BAB 11

Romance Completed 8660

Iris tersenyum mengingatkan situasi waktu itu, waktu itu jugalah cintanya berputik buat mifzal ketika mereka bertentang mata.

“dah tu, berhari-hari bang tak jumpa dia..tup..tup..mai kata awek tu jiran bang. Abang pun terkejut, ingatkan isteri kawan abang tu..rupa-rupanya adik dia..bang ni pun frust menonggenglah sebab salah faham abang dengan dia so abang minta maaf lah. Dah tu sombong pulak ngan abang. Apa lagi bang minta tolonglah dengan abang dia. Abang dia bagi laman web blog adiknya, adiknya tu tak tahu yang abang dia tahu laman webnya, so abang bacalah luahan hati adiknya..kononnya mahu cari maklumat tau tau terjumpa pulak post ni..” mifzal berdiri mengambil sekeping kertas di atas meja solek.

“bacalah..” kertas itu bertukar tangan.

Dari mata turun ke hati..hari ni sekali lagi aku bertentang mata dengannya. Terasa kuat dengupan jantungku. Adakah ini di katakana cinta.? Aku tertanya-tanya.. adakah dia rasa apa yang aku rasa ketika mata kami bertaup..? ya Allah bantulah hamba Mu ini..

M-mimpi-mimpi ku diisi dengan bayanganmu.

I-IE sangat mengahsihi hati mu.

F-fitrah kasih..? bilakah akan bertemu.

Z-zaman bersilih zaman tetap hati ni kepada mu.

A-adakah cinta di hati mu..?

L-luluh hati ini, sekiranya terpandang mata mu.

Mifzal merangkul pinggang isterinya yang sedang menahan nangis.

“ermm..air mata kasih dah nak lebat dah..hehe..” seloroh mifzal.

“Semoga cinta kita berkekalan selamanya..” sambung mifzal lalu mencium ubun-ubun isteriny. Seraya itu juga dia terpandang langit.

Subahanallah betapa indahnya kerlipan bintang di langit yang begemerlapan.

‘’Sayang, pandang bintang di langit!’’

‘’Wah indahnya bang!’’

‘’Jom sayang kita ke pangkin,’’ mereka berdua berlari anak menuju ke luar rumah lalu Mifzal mengajal isterinya baring di atas pangkin tanpa bumbung.

Mereka berdua menikmati malam yang sunyi dan damai itu dengan melihat bintang di langit saling berpegangan tangan.

‘’Dulu abang takut pada ketidakpastian, malam yang gelap terasa berat untuk diharungi, namun dengan adanya sayang yang persis bintang telah menyinari kehidupan abang. Cahaya bintang mungkin diihat kecil namun sebenarnya ia punya magis yang menerangi dunia, menemani semesta yang kesunyian di waktu malam yang gelap dan panjang. Terima kasih sayang.’’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience