BAB 2

Horror & Thriller Completed 25928

"Bangun! Selamat pagi cikgu!"

"okey selamat pagi,duduk semua,hari ini kita ada pelajar baru,masuk" jelas Cikgu Izah

"hensemnya" bisik seorang pelajar perempuan

"perkenalkan diri kamu" ujar Cikgu Izah

"Hai,nama saya Muhammad Fariz Bin Nazri,saya berasal dari Johor dan berpindah ke sini sebab my dad ada urusan kerja dekat sini,sila beri tunjuk yang baik kepada saya,terima kasih"

"okey,Fariz kamu duduk sebelah Syuk" ujar Cikgu Izah

Fariz memandang Syuk dengan senyuman,Syuk membalas senyumannya.

"siapa nama awak?" soal Fariz

"Syukri...Muhammad Syukri" jawab Syuk

"ouh..."

Fariz tersenyum sekali lagi memandang Syuk.

beberapa jam kemudian,loceng berbunyi menandakan waktu balik sekolah,Pelajar lain sudah pun keluar dari kelas kecuali Syuk dan Fariz,Syuk sedang mengemas bukunya manakala Fariz hanya memandangnya,Syuk perasan akan pandangan Fariz.

"kenapa pandang saya macam tu?" soal Syuk

"saya suka tengok muka awak..awak comel" jawab Fariz

Syuk butangkan matanya,dia agak terkejut dengan jawapan Fariz.

"Saya balik dulu ye"

"nanti dulu! boleh saya minta nombor awak?" soal Fariz

"boleh tapi nak buat apa?" soal Syuk

"nanti apa-apa hal pasal kerja sekolah ke saya tak berapa faham boleh minta tolong awak" jelas Fariz

"ouh kejap ye"

Syuk mengambil buku memo-nya dan menulis nombor telefonnya.

"nah..."

"terima kasih" ucap Fariz

Syuk berasa hairan dengan sikap budak baru itu,tetapi dia tidak endahkan lansung,dia juga berasa gembira kerana ada kawan sebelah mejanya...dia tidak lagi duduk berseorangan di mejanya.

Apabila sampai ke rumah,Syuk terus masuk ke dalam biliknya dan membuka whatsapp...ada 5 unread message dan bila Syuk membukanya,rupanya Fariz yang menghantar.

"hai awak"

"Saya happy ada kawan dengan awak"

"awak buat apa?"

"esok tunggu saya dekat pagar sekolah tau"

"jumpa esok"

Syuk membiarkan saja tidak membalas mesej Fariz,dia mula mengesyaki Fariz sesuatu.

Keesokkannya harinya.

"beb,kau okay?" soal Sara

"okey je...kenapa" jawab Maya sambil tersenyum riang

"hah! beginilah sahabat saya" sampuk Carmen

"sorry tau Carmen,semalam marah awak" kesal Maya

"oh tak apa,saya faham"

"So,memandangkan harini cikgu mesyuarat,apa nak buat,ponteng jom!" ajak Sara

"tak maulah..." jawab Carmen

"hah! aku ada idea...you all pernah dengar tak pasal " Pencil Game"?"

"tak...tapi macam menarik je" Jawab Sara

"laa tak tahu! so kampunglah you all...game ni trending kat luar negara tau" jelas Maya

Sara dan Carmen saling berpandangan...mereka kelihatan sangat bingung.

"blur pula you all ni...baiklah i story sikit...Game dia macam ni"

tidak sempat Maya menjelaskan tentang permainan tersebut,Guru ganti masuk ke kelas.

"okey pelajar,memandangkan guru kamu mesyuarat saya akan berikan kamu kertas latihan..." jelas cikgu tersebut

"nantilah aku cerita lagi" jelas Maya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience