BAB 13

Horror & Thriller Completed 25928

"masuklah..." ujar Maya

Sara masuk ke dalam rumah Maya,Rambutnya yang panjang mengurai menutup mukannya yang lebam.

"sorry,aku memang cintakan dia...aku suka kat dia sejak birthday party kau lagi..." jelas kesal Maya

"tak apa...aku tak kisah" jelas Sara sambil tersenyum memegang pisau.

"kau okey?" soal Maya yang pelik melihat gelagat Sara

"aku okey lepas...aku bunuh kau!"

Sara menikam dada Maya,Seperti biasa Sara Mengorek mata Maya,bukan Sara tetapi lembaga yang merasuki Sara.

Sara beredar dari rumah Maya,dia berlumuran darah yang terpercik di baju dan mukannya.

Lembaga itu membawa Sara di Bangunan yang kosong,Lembaga itu memimpin tangannya masuk kedalam bangunan kosong.

Sara seperti kebingungan,dia tidak sedarkan dirinya,seolah-olah dia di Pukau.

sehingga sampai ke tingkat 8,Lembaga itu menolak Sara jatuh kebawah,Sara memandang saja lembaga itu senyum kepadanya,airmatanya mengalir.

orang ramai berlari ingin melihat apa yang terjadi,kepalanya keluar darah yang banyak,darah memancut keluar dari mulutnya.

*Flashback cerita Lembaga tanpa mata bernama Sara.

"Sara,kau nak lepak tak harini?" soal Mimi

"boleh juga"

"Mamat hensem!" jerit kecil Fira

Sara memamdang ke arah jejaka yang sangat tampan,jejaka itu tersenyum ke arahnya.

"dia senyum kat kau nyah!" jelas zafri

"dia suka kat kau" usik Mimi

"apalah merepek kau orang ni,dia senyum je" ujar Sara

waktu balik sekolah telah tiba,Sara berjalan sendirian pulang ke rumahnya,tiba-tiba ada kereta berhenti didepannya.

jejaka hensem yang keluar dari kereta itu.

"hai awak" sapa jejaka itu

"hai.." senyum Sara

"jom kita pergi minum,sambil tu,boleh kita kenal-kenal"

tanpa berfikir panjang Sara mengangguk dan mengikut lelaki itu,dia tidak tahu yang lelaki itu ada niat jahat terhadapnya.

"awak kata nak ajak saya minum,tapi ini kan condo?" soal Sara

"Saya nak bawa awak jumpa mak ayah saya,saja nak kenalkan jom"

Sara hanya mengikut lelaki itu,apabila sampai dirumah,Lelaki itu menutup pintu dan mengunci.

"awak...apa awak nak buat ni?" soal Sara cemas

"minum-minum,berseronok"

"saya nak balik,saya taknak"

"rilek sayang,kita happy dulu baru i lepaskan you"

lelaki itu menarik tangannya masuk kedalam bilik,Sara menjerit

"lepas! lepaskan saya! jangan buat saya macam ni,please saya merayu dekat awak" rayu Sara

"diam!" lelaki itu menampar Sara

Tak lama kemudian lelaki itu keluar tanpa berbaju dan hanya bertuala sahaja,Sara menutup badannya dengan selimut dan menangis teresak-esak.

Sara berasa menyesal tetapi semuanya dah terlambat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience