BAB 8

Romance Completed 8655

“eh awak saya lah..” dia perlahan-lahan meleraikan tangannya.

“apa kau buat di rumah ku..!!” bentak ku.

“saja jalan-jalan..hehe..jangan la marah…tadi saya ketuk pintu takda orang sambut tapi pintu rumah tidak berkunci so saya masuk jak ar..tu mama saya suruh hantar.”

“Takut tuan puteri yang merajuk sampai tak nak pergi rumah saya tu kebuluran. ” sindir mifzal.

Memang rancangannya mahu buat kenduri sekali meminta maaf dengan iris, tapi rancangannya terbatal apabila iris enggan datang. Nasib baik mamanya menyuruh maisarah menghantar lauk ke rumah iris, dia terus mencelah..

“tak payah lah mama, biar abang yang hantar,bahaya kalau mai jalan malam-malam begini. Biar sebelah rumah bahaya tetap ada, mai tu anak gadis.” Maisarah yang agak keletihan tu hanya menganguk.

“papa ngan mama n angah mana..? kenduri tu kan sepatutnya dah habis..” Tanya iris.

“dia orang tengah bercerita dekat taman. Takkan lah mahu tunggu kenduri habis terus balik. Dia orang tu kan kawan so story mori lah agaknya tu.” Lega mifzal, budak kecik ni sudah menunjukkan kerjasama.

“errmm dah..dah..makasih jak lah awak boleh balik. Sini takda sapa-sapa nanti tidak pasal-pasal kena tangkap basah..” sememangnya iris gusar berdua-duaan di rumah tersebut dengan mifzal. Dia tidak pasti perasaan yang tersinkap di dadanya.

“kena tangkap basah pun bukannya apa..?” seloroh mifzal.

“nak sangat basahkan nah ambik ni..” iris mengambil jag di atas meja makan lalu menyiram ke muka mifzal. Buntang mata mifzal dengan tindak tanduk iris.

“dah dah keluar…” marah iris.

‘nasib baik aku hutang dengan kau kalo tak..dah kena dah budak kecik ni’ getus mifzal.

“okey..okey saya keluar.. sebelum tu saya nak….” Mifzal tersenyum memandang iris, perlahan-lahan dia mendekati gadis tu..ternyata iris dalam keadaan kalut..

“hei awak nak buat apa..?” iris perlahan-lahan mengundur lalu memejam matanya apabila tersandar di dinding.

“saya nak minta maaf jak pasal hari tu..haha…awak fikir saya ni apa..?” selamba mifzal bisik di telingga iris.

“ermm okey lah saya nak balik..bye..” mifzal menunju ke pintu dengan riak selamba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience