BAB 1

Romance Completed 8660

(“Meskipun jiwaku tercipta dalam kegelapan, ia akan diterangi dengan cahaya yang tepat. Aku sentiasa menyukai bintang, terlalu suka hingga ketakutan ku pada malam yang kelam pun hilang.’’)

“Eya kak.. sekarang? Masih di sini, Kejap lagi ada kelas. Ya, okay, Inang ndakkan lupa. Nanti Inang pergi ambil pika” aku mengemas barang atas meja ku. Agak berserabut kerana beberapa hari ni minggu peperiksaan.

Sebelum tu, biar aku memperkenalkan diri. Nama aku Dayang Inang Kartini. Aku merupakan seorang guru yang mengajar subjek Prinsip Perakaunan. Dulu aku pernah jugak jadi akauntan tapi tu kejap jak sementara tunggu panggilan maktab.

Nak dijadikan cerita, hari ni aku kena ambil anak saudara ku di tadika, kak tasya kena outstation..suaminya pulak sedang khursus di singapura 3 bulan. nasib baik kak tinggalkan keretanya dengan aku pagi tadi supaya senang ambil pika…kalau tak parah ku kena tunggu bas lagi untuk ambil pika.

Kereta alza kak tasya sudah 10 minit parkir di bangku jalan.

Semakin ramai kanak-kanak tadika keluar ke pagar berlarian menuju ke tempat ibu atau bapa mereka yang sedang menunggu. Aku menunggu pika di tepi pagar

“assalamualaikum cikgu..” sapa salah seorang anak murid ku.

“walaikumsalam, eh maslan tunggu adik ke?” Tanya ku.

“eya cikgu pulak tunggu anak ka?” tersengih-sengih maslan menanya.

“kamu ni. Bila pula cikgu kamu tukar status. Cikgu tengah tunggu anak saudara cikgu parents dia ada hal. Hah kamu kenapa tak pergi sekolah tadi?” Tanya ku.

Dia tersengih-sengih macam kerang busuk.

“hehe.. paper dah habis kelmarinkan cikgu. Hari ni mesti guru-guru tengah sibuk periksa kertas. Mesti tak mengajar lagi tu.” Selorohnya.

“pandailah kamu. 2 Minggu depan dah nak start cuti pertengahan semester pertama masih ada hati lagi nak cuti.” Tegur ku separuh gurau.

“hehe.. alah bukan selalu cikgu. Hah tu adik saya dah datang. Saya pergi dulu ya cikgu.” Aku sekadar mengganguk. Maslan menuju ke arah adiknya, beberapa minit kemudian aku terlihat kelibat pika.

“pika sini..!” jerit ku. Huh.. nama jak cikgu tapi perangai macam budak-budak.

“mak usu. Mak mana?” Tanya pika. Budak ni petah sikit bercakap bolehnya penat kita dengar dia berceloteh.

“mak outstation kat seremban so pika tinggal dengan mak usu hari ni. Jom naik kereta..” aku memimpin tangan pika.

Sekali lagi aku di sapa oleh maslan yang sedang mengayuh basikalnya.

“cikgu kami balik dulu..”

“eh lan tunggu dulu…” aku mengeluarkan sekeping not rm10 kepada maslan.

“nah ambik. Belanja adik makan ais yaa..” aku ni baik hati sikit..hehe..suka belanja murid makan. Bulan lalu aku belanja murid-murid ku makan kat kfc.. kelmarin 5 orang student aku belanja makan nasi lemak kat kantin.

“eh tak nak lah cikgu.” Larr jual mahal pulak budak ni.hehe..

“nah adik cikgu bagi duit..suruh bawak abang makan ais krim sedap-sedap yaa..”

“makasih..” jawab adik maslan. Ermm comelnya..

“terima kasih lah cikgu.” Jawab maslan.

“takpa, ikhlas terus dari hati cikgu ni.hehe…” aku tersengih.

“terima kasih daun keladi, lain kali belanja lah lagi.kami balik dulu yaa cikgu. Assalamualaikum.” Aku membalas salam nya.

“bye cikgu..!” jerit adik maslan sambil melambai tangannya.

Aku hendak berpaling menuju ke kereta. Pika sudah pun berada di dalam perut kereta. tiba-tiba aku di sergah..ni yang bikin panas nii..

Terpusing aku 180 darjah menghadap mamat ni… mak ai hensem..

” hei begini kah kerja cikgu? Budak tadi melintas jalan awak tak nampak ka?” tengkingnya.

‘apahal mamat sewel ni, tetiba jak tengking aku.’ Marah ku dalam hati.

“huh?” aku binggung , keningku terangkat sedikit.

“begini ka cara jadi cikgu tadika. Murid keluar melintas jalan tak diperhati betul-betul. Kalau anak saudara saya kena langgar tadi sapa nak jawab.” Marahnya lagi.

“awak lah jawab.” Seloroh aku menjawab. Hish mulut ni tak da insuran.

“eh minah. Tunggu surat saman dari kami. Iris Eryza…” katanya kemudian berlalu.

eik pelik dari mana dia tau nama ku ni? Sekali aku tunduk..larr

patutlah name tag aku masih melekat lagi di tudung. Ermm lantak lah dia…bukan jugak salah aku..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience