BAB 10

Romance Completed 8660

Setiba di masjid an-nur, kelihatan kaum keluarga iris, dan mifzal serta kawan-kawan mereka. Iris langsung tidak sangka bahawa hari ni merupakan hari pernikahannya dengan mifzal. Rupa-rupanya seluruh ahli keluarganya sudah merancang pernikahan mereka.

“abang, ris rasa semua ni macam mimpi.” Kata ris yang sedang berdiri di tepi tingkap. setelah usai akad nikah tadi mereka menuju ke hotel astana untuk persiapan persandingan. Esok merupakan hari persandingan mereka berdua.

Mifzal tersenyum, panggilan ‘abang’ tadi membuatkan hatinya bersorak girang.

“abang..siapa rancang semua ni..? macam comfirm jak ris terima abang hari ni.? Confident betul..?” seloroh ris.

Mifzal senyum.

“abang, ris serius ni..! kepala ris macam tak betul dah fikir semua ni..” inilah ris seorang yang kadang-kadang blurr,kadang-kadang kelakar dengar watak gila-gilanya, tapi selalu berlagak tenang dan serius.

“meh duduk sini, abang nak cerita satu cerita ngan ris.” Mifzal menepuk tilam menyuruh iris duduk di sebelahnya.

“okey dengarnya..al kisah..tayibbb..maka tersebutlah kisah..tayib…” lawak mifzal. Satu cubitan singgah di lengan mifzal.

“aduh..! okey..okey..abang serius ni.. dulu abang pernah tengking sorang awek ni..fullamak cun..tapi abang ingatkan dia tu cikgu yang tak bertanggungjawab sebab sepupu abang melintas jalan sedangkan guru dia ralit bercerita. Lepas tu abang jumpa lagi awek tu, tapi abang ingatkan dia tu awek kawan abang, time tu dia kata abang ni mamat sewel..dah lah dia kalahkan jaguh bola keranjang dia terpekik terlolong dekat telingga abang” mif melihat isterinya sedang khusyuk mendengar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience