BAB 7

Horror & Thriller Completed 25928

"murid-murid,anda boleh mula menjawab sekarang." ujar Cikgu Fatimah

"aduh...perut sakit pula ni,cikgu...boleh ke tandas sekejap,tak tahan" jelas Carmen

"Pergilah cepat" ujar cikgu Fatimah

Carmen berlari masuk kedalam tandas. Apabila selesai dia pergi ke sinki untuk mencuci tangannya,tiba-tiba dia terdengar air terpasang di dalam bilik air yang tertutup,setahu dia,hanya dia seorang yang berada di dalam tandas tersebut. Carmen memberanikan diri pergi melihat,perlahan-lahan dia menolak pintu,tetapi tiada orang pun,hanya air sahaja terbuka,Carmen menutup air tersebut.

sedang dia ingin keluar dari tandas,dia terdengar bunyi seperti perempuan sedang menangis,bunyinya sayu,Pada mulanya dia ingin melarikan diri tiba-tiba Pintu bilik air tertutup sendiri,Carmen menjerit minta pertolongan.

"tolong buka pintu ini,tolong saya!!!"

tetapi tiada sesiapa yang mendengar jeritannya. Dia terasa ada sesuatu dibelakangnya sedang memerhati,perlahan-lahan dia berpusing kebelakang,dan alangkah terkejutnya dia Lembaga berambut panjang,muka yang amat buruk,bajunya berlumuran darah tanpa kedua biji mata sedang terapung dibelakangnya,perlahan-lahan lembaga itu datang ke arah Carmen,Carmen terduduk dan menutup mukanya,tiba-tiba keadaan sekeliling menjadi sunyi,perlahan-lahan Carmen membuka matanya,lembaga itu betul-betul di depan matanya

"ahhhhhhhh!!!" jerit Carmen

Carmen ditarik masuk kedalam bilik air,Lembaga itu membunuhnya dan mengorek matanya.

"mana Carmen? lamanya pergi tandas,Cuci tandas ke?" bisik Sara

"eh lama si Carmen pergi tandas ni tak balik-balik?" soal Cikgu Fatimah

Tiba-tiba suara perempuan menjerit,semua menggelupur keluar dari kelas ingin lihat apa yang terjadi,kelihatan ramai pelajar berkumpul didepan tandas perempuan sebelah bangunan lama itu,Mereka berpusu-pusu pergi ke sana.

apabila sampai disana,Maya melutut menangis,Sara pula menutup mulutnya cuba menahan muntah tetapi gagal dia berlari keluar dan muntah,jijiknya dia melihat Carmen yang mati dalam keadaan tanpa biji mata sebelah kanan dan berlumuran darah di bajunya,di muka dan lengan Carmen mempunyai kesan cakar.

tak lama kemudian,polis sampai dan membawa keluar mayat tersebut,Maya masih tidak berhenti menangis teresak-esak.

"Boleh saya tahu? siapa kawan baik Carmen?" soal seorang Polis

"Saya dengan dia" jawab Sara

"ikut kami ke balai untuk soal siasat" ujar polis itu

Di balai polis

"awak berdua tahu? apa punca kematian kawan awak?" soal Polis bernama Inspektor Kamal

"tak tahu encik" jawab Sara

Encik Kamal hanya memandang mereka berdua.

"perhatian murid-murid,sekolah kita akan ditutup selama seminggu,Seperti yang kamu semua tahu,seorang pelajar kita telah mati semasa berada didalam Tandas,kematiannya sangat-sangat tragis,samada manusia yang lakukannya atau sebaliknya,Kamu semua akan diberi latihan untuk dibuat di rumah." ujar Pengetua sekolah

Syuk dan Herman saling berpandangan,mereka tahu ini bukan kerja manusia tapi benda yang sedang menghantui mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience