1. Di Ambang Sore

Romance Series 14261

2. Di Ambang Sore

“Mak Nah, mee goreng pedas satu dengan teh tarik satu ya.” Kata pelayan itu kepada tukang masak di warung itu. Pelayan itu pun pergi melayan pelanggan yang lain. Sedang Riz seronok melihat tukang masak itu memasak pesanannya tiba-tiba kakinya terasa panas kerana air teh tarik yang dipesan tertumpah dari dulang yang di bawa oleh pelayan kecil molek itu. Riz yang kepanasan terus memarahi pelayan itu.

“Kau ni buat kerja macam mana ? Kau tak boleh bawa dulang tu baik-baik ke? Kau tahu tak panas teh tarik ini? “ kata-kata Riz cukup membuatkan pelayan itu ketakutan.

“Maaf…Maaf kan saya encik. Saya tak sengaja. Saya ambil teh tarik yang baru ya encik.” Tersangkut-sangkut kata-kata yang keluar dari mulut pelayan itu. Dia terus ke belakang dan buat pesanan yang baru.

“Maaf ya encik. Dia tu Mira anak angkat abang Mak Nah. Dia baru sahaja sampai semalam,itu yang kekok sikit . Encik silalah makan. Mak Nah nak masuk ke dalam ya.”

Sudah sebulan peristiwa itu berlalu tetapi Riz tetap tak dapat melupakan kejadian itu. Riz sedar yang dia salah kerana marah pelayan itu tanpa pikir perasaan dia. Sejak dari hari itu Riz hanya mampu melihat gerak geri gadis kecil molek itu. Tak berani Riz nak tegur bukan kerana takut air teh tarik tumpah dikaki sekali lagi tapi segan nak berhadapan dengannya. Riz sedar yang dia telah jatuh cinta dengan gadis itu. Akhirnya Riz mengalah, nak tak nak dia kena berjumpa dan meminta maaf supaya dia dapat dekat dengan gadis itu.

Waktu makan tengah hari,seperti biasa Riz akan pergi ke warung Mak Nah untuk menjamu selera. Saat itu,Riz tak lepas pandang melihat Mira yang sedang mengambil pesanan dari meja di hujung itu. Riz pun memanggil Mira untuk memesan makanan.

“Awak Mira kan? Maaf ya sebab marah awak hari tu.” Kata Riz dengan baik.

“Ya, tak apa. Itu memang salah saya. Saya pun mintak maaf pada awak.” Mira mengaku silapnya.

“Saya Ariz Iskandar. Boleh panggil Riz. Selamat berkenalan.” Senyum Riz perkenalkan diri.

“Saya Mira Natasya. Panggil Mira sahaja. Selamat berkenalan juga.” Balas Mira.

Perbualan mereka mati di situ apabila Mak Nah memanggil Mira untuk menghantar makanan yang dipesan oleh pelanggan. Sejak dari hari itu,Riz selalu datang ke warung Mak Nah untuk makan dan berbual-bual dengan Mira. Hubungan mereka bagaikan pasangan kekasih yang sudah bercinta bertahun-tahun lamanya.

Pada suatu hari,Riz dapat berita yang Mira dimasukkan ke hospital kerana kemalangan. Riz segera memandu keretanya ke Hospital Sultanah Aminah untuk melawat Mira. Setiba disana,dia hanya melihat Mak Nah sedang duduk lemah di bangku. Riz mengejar Mak Nah untuk mengetahui keadaan sebenar.

“Assalamualaikum Mak Nah,apa yang dah berlaku sebenarnya?” Tanya Riz cemas.

“Waalaikumusalam Riz. Masa tu dia tengah berjalan nak pulang ke warung,tiba-tiba ada sebuah kereta terlanggar dia semasa dia sedang melintas jalan. Nasib baik budak yang langgar Mira itu hantar Mira ke hospital. Kalau tidak,tak tahu lah apa yang Mak Nah nak cakap kat ayahnya.” Jelas Mak Nah panjang lebar.

“Jadi budak itu sekarang ada dekat mana Mak Nah?” Riz menahan marah pada budak yang harus bertanggungjawab ke atas Mira.

“Abang Man temankan budak itu buat laporan dekat balai polis sana. Kamu bersabar ya Riz.” Pujuk Mak Nah.

Selepas 1 jam doktor yang bertugas merawat Mira telah pun keluar dari bilik yang menempatkan Mira. Doktor itu menjelaskan dengan baik akan keadaan sebenar Mira. Habis sahaja mendengar kata-kata doktor itu, Mak Nah terduduk kerana terkejut dengan berita yang disampaikan. Riz yang berada di situ membantu Mak Nah untuk duduk di bangku.

“Doktor boleh kami melawat Mira?” Tanya Riz.

“Boleh. Sila masuk.” Jawab doktor serta mengukir senyuman.

Riz memimpin Mak Nah masuk ke dalam bilik itu. Sayu di hati Mak Nah melihat Mira yang terbaring kaku di atas katil. Ketika itu abang Man turut masuk sekali untuk melihat keadaan Mira. Riz meminta izin pada Mak Nah dan abang Man untuk menemani Mira di hospital. Pada mulanya Mak Nah tidak beri kerana takut menyusahkan Riz tetapi pujukan Riz meyakinkan Mak Nah yang Riz akan jaga Mira dengan baik. Mak Nah nak Riz doa banyak-banyak ya. Itu kata-kata terakhir Mak Nah sebelum meninggalkan Riz.

Ya Allah Ya Tuhanku

Kau ampunilah segala dosa-dosaku,dosa-dosa ibu bapaku,dosa-dosa keluargaku serta dosa-dosa mereka disekelilingku.

Hambamu ini memohon pertolongan dari-Mu,

Kau berilah kesihatan kepadaku dan mereka yang disekelilingku,

Kau sembuhkan lah Mira Natasya dari koma.

Ya Allah Ya Tuhanku

Aku percaya akan kebesaran-Mu

Kau berilah pertolongan padaku untuk membantu Mira Natasya,

Aku amat mencintainya Ya Allah,

Aku tak sanggup kehilangannya Ya Allah,

Bantulah hamba-Mu ini.

Ya Allah

Hanya pada-Mu aku meminta dan hanya pada-Mu aku berserah,

amin amin yarabbal alamin.

Selesai berdoa,Riz menerima panggilan dari Mak Nah yang ingin mengetahui keadaan Mira. Riz menceritakan segala yang baik-baik supaya Mak Nah tidak risau. Mak Nah sempat berpesan pada Riz supaya jangan abaikan hidupnya kerana Mira, Mak Nah juga mengingatkan Riz yang Riz ada kerjaya,jangan di sia-siakan kerjayanya hanya kerana Mira. Riz faham akan apa yang disampaikan Mak Nah. Habis sahaja berbual dengan Mak Nah melalui telefon,Riz beralih pada Mira. Riz membelai rambut Mira sambil bercakap dengannya.

“Awak.ingat lagi tak peristiwa teh tarik,masa itu awak tertumpahkan teh tarik pada kaki saya. Panas kaki saya awak tapi bila saya pandang muka awak saya rasa sejuk. Entah macam mana saya tiba-tiba termarah pada awak. Sebenarnya tak ada niat pun nak marah awak, mungkin itu tindakan tanpa kawalan saya. Sejak dari hari itu saya selalu mimpikan awak,awak selalu buatkan saya teh tarik,layan saya masa saya tengah minum teh tarik dan macam-macam lagi saya mimpikan awak. Lepas tu saya bertekad nak tegur awak,nasib baik awak terima teguran saya. Awak sedar tak yang saya selalu perhatikan awak? Saya tengok awak layan pelanggan,awak bawa dulang berisi makanan, saya suka sangat tengok awak. Awak saya dah jatuh cinta pada awak sejak teh tarik itu tumpah dekat kaki saya awak. Awak sudi tak kalau awak jadi teman sehidup semati saya?” Riz tidak dapat menahan sebak di dada,dia menangis sepuasnya di sisi Mira.

“Riz,kenapa awak menangis?” ayat pertama yang keluar dari mulut Mira setelah koma selama seminggu.

“Mira, awak sudah sedar? Alhamdulillah syukur pada Allah. Termakbul juga doa saya,Mak Nah dan lain-lain. Awak tunggu kejap ya saya panggil doktor.” Riz gembira sekali bila Mira sudah sedar.

“Riz nanti dulu,betul ke apa yang awak cakap tadi? Awak nak saya jadi teman sehidup semati awak? Betul ke Riz?”desak Mira mahu kepastian

“Ye Mira. Betul, saya mahu awak jadi teman hidup dan mati saya. Awak sudi tidak?” jelas Riz.

“Saya sudi tapi kan awak, saya tahu buat air teh tarik sahaja,sanggup ke awak minum teh tarik hari-hari?” Mira menyindir Riz.

“Seribu kali sudi sayang. Kejap ya,saya nak panggil doktor dan nak call Mak Nah.” Pinta Riz.

Mira berasa gembira sekali kerana dia ada kekasih yang setia menantinya selama seminggu. Mira berjanji pada Riz yang dia akan lebih berhati-hati selepas ini. Riz tidak pernah sangka pelayan yang tumpahkan teh tarik di kakinya kini menjadi permaisuri hatinya.

“Sayang, saya Ariz Iskandar akan sentiasa mencintai Mira Natasya selama-lamanya.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience