3. Kita Serupa

Romance Series 14256

3. Kita Serupa

Dhamira melihat matanya di cermin tandas..alamak.bengkak la pulak..adoi..dah la kelas tu ramai orang. Hatinya menggeleng kesal kerana terlalu mengikut perasaan malam tadi. Menangis sepanjang malam kerana merindukan seseorang. Segalanya berpunca dari satu panggilan telefon yang diterimanya sejurus selepas dia pulang dari kelas.

” Mira sihat..?” kedengaran suara abang sulungnya di hujung talian.

Setelah berborak agak lama, persoalan yang selalu sangat dielakkan akhirnya meletus jua. “Mira tak call ayah ke..? Abang ada cakap ngan ayah semalam.. Dia kata Mira dah lama tak telefon dia..Kenapa?” soalan yang sungguh tidak disenangi Dhamira meledak keluar dari mulut abangnya yang seorang itu.

“Tak sempat la..Banyak keje sangat..Lagipun kalau ayah nak cakap ngan Mira, ingat kat Mira, kenapa ayah tak telefon Mira aje..?” lirih suaranya saat menuturkan ayat-ayat itu. Bimbang juga dijerkah oleh abangnya yang panas baran dan garang tu.

“Tak pelah..nanti ada masa Mira telefon la dia..Tanya khabar..Tu kan dah tanggungjawab kita. Walau apa pun yang dah berlaku, dia tetap ayah kita..Faham tak?”

Dhamira hanya mengangguk walaupun dia tahu abangnya tidak dapat melihatnya. Matanya mula terasa panas.

“Dengar tak bang cakap ni..?” sayup-sayup suara itu kedengaran di cuping telinga Dhamira. Malas-malas sambil menahan getar suaranya Dhamira menjawab ya.. Ah..malas nak fikir.

Malam itu Dhamira tak dapat melelapkan matanya. Sepanjang petang merangkak ke malam sehinggalah tubuhnya direbahkan di katil, ingatan terhadap ayahnya seolah-olah sengaja untuk bermain dengan emosinya. Hatinya pilu bercampur rindu. Teringat kenangan sewaktu mereka sekeluarga masih bersama.

‘Sudah lapan tahun berlalu..’Hatinya berbisik sayu. Kenangan demi kenangan menerjah mindanya dan menggamit semula kerinduan dan kesedihan yang selama ini tiada siapa yang mengerti. Cepat sahaja airmata miliknya itu tumpah mencium bantal peluk kesayangannya. ‘Kenapa semua ini harus berlaku..kenapa ayah tinggalkan Mira..tinggalkan mak?’ Dhamira menangis teresak-esak tanpa disedari rakan sebiliknya yang mungkin sudah lena dibuai mimpi.

Sejak ayah dan ibunya bercerai, Dhamira dan abangnya hidup bersama ibu mereka. Tetapi sejak setahun yang lepas ibunya pergi menghadap seruan Ilahi. Mujurlah abangnya masih ada untuk menjaganya. Hatinya sepi, sunyi tanpa belaian kasih dari sebuah keluarga yang sempurna. Kini dia meneruskan hidupnya sebagai mahasiswi di Universiti Putra Malaysia, ditanggung oleh abangnya yang seorang itu jugalah.

“Mira!!!” Kedengaran seseorang melaungkan namanya. Ohh..Sarah rupanya. Kelihatan rakan baiknya itu terkedek-kedek menghampiri Dhamira. Meletus ketawa di bibir Dhamira melihatkan telatah Sarah yang murai itu.

“Kau ni apahal gelak-gelak pulak? Dah la aku panggil tak dengar. Naik berbuih mulut aku ni tau tak?” Sarah kelihatan berpeluh-peluh.

“Ala, rilekla Sarah. Aku tak dengar la. Yang kau macam bad mood ni apasal?” Dhamira agak hairan melihat Sarah yang kelihatan lain berbanding selalu. Biasanya Sarah jarang marah-marah.

“Ni ha..” Kelihatan Sarah mengeluarkan sekuntum ros merah dari beg kuliahnya. Alah.

“Hazran bagi. Dia mintak aku bagi kat kau. Pening kepala aku ngan dia tu tau tak..Nak ngorat kau tapi aku pulak yang selalu dikejarnya. Tak pasal-pasal aku gaduh ngan Fahmi. Huh! Tension!” Laju sahaja ayat yang keluar dari mulut becok Sarah. Sarah hanya mengeluh bila melihat Dhamira buat-buat tak nampak apa yang ditunjukkannya tadi. Hai, kau ni buta ke Mira? Adoi.

“weh..kau tak korek telinga erk..Dengar tak apa aku cakap? Ni ha.nampak tak?” Sarah menunjuk-nunjuk bunga ros hidup itu ke muka Dhamira. Masih harum baunya. Dhamira mengeluh.

“Sarah.kau bagitau je lah kat dia aku tak nak..aku tak nak..” Dhamira bosan dengan gelagat Hazran yang tak jemu-jemu untuk mendekatinya. Hati aku dah mati. Dah beku!! Tetapi hanya dalam hatinya ayat-ayat itu bergema.

“Masalahnya dia tak faham bahasa Melayu. Cuba kau ajar aku macamana nak cakap ayat tu dalam bahasa batak.kau kan terrer..haha..?” Sarah menutup mulutnya apabila diliha Dhamira menghadiahkan jelingan maut padanya.

“Okey okey.aku gurau jer.. aku dah bagitau la Mira.. dia nak bagi jugak..” Sarah buat muka kesian. Dhamira menggeleng dan mengambil bunga tersebut lantas memasukkannya ke dalam beg.

“Jom makan..Aku lapar..” Dhamira mengajak.

“Jap jap..” Sarah meneliti muka Dhamira sebaik sahaja gadis itu menanggalkan cermin matanya.

“Kenapa mata kau?” Cepat-cepat Dhamira mengenakan semula cermin matanya. Alamak!

“Sakit mata” Ringkas sahaja dia menjawab dan terus ketawa apabila melihat Sarah segera menutup matanya dengan kedua-dua belah tangannya.

“Ngada-ngada la kau ni.. kata kawan aku.. Time macam ni nak tutup mata plak..Dah..jom..” dia menarik tangan Sarah. “Aku tak nak jangkit nanti..” Rungutan Sarah tidak dihiraukan.

Disebalik bangunan itu, Hazran tersenyum apabila dilihatnya Dhamira menyimpan bunga yang diberikannya. Hatinya berbunga asmara. Dhamira.. Hatinya jatuh pada gadis itu. Gadis yang sukar untuk ditebak perasaanya. Kadang-kadang Hazran akan mengikut Dhamira dari jauh selepas Dhamira habis kelas. Hatinya ingin mendampingi gadis itu namun dia bimbang kehadirannya akan menakutkan Dhamira. Lebih dari itu dia tak mahu Dhamira semakin menjauhkan diri darinya.

Dhamira merenung bunga-bunga ros merah pemberian Hazran. Dikumpul-kumpul agak banyak juga jadinya. Dia hanya mengeluh. Aku tak boleh. Aku tak de perasaan pada kau. Hatinya agak sayu bila mengenangkan soal cinta. Teringat pada cintanya yang tak kesampaian.

“Aku masih rindukan dia ke..?” Dia tertanya sendiri. Serta merta mindanya melukis seraut wajah yang pernah menakluki hatinya. Wajah redup milik Asyraf terasa seperti baru semalam disentuh. Tetapi kenapa dia tinggalkan aku.Dhamira merintih sayu. Lemah semangatnya mengenangkan cintanya yang selama ini diagung-agungkan Asyraf, terkulai layu begitu sahaja diterjah ombak ganas. ‘kata sayang aku..cintakan aku..tapi kenapa tinggalkan aku jugak?’.ah..lelaki memang tak boleh dipercayai! Hatinya membentak sendiri. Sejak berpisah dengan Asyraf, Dhamira langsung menutup pintu hatinya. Kehadiran Hazran juga tidak diendahkan meskipun kadang-kadang matanya mencari juga kelibat jejaka itu sewaktu sesi kuliah.

“Mira..kenapa kau tak suka Hazran? Nak kata dia tak hensem, takde la buruk pun. Okey aje mata aku yang comel ni tengok. Kenapa erk?” Sarah merenung wajah Dhamira yang sedang menghadap komputer riba miliknya. Entah apalah yang ditaipnya. Sarah selalu memerhatikan Dhamira menaip sesuatu di dalam laptopnya itu. Diari mungkin.hatinya meneka.

“Dah aku takde perasaan. Hensem pun nak buat apa. Bukan boleh makan pun.” Selamba sahaja Dhamira menuturkan kata-kata itu.

“Ke kau masih ingatkan Asyraf?” Sarah sengaja menduga.

“Aku tak suka cakap pasal tu la Sarah..” Dhamira agak terusik dengan pertanyaan Sarah.

“Lelaki tak semua sama perangainya Mira..aku nak tengok kau bahagia..macam dulu..Aku rasa Hazran boleh bahagiakan kau..” Lembut kata-kata itu dituturkan oleh Sarah.

“Buat aku bahagia masa dia nak..masa dia tak nak nanti, apa yang dia akan buat aku rasa?” Dhamira sudah menutup laptopnya sambil merenung keluar tingkap biliknya.

“Jangan la fikir macam tu..belum cuba belum tau..Hazran tu baik Mira..Sayang kalau kau lepaskan..” Sarah cuba berdiplomasi.

“Aku tak ada keinginan untuk mencuba.” Terlepas keluhan dari mulutnya apabila melihat Dhamira menutup mata.

17 April 2006

Aku merasa agak terganggu dengan persoalan sarah tentang hazran..dan juga asyraf..kenapa?? kenapa aku tak dapat menerima nasihat sarah? Aku ke yang sengaja menutup hati pada hazran..

Hazran..maafkan aku kerana mengecewakan kau..aku bukan membencimu..tapi aku takut aku akan kecewa lagi jika aku bercinta lagi..aku takut aku takkan dapat bertahan jika aku kehilangan lagi..

Bukan aku tak sudi.aku suka bila kau mengejarku..aku tahu kau mengekoriku hingga ke kolejku setiap hari..aku gembira bila kau menghadiahkan ros merah padaku..dan aku menghargai perasaanmu.namun aku tak berdaya hazran..aku tak berdaya untuk melupakan kesakitan dan kekecewaan semalam.kekecewaan yang melanda aku sejak lapan tahun lalu..kemudian ditambah lagi dengan kekecewaan cintaku yang lepas.aku terhanyut ke lembah derita..kau tentu tak mengerti..biarlah aku berdiam diri begini..aku tak mahu kecewa lagi.tak mahu hazran..fahamilah aku.tapi sekarang aku rasa aku rindukan kau.

Dhamira menaip luahan hatinya hari itu dalam laptopnya..hanya di dalamnya kekecewaannya dicurahkan..

28April 2006

Aku menangis lagi..murah sungguh airmata ini untuk lelaki..kenapa aku menangis bila aku rindukan ayah.bukankah aku marahkan dia..sebab dia tinggalkan aku, mak dan abang..jadi kenapa harus aku menangis..

Tuhanku..ampunilan hambaMu ini kerana berdendam dengan ayah sendiri.tapi bagaimana harus aku buang segala kesakitan ini andainya hatiku masih tegar untuk menangisinya..

Ya Allah..

Apakah hikmahnya Kau bawa Asyraf pergi dariku.adakah kerana Kau mahu hadiahkan aku seorang Hazran? Kalau benar, bukalah pintu hatiku untuknya Ya Allah.. mudahkanlah segala urusanku..jika tidak, Kau bantulah dia untuk melupakanku..aku tak mahu menjadi seorang insan yang merugikan insan lain..

Dan bantulah aku untuk berdepan dengan ayahku..Amin.

Dhamira menyeka air mata yang jatuh dipipinya. Saat itu rindunya pada ibunya memuncak. Diangkatnya wuduk dan dikerjakan solat sunat dua rakaat. Di penghujung doa, dia menitipkan surah Yassin untuk ibunya yang tercinta. Berderai airmatanya saat kilasan wajah ibunya memenuhi deria penglihatan.mak..Mira ridukan mak..Jumpa nanti di sana..Mira akan selalu doakan mak..Tiba-tiba juga wajah Hazran menjelma. Dhamira hanya membiarkan meskipun saat itu dia terasa terlalu ingin berbual-bual dengan jejaka itu.

“Assalamualaikum..” Hazran menahan getar di dadanya saat bibirnya mengucap salam pada Dhamira.

“Waalaikumussalam..” Dhamira agak terkejut menerima teguran Hazran. Kali pertama duduk berdua dalam perpustakaan.

“Maaf mengganggu Mira..Boleh saya duduk..” Dhamira hanya mengangguk. Hatinya terasa kalut dan sedikit malu apabila renungan Hazran bertembung dengan matanya. Melahirkan satu perasaan yang aneh tetapi damai..

“Mira suka tak ros yang saya beri tu..?” Hazran menunggu jawapan sambil matanya memerhati wajah Dhamira yang kelihatan malu-malu. Comelnya muka kau. Hehe..hatinya tersenyum-senyum.. entah apa yang telah menyuntik semangatnya untuk menegur Dhamira hari itu. Dia nekad!

“Err..suka..suka sangat..” Eh..apa aku cakap ni? Hazran ketawa senang. Riang hatinya melihat wajah kalut Dhamira.

“ye ke..kalau macam tu nanti saya bagi lagi erk..apa saja asalkan Mira suka.” Dhamira hanya merenung Hazran sambil tersenyum malu.

“saya ikhlas nak berkawan ngan Mira..harap Mira sudi terima..saya boleh tunggu..ambillah seberapa lama pun masa..Saya tunggu Mira.” Hazran merasa dadanya seperti ingin meletup. Betul ke aku yang cakap ni? Dhamira dilihatnya agak tergamam.

“Err..saya..saya tak tau..”Keluar kata-kata itu dari bibir Dhamira.

“Hazran akan tunggu jawapan dari Dhamira.” Hazran berlalu pergi selepas Dhamira hanya mengangguk. Sebelum itu dia meninggalkan sekeping nota untuk Dhamira.

Sebuah lagu untuk gadisku..

Setiap hariku tulis

Yang ku telah jatuh cinta

Tapi ku rasa bersalah

Tidak ku nyatakan … padamu….

Adakah engkau merasa

Apa yang sedang kurasa

Kepada tancap asmara

Harapnya kau dah terima

Maafkan aku kerna menyintamu

Maaf jikaku tak padan denganmu

Tapi ku berjanji

Kau juita hati

Akan ku jaga hingga akhir nanti

Maafkan aku terus memujamu

Maaf aku yang terlanjur merindu

Didalam hujan renyai

Aku mengintai langit

Mengharap engkau akan setuju

Menyintai aku….

Menyanyi dan bisikkanlah sayang

Baiknya kau dalam jiwa

Tak tahan rasanya menanggung kasmara

Agar dapatku lelapkan mata…

Mengkhayalkanmu, bermimpikanmu sepanjang malamku…

Dhamira terpegun melihat bait-bait lagu yang sungguh indah itu. Seketika hatinya berbunga bahagia.

“Mira! Dengar ni cepat!!” Sarah terkocoh-kocok memberikan sebelah handsfree kepada Dhamira dan terus ditekapkan ke telinga Dhamira.

‘saya tujukan lagu ini untuk seseorang yang sungguh istimewa dalam hidup saya..Nur Dhamira binti Ilyas. Semoga dia mendengarnya. Saya sangat menyayangi awak, Dhamira’

Seketika kedengaran bait-bait lagu yang diberikan oleh Hazran kepadanya sewaktu mereka bertemu tadi. Kedengaran suara Sarah menjerit galak. Dhamira hampir tak percaya Hazran menujukan lagu itu kepadanya melalui radio! Romantiknya dia..hatinya tersenyum. Seketika ketawanya meledak apabila melihat Sarah yang terlebih aksi pulak.

Tiba-tiba telefonnya berdering..Hazran!

“Hello..”

“Hello.Mira dengar radio tadi?”

“Dengar..thanks..” Dhamira merasa mukanya merah saat Sarah tersenyum-senyum memandangnya.

“Harap Mira tak kisah..saya benar-benar maksudkannya..”

“Yer..saya tak kisah..”

“Saya tunggu Mira kat tepi tasik kul 4 esok bleh..”

Akhirnya Dhamira bersetuju juga.

Dhamira menyiram kubur yang masih merah itu dengan air bunga. Semoga aman di sana. Hatinya sayu. Benar-benar sayu..Kenapa Hazran??

Dhamira nampak Hazran menunggang motosikal menuju ke arahnya yang sedang menunggu di seberang jalan. Hatinya riang. Dia mahu memberitahu khabar gembira untuk Hazran hari itu. Namun, dia hanya berdiri memandang Hazran saat matanya melihat jejaka yang sudah mendapat tempat di hatinya itu terhumban ke atas jalan raya apabila motosikalnya dirempuh sebuah kereta dari arah bertentangan. Hancur luluh hatinya saat dia berlari menjerit nama Hazran, dilihatnya lelaki itu menghulur tangan padanya.

Hazran! Hazran! Jangan pergi..jangan tinggalkan Mira!! Dhamira memapah tubuh Hazran dalam pelukannya. Mereka dikelilingi orang ramai. Kedengaran riuh rendah. Hazran hanya memandang Dhamira sambil tersenyum. Tangannya menggenggan erat jemari Dhamira.

“Hazran..sabarlah..Mira temankan awak yer..Kita pegi hospital”. Merah baju Dhamira bermandi darah Hazran.

“Mira.janji..jangan ..sedih.lagi..” tersekat-sekat Hazran menuturkan kata-kata. Semakin kuat genggaman tangannya memegang jari halus milik Dhamira.

Dhamira mengangguk. Airmatanya merembes laju. Hazran cuba mengangkat tangan untuk menyapu airmata itu namun tak kesampaian. “Haz..ran ss..sayang Mira..” Dhamira memeluk Hazran. “Jangan tinggalkan Mira.jangan pergi..Mira sayang awak..” Dhamira mengongoi hebat..Hazran dapat menyentuh wajah Dhamira..dia tersenyum memandang gadis kesayangannya itu..seketika kedengaran bunyi ambulans..sejurus itu juga genggaman Hazran terlerai..Hazrannnn!!!

Dhamira berpaling untuk meninggalkan tanah perkuburan yang menyemadikan jasad milik Hazran, lelaki yang mencintainya sehingga ke nafas terakhir. Sebaik berpaling dia kelu. Hazran?? Lelaki yang berdiri di depannya seperti Hazran!!Hazrankah??!!

Kelihatan lelaki itu menghampirinya.

“saya Hazrif..Abang kembar arwah..” Dhamira mengucap panjang. Harapannya lebur. Kenyataan tetap kenyataan Dhamira! Hazran telah pergi. Dilihatnya saudara kembar Hazran itu mengeluarkan sepucuk surat dan dihulurkan padanya. Saling tak tumpah lagaknya seperti arwah Hazran. Hazran tak pernah pula bercerita tentang kembarnya. Seketika Dhamira teringat.dia dengan Hazran tak pernah berbual panjang.

Dicapai surat itu..dibuka dengan tangan yang bergetar.

Kepada gadisku Nur Dhamira..

Seindah namamu.seindah itulah juga cintamu yang kudambakan..aku mencintaimu sejak hari pertama kita bersua..aku melihat ada kesedihan di tubir mata redupmu.dan aku terpanggil untuk mendekatimu..

Dhamira gadisku..

Esok kita akan bertemu..aku yakin kau akan menerimaku..tapi entah kenapa aku juga merasa aku tak bisa untuk menjagamu..sepertimana janjiku padamu..maafkan aku sayang..aku dapat merasa antara kita takkan ada kesudahan..lantas kutitipkan warkah ini andai sesuatu menimpaku nanti..tapi aku akan tetap berjumpa denganmu kerana itulah hari yang kutunggu sejak aku melihatmu untuk pertama kalinya.aku cinta padamu.

Dhamiraku teristimewa..

Aku ingin kau tahu aku mempunyai seorang kembar..Hazrif namanya.hatinya juga seperti hatiku.aku tahu dia juga akan mencintaimu bila dia melihatmu.seperti mana hatiku melihatmu, aku yakin dia juga begitu..

Kelak..bila aku tiada.kau beriringanlah dengannya..aku berani berjanji..dia takkan mensia-siakanmu..seperti aku yang takkan pernah sanggup untuk meninggalkanmu dengan relaku.jika diberi peluang aku ingin menjadikan kau permaisuri hidupku..satu-satunya wanita untukku..

Sayang..

Janganlah kau bersedih lagi.aku tahu cerita dukamu.aku tak ingin kau menangis lagi..kerana airmatamu itu juga akan membuatku menangis dalam hati..maafkanlah dia..dia tetap ayahmu sayang..aku yakin kau takkan kecewa lagi bila kau sudi memaafkannya..

Gadisku tercinta.

aku benar-benar mencintaimu..jika kau juga mencintaiku..titipkanlah kalimahNya untukku selalu.dan belajarlah mencintai Hazrif..dia yang paling layak untukmu, Dhamira..aku tak mahu kau terseksa lagi di tangan lelaki lain..Hazrif ibarat aku..tapi hanya bila kau mencintainya sahaja aku minta kau terima lamarannya..bukan kerna ku semata-mata..kerana hatinya juga penuh dengan cinta yang ikhlas seperti adik kembarnya ini..

Dhamira..kau adalah yang terindah sepanjang hidupku.aku cinta..aku cinta pada kau.

Dhamira terduduk di depan pusara Hazran.. airmatanya menitis lagi..Hazran..aku juga mencintaimu!!

Hazrif memandang airmata Dhamira..hatinya tersentuh..jangan bimbang Hazran..aku akan jaga gadismu ini..kerana hatiku juga seperti hatimu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience