke dalam kereta.

Aku memulakan pemanduan sambil otakku ligat memikirka keadaan isteriku. Aku mula mengerakkan tubuhnya dan menampar perlahan pipinya. Aku berdoa dalam hati tidak putus-putus dengan harapan tiada perkara yang buruk terhadap dirinya. Alhamdulillah, akhirnya doaku termakbul apabila Aisyah mula membuka kelopak matanya.

” Abang nak pergi mana ni?” soal Aisyah sebaik sahaja dia bangun daripada pengsannya.

Aku memegang tangannya. ” Syah okay ke ni?” soalku kembali. Soalannya aku biarkan bagai angin lalu. Dia hanya menggeleng perlahan sambil matanya meliar melihat pemandangan di luar kereta.

“Abang, kita nak pergi mana ni?” soalnya lagi. Soalan yang sama seperti tadi. Dapat aku kesan getar dalam katanya.

Tangannya yang tadi aku genggam erat kini aku lepaskan dan kembali pada stering kereta. ” Kita pergi hospital. Buat check-up,” balasku untuk mengelakkan dia lebih lama untuk berteka-teki.

“Nak buat apa? Syah okaylah bang. Tadi Syah pening tu yang Syah pengsan tu,” aku lihat Aisyah mula tidak senang duduk di sebelahku. Seperti cacing kepanasan.

“Kalau pening biasa takkan pengsan Syah. Please, jangan degil. Abang tak boleh tengok Syah sakit, hati abang pun sakit,” aku mula menyatakan isi hati yang terbuku dalam jiwaku ini. Benar! Aku tak sanggup melihat dia muntah hampir setiap hari, pening sepanjang masa dan lemah sepanjang hari.

“Fine. Syah ikut cakap abang tapi kita tak payah pergi hospital, kita pergi klinik je boleh?” ujarnya separuh merayu padaku. Semakin hari semakin aku tidak faham sikap Aisyah. Bagiku sama ada pergi ke klinik atau hospital adalah sama sahaja. Kedua-duanya untuk membuat rawatan. Cuma di hospital lebih terperinci.

Aku hanya menggelengkan kepala tanda tidak bersetuju dengan cadangannya. Aku sedikit pun tidak menghiraukan pujukan dan rayuan daripada Aisyah. Kali ini aku perlu bertegas untuk mengetahui apa sebenarnya penyakit yang dihidapi oleh Aisyah. Ataupun ianya memang seperti apa yang dikatakan oleh Aisyah. Hanyalah alahan!

Aku melihat Aisyah hanya mendiamkan diri sepanjang berada di hospital. Aku menunggunya di luar bilik rawatan sambil menunggu keputusan daripada medical check upnya. Aku terkejut apabila pintu bilik terbuka dan melihat Aisyah terkulai lemah di atas katil hospital tersebut.

Aku melihat doktor Amri yang tadinya khas untuk memeriksa keadaan Aisyah turut berlari anak menyaingi katil Aisyah. Aku turut mengikut jejak langkah doktor tersebut. Aku tahu pasti ada sesuatu yang berlaku pada Aisyah. Hatiku kuat menyatakannya!

“Doktor kenapa dengan isteri saya,” aku bertanya soalan tersebut pada doktor Amri. Sungguh aku risau tentang keadaan isteriku yang seakan-akan pengsan di situ.

“Dia kritikal. Nanti saya terangkan. Nyawa dia lebih penting,” jawapan yang diberikan doktor tadi membuat larianku mulai lemah. Dia kritial. Nyawa dia lebih penting. Dua ayat itu terus berlegar di kepalaku. Larian yang tadinya perlahan, kini sudah berhenti.

Akalku mula mentafsir sesuatu yang hatiku larang. Lututku tiba-tiba menjadi lemah dan aku terjelupuk di situ. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa takutnya aku pada tika ini.

DALAM tidak sabar aku juga takut untuk mengetahui penyakit yang dihidapi oleh Aisyah. Suasana dingin di dalam bilik doktor Amri sedikit pun tidak dapat menghilangkan peluh di dahiku.

“Apa sebenarnya penyakit isteri saya doktor?” soalku setelah sekian lama aku dan doktor Amri membisu.

Doktor Amri memberi hasil laporan kesihatan Aisyah kepadaku. Hatiku bagai dihempap batu besar apabila melihat kertas tersebut, Jantungku bagaikan terhenti seketika. Akalku bagai tidak berfungsi sepenuhnya. Barah otak! Ya, penyakit ini yang dihidapi oleh Aisyah. Aku hanya memandang doktor Amri untuk meminta penjelasannya.

“Hasil daripada ujian kami puan Aisyah disahkan menghidapi barah otak tahap kedua. Barah otak terbahagi pada dua iaitu Tumor Benigna dan Tumor Malignan. Melalui laporan, puan Aisyah menghidapi Tumor Benigna. Tumor ini tumbuh secara perlahan-lahan dan tidak merebak di bahagian-bahagian badan yang lain. Walaubagaimanapun, barah ini terletak berdekatan struktur otak yang penting dan boleh menyebabkan beberapa komplikasi serta mengancam nyawa,” terang doktor Amri sambil menunjukkan beberapa keping gambar tengkorak kepala manusia.

Mendengar penjelasan daripada doktor sudah cukup membuat hatiku menangis pilu. Perasaanku kini bercampur baur menjadi satu. Takut akan kehilangan isteri tercinta. Sedih mendengar berita yang boleh menyeret Aisyah ke lembah derita. Gusar penerimaan Aisyah tentang berita ini.

“Saya minta doktor rahsiakan dulu daripada isteri saya. Saya sendiri ingin memberitahu dia,” jawabku perlahan. Ada sedu dalam ayatku.

“Tapi puan Aisyah dah tahu. Dia sendiri yang memberitahu saya sebelum saya lakukan pmeriksaan tadi,” aku tersentak.

Ini bermakna Aisyah dah tahu terlebih dahulu. Tapi, kenapa dia merahsiakannya daripadaku. Perkara sebesar ini tidak patut dirahsiakan apatah lagi ianya melibatkan nyawa. Perasaan marah mula menyelubungi diriku.

“So, apa yang patut kita lakukan doktor. Ada harapan ke isteri saya untuk sembuh?” aku bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri.

“Buat masa sekarang ni saya cadangkan kita buat biopsi iaitu untuk mengambil daging barah berukuran dua milimeter atau lebih untuk siasatan patalogi. Kemudian, barulah kita boleh tahu rawatan mana yang sesuai sama ada rawatan radioterapi atau kimoterapi,” aku hanya mengangguk perlahan.

Usai aku mengucapkan terima kasih pada doktor Amri, aku terus bergegas menuju ke wad Aisyah. Aku memerlukan penjelasan daripada dirinya. Aku memulas tombol pintu dan kelihatan Aisyah yang sedang menikmati buah epal yang disediakan oleh pihak hospital.

Aisyah hanya tersenyum memandangku sambil menghulurkan aku sepotong buah epal yang sudah siap dipotong. “Nak?” soalnnya padaku. Aku hanya menggelengkan kepalaku perlahan. Mana mungkin aku menikmati buah tersebut selesai sahaja aku baru tahu berita mengenai dirinya.

“Kenapa Syah rahsiakan penyakit Syah daripada abang,” aku mula merenung tepat ke wajahnya. Senyumannya mula pudar perlahan-lahan.

Dia meletakkan pinggan yang berisi epal tadi disisi katil. “Abang bahagia tak bila dapat tahu tang Syah ada kanser otak?” dia menanyakan soalan membuakant marahku meluap-luap.

“Syah bagi tahu abang suami mana kat dunia ni bahagia bila tahu isteri dia sakit barah otak?” aku mula meninggikan suaraku apabila terasa seperti dipermainkan.

“Syah tak peduli suami orang lain. Syah nak tahu perasaan suami Syah sahaja,” suara Aisyah juga mula meninggi.

Aku meraup mukaku beberapa kali. Tidak faham apa sebenarnya yang bermain di fikirannya. Dia tidak pernah meninggikan suara begitu kepadaku walaupun dalam keadaan marah sekalipun. “Dah tentu jawapannya tak! Syah, macam mana abang nak bahagia sedangkan abang nak senyum pun payah sekarang ni,” aku mula memperlahankan suaraku. Tidak mahu perkara itu menjadi bertambah rumit.

“Sebab tu Syah tak nak bagi tahu abang. Syah tak nak abang sedih sebab Syah. Kalau boleh Syah nak tengok senyuman abang sampai Syah tutup mata,” balasnya sambil memegang kedua-dua belah pipiku.

“Syah. Kitakan dah janji susah senang sama-sama. Kenapa Syah nak mungkir janji? Setahu abang, Syah bukan jenis orang yang suka mungkir janji,” aku mula memegang tangannya yang memegang pipiku.

“Syah tak boleh tunaikan dua janji serentak. Abang ingatkan, Syah pernah janji dengan abang yang Syah akan selalu bahagiakan abang. Macam mana Syah nak bahagiakan abang bila abang dapat tahu penyakit Syah ni? Macam abang cakap, nak senyum pun susah. Syah tak nak hilang senyuman abang tu. Syah tak nak rampas bahagia abang. Syah tak nak jadi kejam abang,” ada sedu dalam katanya.

Tangisan yang perlahan kini mula kuat kedengaran. Lantas aku keluar dari bilik Aisyah dan barsandar pada dinding berdekatan. Ya Allah, sesungguhnya aku tak kuat mendengar dia menangis. Dia sanggup tidak melakukan pembedahan semata-mata untuk membuat aku bahagia. Tapi, aku marah dia. Kejamnya aku! Desis hatiku. Air mata mula laju mengalir tanpa aku sedar. Aku mula terduduk sambil menahan sedu.

Azan Asar mula berkumandang daripada telefon bimbitku. Perlahan aku menapak menjauh daripada bilik Aisyah menuju ke surau. Aku meminta pertolongan pada Yang Esa.

Selesai menunaikan kewajiban aku sebagai seorang muslim, aku menuju ke wad Aisyah. Aku telah berjanji kepada diriku sendiri, tiada lagi tangisan dan aku akan cuba untuk tersenyum padanya. Aku memulaskan tombol pintu perlahan dan membuka sedikit pintu. Aku melihat dia sedang membelakangkanku.

Aku melihat dia menadah tangan untuk berdoa dalam keadaan bertelekung. Aku tidak terus masuk. Aku hanya melihat tingkahnya sahaja dari muka pintu. “Ya Allah, aku tahu aku insan penuh dosa. Aku selalu khilaf dengan nikmat di dunia hingga membuat aku terlalu lalai. Aku tak layak untuk meminta padamu Ya Allah, tapi aku mohon kau berikan aku sedikit waktu untuk melunaskan janjiku. Aku ingin sekali membuat suamiku bahagia walaupun aku tahu sakitku ini telah membunuh kebahagiaan yang kami baru cipta. Ya Allah, aku betul-betul mencintai dia. Seluruh jiwaku hanya untuk dia. Aku betul-betul tidak kuat apabila aku tahu aku bakal kehilangan senyumannya. Sungguh itu lagi menyakitkan daripada sakit yang aku hidapi ini. Hanya Engkau sahaja yang dapat menolong diriku. Hanya Engkau sahaja yang dapat membantu hambamu yang hina ini. Berikan aku sedikit waktu dan aku janji Ya Allah yang aku takkan sakitkan dia. Amin…,” rintihnya perlahan. Ada sedu dalam katanya.

Tombol yang tadi kemas di tanganku tanpa aku sedar terlepas kini. Aku membatalkan niatku untuk melangkah masuk. Aku terus melangkah mengikut langkah kaki. Tanpa aku sedari aku kini berada di belakang hospital. Kali ini aku tidak boleh menunaikan janjiku supaya aku tidak menangis lagi. Isi hatinya telah membuat hatiku disiat-siat dengan kuat. Sakitnya sehingga aku sukar bernafas.

“Kenapa aku yang dipilih untuk hadapi semua ni? Aku betul-betu tak kuat. Aku tak sanggup tengok dia macam tu. Aku.. aku.. kenapa tak aku sahaja yang Engkau pilih untuk sakit. Kenapa dia? Kenapa dia? Sakitnya aku bila melihat dia merintih,” rintihku perlahan. Aku sudah tak berdaya untuk bersuara kerana terlalu sedih. Akhirnya aku membuat keputusan untuk menangis di situ. Biarlah aku menangis di sini daripada aku menangis di hadapan Aisyah.

AKU menghulurkan segelas air apabila melihat dia terbatuk kecil. Dia hanya menggelengkan kepala dan menghadiahkanku sebuah senyuman. Senyuman derita! Aku turut membalasnya. Menurut doktor, Aisyah hanya ada dua bulan sahaja untuk hidup. Badannya terlalu lemah untuk melakukan rawatan kimoterapi. Kini, aku hanya menunggu masa. Menunggu masa kehilangan dirinya. Namun ketentuan tuhan tidak ada siapa yang dapat jangka. Hidup dan mati dalam rahsia-Nya. Semoga panjang usia isteri kesayanganku.

“Kalau boleh abang tahu, kenapa Syah tak nak bagi tahu keluarga angkat Syah tentang penyakit Syah ni? Sedangkan dengan keluarga kandung Syah, Syah bagitau. Syah tak baik simpan dendam lama-lama tau. Syah tak nak maafkan dorang ke? Syah tak sayang dorang ke?” soalku lembut.

Aku melihat wajahnya yang kini berwarna putih. Pucat lesi! Berat badannya turut turun secara mendadak. Yang paling menyayat hatiku setiap malam pasti dia batuk bermuntahkan darah. Untuk menitiskan air mata bagai menghempap dirinya dengan seribu rasa bersalah dan akhirnya aku hanya mengukir sebuah senyuman. Senyuman palsu! Senyum tatkala melihat mulutnya penuh dengan darah. Itu saja yang boleh aku lakukan demi dirinya.

“Sebenarnya, Syah dah lama maafkan dia orang dan Syah sayang sangat-sangat pada dia orang, bang. Sayang sangat. Syah lebih sayangkan dia orang daripada keluarga kandung Syah, sebab dia orang yang besarkan Syah. Dia oranglah tempat Syah mencurah kasih,” balasnya perlahan.

“Jadi kalau Syah sayang dia orang, kenapa Syah tak bagi tahu pasal sakit Syah?” soalku sambil menggenggam erat tangannya.

Soalanku hanya dijawab dengan senyuman. Aisyah menghela nafas. “Abang tak perasaan ke waktu hari nikah kita, mak menangis. Itu semua sebab Syah cakap Syah tak nak jumpa dia orang lagi. Kalau Syah cakap Syah akan mati, agak-agaknya apa akan berlaku pada mak? Cukuplah sekali Syah dah buat mak menangis. Not for the second time. Syah takut Syah tak kuat bila tengok mak menangis sebab Syah. I just can’t,” ada getar dalam suaranya. Aku mengusap tangannya perlahan untuk menenangkannya.

“Okay, kalau Syah dah lama maafkan dia orang kenapa Syah tak nak jumpa dia orang dulu?” soalku setelah esakan perlahannya mula menghilang.

“Syah tak nak jumpa dia orang sebab Syah nak dia orang benci Syah. Anggap Syah anak angkat tak kenang budi. Seorang yang kejam! Mak sakit pun tak nak lawat,”

“But why,” soalku agak terperanjat.

“Sebab kalau Syah dah takde nanti, dia orang tak adalah sedih, sebab dia orang dah simpan perasaan benci kat Syah,” lancar sahaja jawapan yang meluncur dari mulut Aisyah.

Aku mengusap rambut Aisyah perlahan. Mulutku ternyata terkunci untuk membalas katanya. Sungguh sangkaanku terhadap Aisyah meleset sama sekali. Hatinya terlalu baik sehingga aku rasa aku tidak layak untuk terus berada di sampingnya.

Aku lihat Aisyah membuka laci di sisi meja sambil mengeluarkan sebuah sampul surat berwarna coklat sebesar A4. Dia menghulurkan sampul itu kepada aku. Aku ambilnya dengan lambat. ” Apa ni?” tanyaku sebaik sahaja sampul itu berada kemas di tanganku.

” Present,” balasnya sambil tersenyum girang.

Aku mencubit pipinya perlahan. Tidakku sangka dalam keadaan begini masih sempat dia menyediakanku hadiah. Hatiku menjadi tidak sabar ingin melihat isi kandungan sampul tersebut.

Aku mengeluarkan sehelai kertas berwarna putih yang terdapat dalam sampul tersebut. Aku kaku melihat isi kandungan surat tersebut. Perlahan aku menjatuhkan pandanganku di wajah Aisyah. Masih tersenyum, tapi di sebalik senyuman itu dapat aku kesan kesedihan di matanya.

” Surprise,” ujarnya perlahan.

Aku menatap kembali surat tersebut. Surat yang sudah siap di tandatangani oleh Aisyah. Surat kebenaran untuk aku bernikah sekali lagi. Apa yang sebenarnya bermain di fikiran Aisyah? Kalau dia fikir dengan berkahwin lain aku akan bahagia, ternyata dia silap besar! Perlahan aku mengoyakkan kertas tersebut hingga menjadi kepingan kecil. Aisyah ternyata terperanjat besar apabila melihat tindakanku.

” What are you doing?” soal Aisyah separuh menjerit.

“Abang nak tolong Syah tunaikan janji. Syah dah janji untuk bahagiakan abang. So, abang tak bahagia apabila kena kahwin lain. So, we ended it here,” ujarku perlahan.

Aku dapat melihat senyuman terukir di bibirnya. Dengan senyuman itu, aku pasti surat yang ditandatangan bukanlah atas kerelaannya. Aku turut membalas senyumannya.

“Kalau Syah sentiasa di sisi abang itu dah cukup buat abang bahagia. Tak payahlah buat kerja bodoh ni lagi ye,” kataku seakan berbisik.

AKU tersenyum apabila melihat Aisyah berpelukan dengan emak angkatnya. Ya! Aku menceritakan semuanya kepada Puan Aida, emak angkat Aisyah. Aku tahu Aisyah terlalu rindukan emaknya. Aku tidak sanggup melihat airmatanya berlinangan kerana rindukan emaknya.

Aku meninggalkan wad Aisyah tanpa disedari oleh mereka. aku tidak mahu mengganggu kemesraan dua beranak tersebut. Alhamdulillah! Ternyata sangkaan doktor meleset. Kini, sudah hampir dua bulan berlalu dari tarikh kematian yang dianggar oleh doktor. Menurut doktor, ini merupakan suatu keajaiban kerana sakit Aisyah beransur pulih tanpa melakukan sebarang pembedahan. Aku terlalu bersyukur kerana ternyata doaku termakbul.

Aku berpaling apabila terdengar bunyi tombol pintu dipulas. Aku lihat Puan Aida memandangku sambil tersenyum.

“Emak dah nak balik ke?” soalku kepada Puan Aida. Dia hanya menganggukkan kepalanya.

“Hisyam tolong jagakan Aisyah ye? Mak risau tengok keadaan dia. Walaupun doktor cakap dia dah semakin pulih tapi mak tetap risau. Tolong ye, Hisyam,” rayu emak kepadaku. Aku hanya mengangguk perlahan sambil tersenyum.

“Kalau mak tak cakap pun saya akan buat perkara yang sama. Mak jangan risaulah,” aku cuba menenangkan hati emak yang resah.

“Kalau macam tu, mak balik dulu ye,” pamit emak sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Aku hanya menghantar emak dengan sebuah pandangan sahaja.

Dalam keadaan Aisyah begini tidak mungkin aku akan tinggalkannya sendirian. Mustahil! Apabila bayang emak hilang dari anak mataku, aku membuka langkah menuju ke wad Aisyah.

Aku mengambil tempat di sisi katil. Aku lihat dia tersenyum. Senyuman yang bagiku penuh ikhlas.

“Aisyah rasa tenang sangat sekarang ni. Macam dah takde masalah dah. Thanks abang,” ujarnya sambil menggenggam erat tanganku. Tanpa pamitan aku juga menggenggam tangannya.

“Welcome sayang,” aku menepuk tangannya perlahan.

“Abang, Syah nak keluarlah dari sini. Bosan betul. Dah hampir 5 bulan Syah kat sini. Boleh ye bang,” rayunya sambil membuat muka.

Aku tersenyum, aku mencubit pipinya perlahan. ” Tak boleh sayang. Kan doktor tak bagi. Syah kena ada dalam pengawasan dua puluh empat jam tahu,” aku menolak lembut cadangannya.

“Alah, bang please… kejap pun jadilah. Kita curi-curilah keluar. Bukannya orang tahu pun. Syah teringinlah nak tengok laut. Boleh ye bang,” rayunya lagi. Inilah kelemahanku. Aku cukup lemah apabila dia merayu padaku. Hatiku tidak sanggup untuk mengatakan tidak!

“Sayang… macam mana nak keluar curi-curi. Sayang tak kuat nak jalan kan,” aku menolak lagi.

Akhirnya Aisyah mengalah. Mukanya yang tadi girang kini dihiasi dengan kekecewaan. Aku mengeluh perlahan. Aku mahu Aisyah cepat sembuh tapi pada masa yang sama aku mahu menunaikan permintaannya. Aku mengusap pipinya perlahan dengan harapan dia mengerti keputusanku ini untuk kebaikannya.

AKU mengerling jam di tangan. Jarumnya menunjukkan pukul empat. Aku menjatuhkan pula pandanganku pada Aisyah di sebelah yang sedang dibuai mimpi. Aku masih berkira-kira sama ada untuk mengejutkannya atau membiarkan dia terus lena di sebelahku. Akhirnya kelopak matanya bergerak memberi tanda dia sudah terjaga.

“Dah sampai ke?” soalnya sambil menaikkan sandar tempat duduknya. Aku hanya tersenyum tanda itu jawapannya. Aku cukup senang melihat wajahnya di hiasi dengan pelangi kegembiraan.

Aku keluar dari kereta lalu menuju ke pintu penumpang. Aku tahu dia tidak larat untuk berjalan. Lantas aku mencempungnya. Dia memeluk leherku perlahan. Aku berjalan mendekati laut yang terbentang luas.

Aku akhirnya mengalah untuk membawanya ke laut. Tidak sanggup rasanya melihat wajahnya yang suram.

“SubhanAllah. Cantiknya,” ujarnya perlahan. Aku hanya mengangguk perlahan. Perlahan dia menyandarkan kepalanya di bahuku sambil matanya ralit melihat keindahan alam semesta.

“Seronok?” soalku walaupun ku tahu sangat jawapannya.

“La Illahaillallah… seronok bang,” ujarnya begitu perlahan. Begitu perlahan sampai ke telingaku.

Aku tersenyum puas,akhirnya dapat juga aku menunaikan permintaannya. “Abang dah tunaikan permintaan Syah. Sekarang abang nak Syah pula tunaikan permintaan abang boleh tak?” soalku sambil memandang wajahnya.

Aku melihat bibirnya tersenyum sambil menutup mata. Tiada jawapan yang kedengaran. Aku menggerakkan bahuku supaya dapat melihat tindak balasnya.

“Ish, abang tanya, senyum pula. Boleh tak?” soalku lagi sambil tertawa kecil.

Aku pelik melihat tiada reaksi daripadanya. Aku menggerakkan bahuku lagi supaya dapat menyedarkannya tapi ternyata itu hanyalah sia-sia. Dengan perlahan aku menurunkannya dan duduk sambil memangkunya.

“Syah. Syah..,” aku menampar pipinya perlahan dengan harapan dia boleh sedar. Aku hanya berharap sekarang dia sedang tidur, namun akalku memikirkan lebih daripada itu. Sesuatu yang amat aku takuti.

“Aisyah jangan main-main. Aisyah please buka mata sayang. Aisyah janji tak nak tinggalkan abangkan. Syah bangunlah. Syah abang tak kuat kalau Syah tak ada. Please buka mata sayang,” aku menggoncang badannya dengan kuat.

Air mata yang sudah dua bulan menghilang akhirnya tumpah jua. ” Syah…,” jeritku sekuat hati. Sungguh aku tidak sangka aku ditinggalkan saat ini. “Syah dah janji tak nak tinggalkan abang, tapi kenapa Syah mungkir janji? Syah janji nak bahagiakan abang tapi kalau Syah tak ada, abang tak boleh bahagia tahu tak? Syah.. please don’t go. I need you. Really need you, Aisyah tak boleh buat abang macam ni. Syah kata Syah tak boleh hidup tanpa abang. Abang pun sama. Abang tak boleh hidup tanpa Syah. Abang perlukan Syah di sisi abang,” aku memeluk tubuhnya dengan kuat. Aku mula menagih janji yang ditabur oleh Aisyah. Tanpa aku sedar hujan mulai turun dan semakin lebat.

“Syah… abang perlukan seseorang yang boleh hulurkan tangan bila abang terjatuh. Seseorang yang boleh selamatkan abang bila abang lemas. Seseorang yang boleh bantu abang untuk berdiri bila abang terduduk. The person is you! Only you… kalau Syah tak ada macam mana abang nak bangun bila abang terjatuh? Macam mana abang nak bernafas kalau abang lemas? So, please come back,” rayuku perlahan. Bajuku yang basah lencun tidak aku endahkan. Hujan yang semakin lebat tidak aku peduli. Jasad yang dihadapanku yang tidak lagi bernyawa kini aku ratapi. Dalam diam aku menyalahkan takdir.

UPACARA pengebumian arwah Aisyah berjalan selesai solat Isyak. Jiwaku bagai turut tertanam apabila melihat jasad Aisyah ditimbus oleh tanah. Terasa ingin berada di situ untuk menemaninya. Namun apakan daya, duniaku dan dunianya kini jauh berbeza. Tanpa aku sedar air mataku mengalir lagi untuk sekian kali. Kini, akalku gagal berfungsi dengan sepenuhnya. Aku membuat anggapan bahawa Aisyah outstation. Anggapan gila! Namun itu sahaja cara untuk merawat hatiku yang sudah hancur.

Setelah semuanya selesai aku pulang ke rumah. Aku masuk ke bilik sambil duduk di sofa bilik. Ternyata setiap ruang di bilik ini hanya mengingatkan aku kepada Aisyah. Ternyata sukar untukku melupakannya walaupun seketika. Setiap detik aku bagaikan terpandang wajahnya.

Aku mengorak langkah menuju ke meja kerja yang di sediakan khas untuk Aisyah. Di situlah tempat dirinya jika ingin menyudahkan kerja yang tertunggak di pejabat. aku mencapai beg tangan Aisyah yang terletak di atas meja tersebut. Aku mengeluarkan isinya. Kesemuanya. Tanganku dengan pantas mencapai sebuah buku yang berselerak dengan beberapa barang lain. Di dalam buku tersebut hanyalah beberapa catatan mengenai kerjanya. Aku menyelak sehelai demi sehelai. Akhirnya aku terjumpa sebuah catatan yang satu-satunya tiada kaitan dengan kerjanya.

Hari ini aku mendapat jawapan bagi setiap persoalanku. Ternyata aku merupakan penghidap penyakit barah. Patutlah aku sering sakit kepala dan muntah, ingatanku juga semakin pudar. Aku tak sanggup memberitahu suamiku mengenainya. Sungguh tak sanggup! Aku terlalu mencintainya. Terlalu! Aku rela tidak menjalani pembedahan daripada melihat senyumannya hilang. Puas aku berfikir apa salahku sehingga aku diduga sebegini. Manakah silapku sehingga aku diberi cubaan sebesar ini. Kini, aku dapat jawapannya. Jawapannya yang sentiasa berada di hadapanku. Jawapannya adalah suamiku. Ternyata aku terlalu mencintai dirinya sehingga aku lupa bahawa cinta pertamaku adalah untuk Yang Satu. Aku terlalu taksub terhadapnya. Ternyata aku telah menyerahkan segala-galanya kepada suamiku sehingga aku lupa terhadap Penciptaku. Aku pasti! ramai yang akan menyatakan tiada kebaikan apabila penyakit ini menyerang tubuhku, tapi bagiku, sekurang-kurangnya Allah masih sayang padaku. Dia masih lagi ingat padaku walaupun aku sudah lupa padaNya. Sungguh aku bertuah. Aku harap suamiku tidak menyayangiku melebihi Yang Esa. Itu sahaja harapanku kini. Aku tidak mahu kesilapan yang sama berulang kepada suamiku. Ya Allah, hanya satu permintaanku pada kali ini. Mungkin ini menjadi permintaan terakhir aku. Biarlah aku dapat membahagiakan suamiku walaupun sebentar. Biarlah Engkau cabut nyawaku dalam keadaan aku dan suamiku sedang berbahagia. Jika doaku ini termakbul, tiada apa lagi yang aku harapkan. Semuanya aku serahkan padaMu.

Tanpa dipinta air mata ku mengalir laju. Setiap patah perkataan yang ditulis membuat hatiku meruntun hiba. Tidakku sangka begitu sayang dirinya terhadap diriku sehingga aku merasakan betapa kerdilnya diriku. Aku menyelak ke muka sebelah. Tanpa sempat melihat isinya aku mengalihkan pandanganku pada telefon bimbit Aisyah yang berdering kuat menandakan satu mesej masuk.

“Lagu tu kena dengan kita,” kata-kata Aisyah suatu ketika dahulu kini terngiang-ngiang di telingaku. Aku menghayati bait-bait kata dalam lagu tersebut.

Hatiku hatimu

Menjadi satu cinta

Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku

Tapi cinta bukan milik kita

Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku

Takkan mungkin bersatu

Untuk saat ini di dunia ini

Mungkin kita bersama

Nanti di atas sana

Biar ku setia menjaga cintamu

Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita

Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku

Takkan mungkin bersatu

Untuk saat ini di dunia ini

Mungkin kita bersama

Nanti di atas sana

Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku

Takkan mungkin bersatu

Untuk saat ini di dunia ini

Biar ku setia menjaga cintamu

Selamanya

Akhirnya telefon bimbit Aisyah diam juga. Aku membiarkan telefon bimbit Aisyah tanpa melihat siapa penghantar mesejnya. Aku sungguh letih kerana setiap perkara yang berlaku di sekeliling aku pasti berkaitan dengan Aisyah, dan setiap kali itu juga aku mengalirkan air mata. Kini, aku mengalihkan semula pandangan pada muka surat yang tidak sempat aku baca. Kali ini hatiku menangis lagi. Entah ke berapa kali tidak dapat aku hitung.

Walaupun aku dan dia tak boleh hidup lama dalam dunia ini,

Aku tetap boleh bersama dengan dia di sana nanti,

Aku redha,

Redha dengan apa yang berlaku,

Jika ditakdirkan aku pergi dahulu,

Aku akan setia menunggu dirinya,

Di sana nanti,

Sebagai,

Bidadari syurga…

“OIT, Hisyam kau berangan ke? kau dengar tak apa yang aku cakap dengan kau tadi?” sergahan Jeffry membuat peristiwa dua tahun lalu lenyap dari fikiranku.

Aku hanya tersenyum sambil menggeleng perlahan. “Sorry apa kau cakap tadi,” aku memohon maaf atas keterlanjuranku.

“Kau tak nak balik office ke? dah pukul berapa dah ni? Nanti lambat pulak jom,” Jeffry mula mengatur langkah sambil meletakkan dua keping not sepuh ringgit di atas meja.

Aku turut mengorak langkah mengikut Jeffry. Walaupun sudah beberapa tahun berlalu namun peristiwa itu masih segar dalam ingatanku, malah akan terus kekal dalam ingatan aku. Aku pasti sekarang ini pasti Aisyah sedang menantiku di atas sana. Tunggulah daku wahai bidadari syurgaku…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience