BAB 15

Horror & Thriller Completed 25928

Hari isnin bermulanya hari persekolahan,selepas cuti 2 hari,pelajar-pelajar akan masuk kekelas dahulu untuk meletak beg mereka kemudian barulah mereka beratur di tapak perhimpunan.

Mimi dan kawannya seperti biasa akan sampai dahulu di kelas,buka sahaja pintu kelas bau busuk yang teramat sangat,seperti bau bangkai

Mimi meletakkan begnya di kerusi alangkah terkejutnya dia melihat Ada seseorang sedang terbaring tanpa kedua biji mata dan baju dipenuhi darah.

"Sara..." bisik Mimi

Fira yang ternampak terus menjerit sekuat hati.

berlumba pelajar datang di Blok G,mereka semua tidak menyangka kejadian itu berlaku di sekolah,tidak pernah lagi ada kes pelajar bunuh diri.

Sara telah membunuh dirinya didalam kelas membuatkan mereka takut untuk belajar didalam kelas,takut apabila roh Sara membalas dendam atas kelakuan mereka terhadapnya.

selepas hari Sara membunuh diri,lepas satu-satu pelajar perempuan terkena histeria di bangunan Blok G,semuanya mengatakan ternampak roh Sara berkeliaran.

Tiba-tiba terdapat berita buruk yang terjadi pada lelaki yang telah merogol Sara.

Guru besar memberitahu semua pelajar sekolah itu,lelaki yang telah merogol Sara dijumpai mati dibunuh dirumahnya.

keadaan lelaki itu tanpa kedua biji mata dan isi perut terburai.

Akhirnya,Bangunan Blok G ditutup untuk keselamatan pelajar dan guru,seorang guru juga terkena histeria beberapa hari yang lepas.

Selain itu,seorang pelajar perempuan dirasuk dan cuba untuk menerjun dari tingkat 4 di Blok G itu.

tiada lagi berani menggunakan kelas Di blok G,Security guard juga pernah ternampak lembaga seorang perempuan sedang bermain-main pintu Setiap kelas.

kadang-kadang terdengar bunyi tangisan lembaga itu,sayu sahaja bunyinya,dengar cerita Security guard semua kakitangan sekolah menjadi takut.

Tetapi ada juga pelajar yang ke bangunan blok G itu dengan niat nak ponteng tetapi gagal setelah lembaga itu mencampak kerusi ke arah pelajar yang cuba untuk ponteng.

bila jam tepat pukul 12 malam,bermulalah bunyi pintu dibuka tutup,meja dan kerusi bergesel,kadang-kadang kerusi dicampak keluar,dan bunyi cermin tingkap pecah.

Tiada sesiapa yang boleh masuk ke tempat itu,kawasan itu sudah menjadi kawasan larangan.

Tapi,ada juga yang berdegil iaitu Sara dan kawan-kawannya.

-Tamat-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience