Semua pelajar dari kelas lain melihat apa yang sedang berlaku di tingkat 3. Hana yang berdiam diri lalu melindung kawan kesayangannya Mila yang sedang ketakutan. Salah satu dari sekumpulan lelaki itu berjalan mendekati Hana dengan senyuman yang menyakitkan hati Hana. "Oi.. Berani ey kau jerit kuat-kuat depan semua pelajar kat sini.. Kau ingat kau sape nak mencabar kami orang.. Kami orang tau lah yang kau ni pelajar paling cemerlang dalam sekolah kami orang.. Tak payah lah nak tunjuk berlagak pandai sangat..," kata lelaki itu merupakan ketua kumpulan tadi. Hana hanya mampu bersabar manakala Mila memujuknya untuk berhenti. "Kau dengar sini.. Memandangkan kau telah memalukan kami di depan semua org yang ade kat sini.. Kami akan keje kan kau sebagai balasan kau," kata lelaki itu lagi sambil tersenyum lebar.
Tetapi Hana hanya tersenyum tanpa perasaan takut dengan apa yang lelaki itu katakan kepadanya. "Let's see who will the win in this game," kata Hana dengan gelak ketawa kecilnya. Lelaki yang sedang berdiri dihadapannya masih terdiam tanpa mengatakan sesuatu. Lalu Hana pun menarik tangan Mila untuk kembali ke kelas semula kerana masa rehat pun telah tamat. Lelaki itu tetap merasakan dirinya kuat untuk mencabar Hana. Ketika pelajaran sedang dijalankan, Mila pun memujuk Hana untuk berhenti memikirkan mereka tadi. "Hana, boleh tak jangan paksa diri kau? Kau kan baru keluar dari hospital, tak kan lah kau nak menyusahkan ibu dan ayah kau..," kata Mila dengan nada yang perlahan. "Takpe, Mila. Jangan risaukan aku. Aku kan kuat, jadi aku tak nak dia orang ape-apekan kau. Percayalah kata aku, Mila. Demi kawan yang aku sayangi, akan aku jaga dan pasal keluarga aku ....," Hana pun lalu berhenti bercakap tentang keluarganya manakala Mila pun tertunggu-tunggu apa yang Hana ingin katakan.
Jam telah menunjukkan pukul 12:30 p.m. Setelah selesai sahaja pembelajaran, Hana dan Mila pun berjalan bersama-sama untuk menuju ke luar gate sekolah. Ketika Hana gelak ketawa bersama Mila bertukar menjadi diam. Alangkah malangnya, Hana di simbah dengan air cola beberapa kali. Mila yang berhenti ketawa berubah menjadi takut. Orang yang melakukannya adalah sekumpulan lelaki tadi. Ramai pelajar yang sedang menanti kedatangan ibu bapa mereka melihat kejadian tersebut. Sekumpulan lelaki ketawa terbahak-bahak atas kelakuan mereka. Hana hanya diam memandang tingkah laku mereka. "Macam mane, sedap tak cola yang di campur dengan air liur kami orang dalam air tu?!?" kata lelaki itu ketawa terbahak-bahak bersama rakannya yang lain. Hana pun mengeluarkan tiga patah kata, "Tu je kee..,". Sekumpulan lelaki itu lalu diam. "Aku ingat cabaran kau orang kuat rupanye tak pun.." kata Hana sambil tersenyum melihat apa yang mereka lakukan.
Lelaki itu pun mendekati Hana. "Hahh.. Kau ingat kau hebat sangat kee?!? Setahu aku lah kau ni seorang pelajar cemerlang jee.." kata lelaki itu dengan ketawa terbahak-bahak membuat ramai pelajar semakin banyak melihat kejadian itu. "Hana dah lah tu.. jom kita balik.." kata Mila sambil menarik tangan Hana. Hana terdiam seketika. Sekumpulan lelaki pula hanya ketawa dengan keadaan Hana yang dibuat oleh mereka tadi. "Takpe. Hari ni hari kau orang. Kau orang tunggu je ape yang aku akan buat kat kau org," kata Hana sambil tersenyum sehingga membuatkan sekumpulan lelaki itu terdiam. Hana pun lalu beredar bersama Mila. Belum lama rasanya, Puan Umairah ibu kepada Mila datang untuk menjemput Mila balik. Puan Umairah pun melihat keadaan Hana yang dibasahi dengan air cola manakala Mila ingin mengajak Hana balik bersama tetapi Hana menolak.
Selepas itu, Mila berasa ingin menangis melihat Hana yang baru sahaja memulakan hari sekolah sudah mendapat kejadian berikut. "Mila.. Jgn lah menangis.. Kau kan dah janji dengan aku.. Klau ade pape yang berlaku, lupakan sahaja.. Anggap lah semua ni takde pape yang berlaku disebalik kita iyee.." kata Hana sambil memujuk Mila. Mila pun lalu masuk ke dalam kereta tanpa berkata apa. Selepas itu, Encik Faizi pun datang menjemput Hana. Ketika Hana membuka pintu kereta ayahnya lalu masuk, "Yooo!," kata Hana sambil tersenyum. Alangkah terkejutnya Encik Faizi melihat keadaan Hana yang basah. "Hana ...," panggil Encik Faizi dengan perlahan. Hana pun menoleh ke arah ayahnya. "Kenapa..? Ape dah jadi kat Hana ni..? Sape yang buat Hana macam itu..?" tanya Encik Faizi dengan menahan kesabarannya. Hana pula hanya terdiam lalu berkata, "Laa.. Takde pape lah tu ayah. Kami orang main air tadi, bukannya Hana sorang jee. Ade lagi yang lain join dengan Hana tadi. Ayah jangan risau," kata Hana sambil memujuk ayahnya. Encik Faizi hanya terdiam.
Dalam perjalanan balik ke rumah, Hana pun menceritakan perkara yang mengembirakan kepada Encik Faizi. Niat hati Hana ingin melihat ayahnya kembali tersenyum, dia tahu apa yang telah berlaku terhadap dirinya. Sampai sahaja di rumah, Hana pun masuk ke dalam rumah dengan gembira selepas melihat ayahnya tersenyum kembali. Kemudian, wajah Hana berubah menjadi muram setelah melihat ibunya Puan Hafizah yang sedang berdiri dihadapannya. Puan Hafizah pun mendekatkan dirinya kepada anaknya. "Apahal dengan kau ni? Balik-balik je basah baju kurung sekolah, tudung sekolah kau. Ape yang kau main hahhh?!? Kau ni memang tak tau erti ey nak jaga hati ibu kau sendiri! Kau ni tak habis-habis menyusahkan aku selama ni! Sejak kau mula masuk hospital lagi kau buat aku macam ni! Aku ni penat tau takk?!? Pertimbangkan lah penat lelah aku!" jerit Puan Hafizah dengan penuh kemarahan. Manakala Encik Faizi cepat-cepat menghalangkan isterinya. "Sayang, dah lah tu. Hana baru je balik dari sekolah. Nanti-nanti pun dia sendiri yang akan cuci baju sekolah dia," kata Encik Faizi dengan nada yang perlahan. "Abang ni tak habis-habis nak cover dia tu. Abang tau tak saya ni penat lepas balik dari kerja. Abang tengok lah keadaan dia tu. Ape dah jadi ni, bang?" kata Puan Hafizah dengan penuh kesabaran. Hana masih berdiri dihadapan mereka lalu Encik Faizi menyuruh Hana cuci pakaian sekolahnya dan tinggalkan mereka di ruang tamu.
Share this novel