BAB 9

Romance Completed 8655

Sejak peristiwa malam tu, dia tidak lagi sanggup menatap muka mifzal walaupun dia terpaksa menumpang lelaki itu untuk pergi dan balik kerja. Dia tidak tahu apa yang papa dan mamanya berbincang di rumah mifzal hari tu sampai papanya surruh dia menumpang mifzal.

‘alang-alang si mifzal tu hantar mai pergi sekolah elok lah kamu tumpang, papa rasa lagi selamat. Kata mai hari tu dia perasan ada orang ekori dia balik sekolah dulu.’ Kata papa.

Hari ni genap dua bulan aku tumpang mifzal,seperti biasa aku menuju ke pintu penumpang belakang.

“tak payah, Mai sakit hari ni so dia tak pergi sekolah, awak duduk depan nanti tak pasal-pasal orang panggil saya driver pulak. ” kata mifzal dengan riak selambanya yang paling aku benci.

Dengan langkah longlai aku menuju ke pintu penumpang depan..bak kata orang moody Monday dah start…hehe..

Mifzal memandu sambil memukul-mukul stereng keretanya..kepalanya tergeleng-geleng sambil mengikut alunan lagu taylor swift you belong to me.

“saya tahu lah saya ni hensem janganlah tenung macam tu.. nanti tidak pasal-pasal kita masuk hospital sebab hilang konsentrasi..hehe..”

“perasan..” iris segera memandang ke tingkap…

‘aik pelik ni bukan jalan ke sekolah..?? syarikat dia..? lagi lah bukan..’ dia kemudiannya menegakkan badannya.

“hah..! baru perasan kita dah jauh melencong kah..” sindir mifzal.

“kita nak ke mana ni..?” ternyata jauh budak kecik ni mengelamun aku tadi..haha.. mifzal tersenyum.

“awak..kita pergi kahwin..??” tanya mifzal.

“mwo? (apa?)” terkejut iris sampai tidak sedar dia sudah menggunakan bahasa korea.

“uli gyeolhonsig (kita kahwin)” mifzal tersenyum. Nasib baik dulu dia pernah ambil bahasa korea walaupun hanya untuk dua semester.

“pordon..?”

‘iris ni blurr pulak..’ mifzal tersenyum sumbing.

“awak ni mahu saya guna bahasa pa? saya kata kita kahwin.ehmm..saya cinta iris.” dia kini memakir keretanya di bahu jalan.

Iris memandang mata mifzal mencari keikhlasan.”huh.. gila..!” dia mendengus.

“ya saya gilakan awak..saya suka awak, saya cinta awak…jom kita kahwin.”

“tak nak..”

Tanpa berkata apa-apa mifzal memecut keretanya. Kecut perut iris dengan keadaan drastic tersebut.

“awak dah gila ka..? nak mampus ka..” marah iris.

“a’ah.. boleh jugak tu kalau mampus dengan awak saya tak kisah..” seloroh mifzal.kini dia memandu dalam keadaan tenang.

“selagi awak tak setuju kita terus jak dalam kereta ni..saya takkan berhenti.” Sambungnya lagi.

“gila…saya nak pergi kerja lah..pusing balik..”

“awak MC hari ni jangan risau. Saya dah kol sekolah awak tu..” nasib baik puan maria, pengetua sekolah tu mak su mifzal. Senang sikit berurusan..hehe..

“awak ni….!!” Geram iris.

“awak…kenapa buat kerja gila ni..?” suara iris yang agak kendur menarik perhatian mifzal.keningnya sedikit terangkat, dia memandang

iris yang sedang menahan nangis..NANGIS..?? dia berpaling ke arah iris.

Ternyata gadis itu sedang nangis..alamak naya aku..ni dah out of plan. Dia segera berhenti ke bahu jalan.

“awak..awak…” iris tidak memandangnya..gadis itu hanya tunduk menangis.

“awak saya minta maaf..awak..?”

“awak..saya suka awak jugak tapi kenapa awak buat kerja gila ..?” mifzal terkejut. Benarkah apa yang aku dengar ni…dia tersenyum..

“ada orang tu jual mahal, saya gunalah plan b..hehe..” mifzal tersengih.

“plan B” dahi iris berkerut.

“a’ah plan B, orang tu fobia kalau kereta laju.. jadi saya gunalah..lagipun saya tengok wayang, plan ni berjaya. Bawak kereta sampai awek tu setuju..hehe”

“banyaklah wayang awak..” jeling iris.

“hehe..merajuk lah pulak..okey..okey..jom kita pergi kahwin sekarang..dah lewat dah ni..”

“hah..?? sekarang..? biar betul…!”

“a’ah betul..dah..dah jangan kerut dahi tu..nanti tak manis pengantin perempuan menangis..”

“mereka semua dah tunggu tu..” mifzal mamandu dengan girang.mereka menuju ke salun auntie susan,seorang mak andam kenalan rapat mamanya.

Iris masih keadaan samar-samar tentang apa yang berlaku tapi takpa hari ni tetap akan berlangsung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience