BAB 6

Horror & Thriller Completed 25928

Keesokkan harinya.

"Maya!" jerit Carmen

"apa?"

"ini soal game semalam! saya kena ganggu! kamu tahu tak! dia sedang marah kita!" jelas Carmen

"siapa marah?" soal Maya

"Hantu tu" Sara menyampuk

"maksud kau?" soal Maya

"aku rasa benda tu marah sebab kita lari macam tu je!" jelas Sara

"semalam saya kena ganggu,dia ketuk pintu rumah saya,so scary!" jelas Carmen

"aku tak kena apa-apa pun"

"memang kau tak kena! sebab kau yang baca mantera tu,so kau dikira tuan dialah!" marah Syuk

"now you see..." Herman menunjukkan kesan cakar di lehernya.

"oh my..." Sara terkejut

"Aku pun ada" Syuk juga menunjukkan kesan cakar di lengannya.

"How about Fariz?" soal Maya

Fariz masuk ke kelas mereka dan membuka bajunya,apabila dia pusing kebelakang,terdapat kesan Cakar yang amat panjang,mereka semua terkejut beruk melihatnya.

"so now! apa yang kita kena buat?" soal Herman cemas

"Kita datang minta maaf" ujar Sara

"what! say sorry?!" soal Carmen

"ya! itulah kita kena buat!" ujar Sara

"so memandangkan perhimpunab belum mula kita pergi sekarang" ujar Maya

semua bersetuju dengan cadangan Maya,mereka pergi semula ke bangunan yang ditinggalkan itu,apabila sampai dikelas tersebut,Maya mula bersuara.

"Hey,Saya tahu kamu mesti berada disini,kami semua minta maaf,kami hanya ingin bermain dengan kamu,maafkan kami semua" jelas Maya

Tiba-tiba Sara menjadi tidak tentu arah,seluruh badannya bergegar seperti dirasuk dan Sara terus menjerit.

"Sara! tolong angkat dia syuk,Faris,Herman bawak dia pergi surau cepat!" ujar Maya cemas

Mereka mengangkat Sara membawa ke surau,Sara tidak berhenti menjerit,pelajar-pelajar islam yang berada di surau mula membaca surah yassin kepada Sara,tidak lama kemudian Sara pengsan.

"Maya? jumpa saya sekejap,Pelajar perempuan jaga dia." ujar seorang ustazah

Maya mengikuti ustazah ke luar surau.

"macam mana boleh jadi macam ni" soal Ustazah

"tadi...kami...."

tidak sempat Maya ingin menghabiskan cakapnya,seorang pelajar perempuan datang memberitahu Sara sudah menyedarkan dirinya dari pengsan.

"Sara kau okey?" soal Maya

"Aku kat mana ni?" soal Sara

"pelajar lain pergi beratur di tapak perhimpunan" ujar Ustazah itu

"ceritakan pada saya,macam mana dia jadi macam ni?" soal Ustazah kepada Maya

"tadi kitaorang lalu kat bangunan lama tu" jelas Maya

"siapa suruh kamu kesitu?! tempat tu kan dah dilarang?!"

Maya dan Sara hanya mendiamkan diri.

"Jangan kamu berdua kesana lagi,kamu berdua perempuan,iman lemah,lagi benda itu suka" ujar Ustazah

Maya dan Sara hanya mengangguk faham.

Maya membawa Sara ke kelasnya,apabila masuk sahaja mereka berdua,Pelajar didalam kelas itu senyap dan memandang Sara seperti ingin memakannya.

Di rumah Maya

"Adik, buat apa tu? papa dengan mama mana?" soal Maya

"kerjalah" jawab adik Maya

"adik buat apa tu?"

"melukis"

"lukis apa?"

"lukis gambar kau bila kau mati nanti!" kepala adiknya berpusing kebelakang matanya keluar darah mukanya berubah buruk.

Maya terjatuh dan cuba untuk bangun melarikan diri tetapi kakinya tidak dapat berdiri,dia hanya mampu mengesot sahaja.

"jangan datang dekat! pergi! pergi!" jerit Maya

"kakak! kakak! kakak okey tak?" soal Adik Maya

"mana? mana?"

"mana apa? kakak ni gila ke jerit jerit!"

Maya mula berasa takut,mungkin benda itu sudah mula menganggunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience