10. Tulus Dari hati

Romance Series 14261

10. Tulus Dari Hati

satu hari nanti kita akan berjumpa dengan jodoh kita

samaada kita yang mencari dia

atau dia yang akan menemui kita

semua itu atas ketentuan-Nya

Perlahan-lahan Insyirah mendekati jejaka tersebut. Air matanya mengalir laju. Pantas dia menyekanya. Akhirnya dia berdiri betul-betul di hadapan jejaka tersebut. Insirah menatap mata kuyu milik jejaka itu.

“Zirfan kan. Awak Zirfan kan?” tanyanya bertalu-talu. Sambil tu tangannya meraba-raba wajah jejaka tersebut. Jejaka itu hanya mampu mengangguk sambil memegang tangan Insyirah. Airmata lelaki itu sungguh murah waktu itu. Kala itu di mata masing-masing sarat dengan rindu. Sungguh Zirfan merindui Insyirah. Selama ini ingatannya tidak pernah luput buat insan yang disayanginya itu.

Tiba-tiba Zirfan melepaskan tangan Insyirah dan terus meninggalkan Insyirah di perkarangan hospital itu. Dia tak dapat menipu dirinya lagi. Besar kesalahannya terhadap Insyirah. Maafkan Zir Syira. Apa yang berlaku semua ini bersebab, bisik hati Zirfan. Dia melangkah laju tanpa mempedulikan laungan Insyirah. Dia tak dapat nak maafkan dirinya apabila melihat Insyirah menangis kerananya.

Akhirnya Insyirah jatuh terduduk menangis sambil melihat langkah Zirfan. Dia tidak menghiraukan pandangan manusia yang berada di perkarangan hospital itu. Apa salah Syira sampai Zir tegar tinggalkan Syira. Syira rindukan Zir. Kenapa Zir pergi. Kenapa!!??, bentak hati Insyirah. Akhirnya, Insyirah bangun dan mengatur langkah menuju wad yang menempatkan Puan Sri Afifah. Langkahnya longlai. Air matanya yang gugur pantas dikesat untuk mengelakkan pertanyaan dari mama dan papa Zirfan.

Sebelum melangkah masuk ke bilik Puan Sri Afifah, Insyirah terdengar perbualan antara Puan Sri dan Tan Sri.

Insyirah menolak sedikit pintu untuk mendengar dengan lebih jelas perbualan tersebut.

“Bang, Ifa kesian tengok anak kita tu. Ifa tahu dia terseksa sebab dia terpaksa melihat Insyirah dari jauh je.” ujar Puan Sri Afifah.

“Abang tahu. Tapi nak buat macam mana, kita tak boleh bocorkan rahsia dia. Biarkan dia selesaikan masalah tu sendiri. Kita sebagai ibubapanya hanya mampu bagi sokongan kepadanya.” terang Tan Sri Zakri sambil memegang erat tangan isterinya yang baring di atas katil.

“Tapi, saya tak sanggup nak dengar Zir menangis tiap-tiap malam kerana rindukan Insyirah. Saya tahu dia menderita.” teresak-esak Puan Sri Afifah.

Rahsia??getus hati Insyirah. Belum sempat Tan Sri Zakri bercakap, pintu ditolak lembut oleh Insyirah.

“Assalamualaikum auntie,uncle” ucap Insyirah sambil menyalami tangan mereka. Kepada Puan Sri Afifah, di hadiahkan satu kucupan di dahi. Mereka perasan mata Insyirah bengkak dan mereka tahu apa yang menyebabkan mata gadis kesayangan anak mereka itu bengkak.

“Syira terserempak dengan Zir tadi. Auntie, kenapa dia tinggalkan Syira tadi? Apa salah Syira?” tangis Insyirah di dalam pelukan Puan Sri Afifah. Puan Sri Afifah mengusap lembut belakang Insyirah. Dia mati kata-kata. Tan Sri Zakri hanya mampu menggeleng. Mereka hanya mampu menenangkan Insyirah. Semua keputusan hanya di tangan insan yang bernama Mohd Zirfan Adam.

********************

“Cik Syira, Cik Syira !” laung Suraya, salah seorang pekerja Insyirah. Insyirah yang ralit menyusun buku di rak buku tersentak mendengar laungan Suraya itu. Tanpa membuang masa, dia menuju ke arah Suraya.

” Apa dia Suraya? Jangan jerit-jerit macam ni. Anak dara tak baik tahu jerit macam ni” ujar Insyirah.

“Sory Cik Syira, tapi tadi Cik Damia ada call. Dia suruh Cik Syira ke hospital. Katanya ada hal kecemasan” ujar Suraya tanpa henti. Mungkin dia pon masih terkejut. Damia merupakan rakan kongsi Insyirah dan juga merupakan bos kepada Suraya.

Tanpa membuang masa, Insyirah menyambar beg tangannya dan kunci keretanya, terus bergegas keluar tanpa sempat dia berpesan kepada Suraya supaya tengok tengokkan kedainya itu. Dia terus memecut keretanya menuju ke hospital yang Suraya maksudkan. Dalam hatinya dia berdoa moga tiada apa-apa yang berlaku kepada sahabat baiknya itu. Kalau tidak, siapa lagi yang dia nak menumpang kasih. Insyirah adalah anak yatim. Sebab itu Puan Sri Afifah amat menyayanginya.

Sebaik sahaja memakir keretanya di ruang parking, Insyirah terus bergegas mencari Damia. Dia terkejut Damia menantinya di pintu masuk hospital tersebut. Habis, siapa yang sakit? getus hatinya. Damia terus menarik tangan Insyirah dan menuju ke lif.

“Damia, siapa yang sakit ni? Hafiz ke? Jangan la buat aku cemas. Yang kau menangis beria-ria ney kenapa? Hafiz sakit apa?” tanya Insyirah bertalu-talu. Damia yang mampu mengesat airmatanya sahaja.

“Bukan Hafiz, tapi Zirfan. Sebelum tu aku nak kau kuat.” waktu itu, mereka sudah di hadapan wad yang menempatkan kekasih hati Insyirah. Insyirah terus terkaku. Ya Allah, apa semua ini? Dugaan apa lagi yang kau bagi kepadaku?, bisik hati Insyirah.

Tanpa berlengah, Insyirah pantas membuka pintu wad tersebut. Dia terus terkaku melihat insan kesayangannya itu terlantar di atas katil. Dia terus menerpa ke arah Zirfan. Puan Sri Afifah segera menenangkan Insyirah.

“Kenapa dengan Zir, auntie?” tanya Insyirah. Dia hanya memegang tangan Zirfan. Waktu itu, Zirfan masih dalam keadaan tidak sedarkan diri lagi.

“Zirfan koma sayang. Dah dua hari dia macam ni. Syira sabar ye nak.” ujar Puan Sri Afifah sambil mengusap belakang Insyirah.

“Auntie, tolong jawab dengan jujur, Zir sakit apa?” tanya Insyirah sambil memandang sayu ke arah Puan Sri Afifah. Puan Sri Afifah keberatan untuk bercerita. Insyirah segera memegang tangan Puan Sri Afifah sambil merayu. Akhirnya, Puan Sri Afifah memberitahu kebenaran yang amat menyakitkan kepada Insyirah. Damia yang berada di sebelahnya terus memeluk Insyirah.

“Zir sebenarnya menghidap leukimia tahap 4. Peluang untuk dia sembuh amat tipis. Sebenarnya, waktu dia cakap dia nak further study kat UK dulu hanyalah bohong semata-mata. Dia sebenarnya terpaksa menerima rawatan. Auntie dan uncle yang memaksa dia menerima rawatan di sana. Kami sanggup menghabiskan duit kami supaya dia dapat dirawat hingga sembuh.” terang Puan Sri Afifah sambil menangis. Insyirah segera menenangkan dia. Sambungnya lagi,

“Zir dah tahu dia menghidap penyakit ini dan dia tak sanggup untuk memberitahu kamu. Dia sengaja mereka cerita yang dia dah berubah sewaktu berada di UK semata-mata untuk menyuruh kamu melupakannya. Dia tahu yang dia tak dapat hidup lama. Sebab itulah dia terpaksa berbuat begitu. Insyirah maafkan anak auntie ya nak” esak Puan Sri Afifah. Wajah Insyirah sudah lencun dengan airmata. Patutlah waktu dia terserempak dengan Zirfan si hospital tempoh hari, wajah itu amat pucat dan dia perasan tubuh Zirfan sudah susut. Dahulu, Zirfan bertubuh tegap.

“Auntie, Syira maafkan dia. Syira kalau boleh ingin membahagiakan dia di saat-saat terakhirnya. Syira sayangkan dia auntie.” ujar Syira teresak-esak. Dia terus memeluk Puan Sri Afifah yang sudah dianggap seperti ibunya sendiri. Damia yang berada di sisinya hanya mampu mengelap airmata. Dia sedih atas apa yang berlaku terhadap rakannya itu.

Puan Sri Afifah menenangkan Insyirah yang keesakan itu. Dia mengusap perlahan-lahan belakang Insyirah sambil matanya memandang ke arah Zirfan yang terlantar di atas kati itu. Moga bahagia milikmu nak,bisik hati Puan Sri Afifah. Itulah doa seorang ibu buat anaknya yang tersayang.

*********************

Perkarangan Vila Teratak Kasih milik keluarga Zirfan meriah dengan kehadiran ramai orang untuk meraikan majlis pernikahan anak lelaki tunggal mereka iaitu Zirfan. Masing-masing melemparkan raut wajah yang ceria. Puan Sri Afifah dan Tan Sri Zakri menyambut kedatangan mereka dengan hati terbuka. Raut wajah mereka amat bahagia. Akhirnya anak mereka menemui bahagia setelah sekian lama menderita.

Setelah genap 7 hari Zirfan sedarkan diri, Puan Sri Afifah memaksanya supaya bernikah dengan Insyirah. Dia lakukan semua ini semata-mata untuk melihat anaknya itu kembali tersenyum dan bahagia. Pada mulanya Zirfan tidak setuju dengan cadangan mamanya kerana dia tidak sanggup melihat Insyirah menderita. Tapi, Insyirah dengan rela hati sanggup menjadi isterinya. Akhirnya, dia bersetuju. Dia sudah puas menderita. Akhirnya dia berjaya bersatu dalam erti kata yang sebenar dengan insan kesayangannya itu. Selama ini, hanya foto Insyirah sahaja yang menjadi peneman tidurnya dan hanya Insyirah seorang yang menjadi pendorong dia untuk melawan sakitnya itu.

Insyirah telah dihias cantik oleh juru solek yang ditempah khas untuk menyoleknya sempena hari bahagianya. Wajahnya yang sedia cantik bertambah cantik dengan hasil tangan juru solek tersebut. Dia memakai kebaya labuh yang berwarna putih yang bertatahkan labuci. Tangannya sudai berinai merah. Dia tersenyum bahagia. Akhirnya, dia bakal di satukan dengan insan yang paling disayanginya, Mohd Zirfan Adam. Segala mimpinya itu menjadi kenyataan.

“Hoi, sudah sudah la tu berangan cik kak oi! Tok kadi dah ada kat bawah tu. Puan Sri oppss silap pulak mama kau tu dah bising suruh kau turun.” ujar Damia sambil tak berkelip memandang Insyirah. Cantik! bisik hatinya iu. Insyirah hanya tersipu-sipu malu.

Sewaktu melangkah turun, semua mata terpaku melihat kejelitaan Insyirah. Zirfan hanya tersenyum.

“Aku terima nikahnya Nur Insyirah Hana binti Hasyim dengan mas kahwinnya RM 22.50.” dengan sekali lafaz, akhirnya mereka berdua sah sebagai suami dan isteri. Zirfan menyarung cincin yang dipilihnya 7 tahun lepas ke jari manis Insyirah. Di bahagian dalam cincin tersebut terukir indah nama mereka berdua. Insyirah segera menyalami tangan Zirfan dan Zirfan segera mencium dahi Insyirah. Banyak lensa-lensa kamera merakam detik-detik indah tersebut. Mengalir air mata bahagia di pipi Puan Sri Afifah melihat kebahagian anaknya itu. Ramai tetamu memuji pasangan pengantin baru tersebut. Tampak sedondon bagao pinang dibelah dua.

“Syira, terima kasih kerana sudi terima diri abang ni. Abang tahu abang tak mampu nak bahagiakan sayang” ujar Zirfan. Waktu itu, mereka berdua berada di dalam bilik. Majlis telah pun tamat. Insyirah yang mendengar Zirfan berkata terus melabuhkan diri di sebelah suaminya dan terus menggenggam tangan Zirfan. Waktu itu mereka saling merenung.

“Jangan cakap macam tu abang. Bahagia abang, bahagia lah Syira. Selama tujuh tahun kita terpisah, selama itulah rindu Syira terhadap abang makin mendalam. Dalam hati Syira cuma ada abang.” ujar Insyirah.

“Tapi abang hidup tak lama sayang. Abang tak nak Syira menderita..” belum sempat Zirfan menghabiskan ayatnya itu, Insyirah pantas menutup mulut Zirfan untuk menghalangnya terus berkata-kata.

“Syira ikhlas terima abang walau macam mana keadaan abang sekalipon. Kita manusia ni hanya mampu meramal tapi Allah yang menetukan semua itu. Syira hanya sayangkan abang and please, jangan cakap dah pasal mati-mati ni tau.” pinta Insyirah. Zirfan hanya mengangguk sambil matanya tidak lepas merenung wajah Insyirah. Tidak silap lagi pilihannya ini. Insyirah begitu memahami dirinya. Andai dia pergi esok pon, dia tidak akan menyesal. Akhirnya malam itu menjadi saksi penyatuan pasangan suami isteri itu. Moga bahagi sentiasa menjadi milik mereka. Mudah-mudahan.

Insyirah yang lena di sisinya dipeluk erat seolah-olah itulah pelukan terakhirnya buat isteri kesayangannya itu. Terima kasih sayang kerana bahagiakan abang. Kasih, sayang dan cinta abang akan abang bawa ke syurga. Andai abang pergi dulu, abang tak menyesal walau sedikitpon kerana sayang ada di depan mata abang. Sayang lah penguat diri abang ni. Tanpa sayang, abang mungkin dah lama pergi. Abang terlampau sayangkan Syira, bisik hati Zirfan sambil mengalir air matanya itu. Dia pantas bangkit dari baringan dan menuju ke meja belajarnya sewaktu dulu. Dia mengeluarkan sekeping kertas dan sebatang pen dan dia pastas mencoret segala isi hatinya. Sambil itu jarinya menyeka air mata yang terus mengalir di pipinya. Setelah siap mencoret, dia menuju ke bilik air dan mengambil wudhuk untuk melakukan solat sunat tahajud dan solat taubat. Insyirah yang lena di atas katil dikerlingnya sekilas. Lantas dia mengerjakan solat. Di akhir solatnya itu, dia berserah segala-galanya kepada Maha Pencipta-Nya. Siap mengerjakan solat, Zirfan berbaring di sisi isterinya dan memeluk erat Insyirah. Dahi Insyirah dikucup lembut. Akhirnya dia memejamkan mata sambil tersenyum.

Ish, dah pukul berapa ney? getus hati Insyirah. Dia meraba handphone yang berada di meja sisi nya. Eh, dah pukul 6 pagi. Lena betul tidur malam tadi, bisik hati Insyirah. Dia terseyum melihat Zirfan yang tersenyum sambil tidur. Tenangnya wajah dia. Insyirah pantas mengambil tuala dan menuju ke bilik air tanpa mengejutkan

Zirfan.

Sesudah dia selesai mandi, dia menuju ke arah Zirfan dengan niat untuk mengejutnya untuk bersolat. Dia pelik melihat Zirfan yang tidah berubah posisi tidurnya. Dia pantas menepuk bahu Zirfan.

“Abang, abang..bangun cepat. Subuh tak tunggu kita tau.” kejut Insyirah berkali-kali tapi Zirfan tetap tidak membuka matanya. Hati Insyirah dilanda kejutan.

“Ang jangan lah main-mainkan Syira. Bangun lah. Buka mata abang tu.” Zirfan masih dalam keadaan sama. Tanpa membuang masa, Insyirah segera menuju ke arah bilik ibu dan bapa mertuanya. Dia memberitahu apa yang terjadi kepada mereka berdua. Mereka segera menuju ke bilik Zirfan.

Kak Zara iaitu kakak Zirfan memeriksa keadaan adiknya itu. Kebetulan dia seorang doktor. Akhirnya, dia menggeleng dan air matanya tumpah. Puan Sri Afifah segera memeluk Insyirah untuk menenangkannya.

“Tak mungkin. Semalam dia ok je. Abang jangan buat Syira macam ni. Abang bukaklah mata. Sampai hati abang.” Insyirah segera menerpa ke arag Zirfan sambil menggoyang tubuh kaku tersebut. Puan Sri Afifah segera menarik Insyirah kedalam pelukannya.

“Ya Allah, mengucap nak, Zirfan dah tak ada. Sabar nak. Ingat Allah” terang bapa mertuanya. Selepas Tan Sri Zakri menutup seluruh tubuh Zirfan, serentak itulah Insyirah rebah tak sedarkan diri.

*********************

ke hadapan isteri abang yang tersayang,

Saat Syira baca surat ini, mungkin jasad dan roh abang telah menghadap Allah. Abang nak Syira cuma sabar dan redha dengan ketentuan ini. Abang tak nak Syira menangis sewaktu pemergian abang. Isteri abang ini kan kuat orangnya.

Abang telah jatuh cinta pandang pertama sewaktu Syira marah abang waktu kita mula-mula bersua dulu. Ya Allah, cantiknya Syira waktu itu. Tapi, ego abang melarang abang memuji sayang. Sebab itulah abang sering menyakiti hati sayang. Abang sengaja supaya abang tak jatuh cinta dengan sayang. Tapi takdir Tuhan siapalah abang ni yang mampu menolaknya. Sebab itu, abang nekad mencurahkan isi hati abang kepada sayang. Dan, cinta abang tak bertepuk sebelah tangan. Dalam diam-diam, Syira pon syok kat abang ekkk. Tengok tu, mesti dah merah pipi tu kan. Sorry sayang.

Tapi, abang terpaksa berbohong kepada sayang cakap yang abang terpaksa further study kat UK. Maafkan abang sayang. Abang terpaksa. Waktu itu, penyakit abang ini masih berada di tahap satu. Sayang mesti ingatkan waktu sayang cakap muka abang pucat dan badan abang makin kurus kan. Waktu itu, panyakit abang dah menyerang abang. Maafkan abang terpaksa tipu sayang. Waktu di UK, abang menyuruh keluarga abang dan kawan baik sayang, Damia supaya menjaga sayang. Abang terlalu jauh untuk menjaga sayang. Abang dah membuat macam-macam cara untuk sayang lupakan abang. Tapi, cinta sayang terhadap abang terlalu agung. Maafkan abang.

Waktu kita terserempak di hospital, hati abang meronta-ronta supaya tidak melepaskan Syira lagi. Tapi, otak abang pantas berfikir yang abang hanyalah insan yang menuggu ajalnya. Maafkan abang terpaksa tinggalkan sayang waktu itu. Sesungguhnya, abang nampak rindu yang dipendam di mata sayang itu. Tapi, akhirnya, kita di satukan jua. Terima kasih sangat-sangat kerana sayang dapat terima diri abang ini.

Bila abang tiada nanti, Syira teruslah tinggal kat rumah mama dan papa ni. Anggap lah mereka berdua tu macam ibu dan bapa kandung sayang sendiri. Mungkin umur abang tak panjang, diorang tetap akan berada disisi sayang. Abang tiada apa-apa untuk dihadiahkan kepada sayang. Hanya, sayang dan cinta abang untuk Syira. Selepas abang dah tiada nanti, abang nak sayang kuatkan semangat sayang. Abang tau Syira ni tabah orangnya. Jangan pernah kesali tindakan untuk berkahwin dengan abang. Bagi abang, memiliki sayang adalah benda yang paling bahagia dalam hidup abang ni.

So, for the last, sentiasa doakan kesejahteraan abang kat sane nanti tau. Dalam hati Mohd Zirfan Adam hanya ada insan yang bernama Nur Insyirah Hana. Hanya sayang. Abang tunggu sayang di sana. Jangan bersedih sayang. Selamat tinggal sayang. Jaga diri elok-elok.

ikhlas dari suamimu.

Buat sekian kalinya, Insyirah membaca surat yang ditulis oleh Zirfan. Dia menjumpai surat itu yang terselit di tengah-tengah diari milik arwah suaminya. Dan untuk yang keberapa kali, air matanya terus menitis tatkala membaca coretan tersebut.

Diam tak diam, sudah 20 tahun arwah Zirfan bersemadi. Dan selama 20 tahun juga lah ingatannya terhadap arwah Zirfan tidak pernah padam. Setiap kali mengingati arwah, air matanya menjadi murah. Selama pemergian Zirfan, bukan tiada yang sudi mengetuk pintu hatinya tapi dia yang tak sudi. Baginya, cukuplah arwah Zirfan sahaja yang bertakhta di hatinya selain anaknya. Ya anak! Tiga bulan selepas pemergian arwah Zirfan, Insyirah telah disahkan hamil 2 bulan. Bukan mudah dia menerima berita gembira itu tanpa suami disisi. ibu dan bapa mertuanya lah yang banyak menasihati dan menemaninya. Insyirah sedih dalam gembira apabila mengetahui berita tersebut. Genap 9 bulan bayi yang dikandung selamat dilahirkan. Bayi itu diberi nama Mohd Zafran Haikal bin Mohd Zirfan Adam. Insyirah berjanji akan menjaga anak itu. Dia redha dengan pemergian Zirfan dan Allah telah menganugerahkan dia dengan seorang anak.

“Mama, semua dah tunggu kat bawah tu” panggil satu suara. Insyirah berpaling ke arah suara tersebut. Abang! bisik hati Insyirah. Air matanya sekali lagi mengalir. Anak muda itu melangkah perlahan menuju ke arah mamanya lantas duduk di sisi mamanya itu. Dia pantas mengesat sisa-sisa air mata di pipi Insyirah.

“Mama ingat kat arwah papa lagi kan. Dah lah mama, kita yang hidup ni mestilah doakan dia. Dah lah, jangan nangis dah. Nanti arwah papa pon sedih tau tengok mama macam ni.” pujuk Zafran. Dia sendiri pun sebak melihat mama kesayangannya menangis. Dia sendiri rindu akan arwah Zirfan. Dia tidak pernah kenal arwah Zirfan tapi melalui cerita mamanya itu, dia dapat merasakan bahawa arwah papanya adalah seorang yang hebat.

Insyirah merenung anak muda itu. Wajah Zafran saling tak tumpah seperti arwah Zirfan. Zafran lah penguat semangatnya supaya terus menikmati hidup ini selepas arwah Zirfan meninggalkannya. Dan malam itu diadakan majlis tahlil untuk arwah Zirfan. Dan juga kenduri doa selamat untuk Zafran kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negeri.

“Dah lah mama, nenek dengan atok dah lama tunggu tau kat bawah tu. Nanti kalau mama tak turun, Zaf pon tak nak turun jugak.” rajuk Zafran. Insyirah tersenyum melihat karenah anak manjanya ini.

“Yelah-yelah, jom kita turun. Nanti susah dah nak jumpa semua ni. Zaf ni pon satu, belajar la berdikari. Ni, dengan mama sekali suruh duduk kat US tu. Da tu, atok and nenek pon ikut sekali. Anak manja la ni.” usik Insyirah sambil mencubit anaknya itu.

“Ala, tak bestlah duk sana sorang-sorang. At least, mama ada kat sane so, Zaf takde lah bosan. Mama kan best mama of the world.” ujar Zafran seraya ketawa. Insyirah hanya tersenyum melihat buah hati pengarang jantungnya itu.

Abang, lihatlah anakmu ini. Perangainya saling tak tumpah seperti abang. Terima kasih abang kerana menghadiahkan seorang anak yang menjadi pendorong Syira untuk terus hidup. Tanpa dia, tak mungkin Syira mampu tersenyum begini. Terima kasih Tuhan. Abang tunggu Syira kat sana tau. Moga roh abang ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Syira sayang sangat kat abang.

sayang beribu kali sayang

apabila bersatu, halangan bertimpa

semua itu takdir Tuhan

siapa lah kita sebagai hambanya untuk menolak

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience