Ketika Hana sedang mencuci pakaian sekolahnya, dia mula termenung jauh dan tertanya-tanya kenapa hidupnya terus terganggu dengan kesakitan, kemurungan, kebencian dalam dirinya. Selepas Hana habis sidai pakaian sekolah di luar rumah, Puan Hafizah memandangnya dengan penuh kebencian. Hana hanya mampu menahan air matanya dari terjatuh. Encik Faizi memanggil anaknya untuk mengajak keluar bersama. Dalam perjalanan, Hana masih mendiamkan dirinya selepas dimarahi oleh ibunya. Dengan pantas, Encik Faizi ingin membuat satu gurauan untuk anak kesayangannya. "Mcm mane nak jadi hero kalau muka asyik moyok jee?" sindir Encik Faizi yang membuatkan Hana berasa malu. "Eish ayah ni! Pandai-pandai je cakap Hana ni tak kuat. Hana kuat tau eyy," kata Hana sambil menunjukkan muka moyoknya. Apatah lagi Encik Faizi ketawa terbahak-bahak selepas bergurau dengan anaknya.
Kemudian, Hana pun bersuara. "Ayah, Hana nak tanya sikit boleh?" tanya Hana dengan masam muka. "Iye ade ape?" tanya Encik Faizi dengan nada yang lembut. "I..Ibu dah tak sayang kan Hana lagi ke ayah?" tanya Hana sambil menahan air matanya. "Laa.. Kenape Hana cakap macam tu? Mestilah ibu sayangkan Hana," kata Encik Faizi sambil memujuknya. "Tapi ayah.. Kenape ibu selalu marahkan Hana sedangkan Hana sentiasa buat segala keje kat rumah untuk ringankan keje dia? I.. ibu benci.. Hana ke ayah? Ja.. jahat sangat ke.. Ha.. Hana ni sampai ma.. macam tu ibu buat?" kata Hana sambil terdesak-desak menangis. Encik Faizi tidak tahu bagaimana untuk menjawab pertanyaan anaknya. Encik Faizi pun mematikan enjin keretanya di tepi jalan lalu memeluk anaknya yang masih terdesak-desak menangis. "Hana.. Dah lah tu iyee.. Jangan lah menangis.. Ayah tau Hana sedih dengan perbuatan ibu Hana tadi.. Tapi Hana kan masih ade ayah kan.. Hana tak berasa berseorangan kan?"tanya Encik Faizi sambil memandang wajah anaknya. Hana pun mengelengkan kepalanya. "Jadi ayah nak tengok Hana kuat macam hero. Boleh Hana berjanji dengan ayah yang Hana kan akan jatuh lagi? Janji?" kata Encik Faizi sambil memegang tangan anaknya. Hana pun lalu mengangguk kepalanya menandakan dia berjanji kepada ayahnya.
Selepas mereka bersiar-siar, mereka pulang dengan membawa bungkusan makanan yang dibeli oleh Encik Faizi untuk makan malam nanti. Selepas mereka masuk, Puan Hafizah pun datang memdekati Hana. "Ibu, ayah ...," belum habis lagi Hana bercakap secara tiba-tiba Puan Hafizah menamparnya. Encik Faizi pun terus menghalang isterinya. "Cuba tengok jam tu dah pukul berape baru nak balik?!? Pakaian sekolah yang kau jemur tu sampai bila kau nak biarkan luar sane?!? Keje kau tu pun nak suruh aku juga yang buat kee?!?" jerit Puan Hafizah dengan kemarahannya. "Sayang ..," belum habis Encik Faizi bercakap terus isterinya memotong percakapannya. "Abang diam. Ni masalah saya dengan budak ni. Tak habis-habis nak menyusahkan orang. Yang kau masih berdiri kat sini dah kenape?!? Pergi lah ambil pakaian sekolah kau!" jerit Puan Hafizah dihadapannya. Hana pun terus berlari membawa bungkusan makanan bersamanya. Hana menangis terdesak-desak kerana sedih dengan apa yang ibunya lakukan terhadapnya.
Selepas selesai sahaja solat maghrib, Hana mengurungkan dirinya di dalam bilik kerana tidak mahu mendengar ibu dan ayahnya bertengkar disebabkan dirinya. Setelah Hana habis membuat kerja sekolahnya lalu dia pun mengeluarkan sebuah buku diari di dalam laci meja belajarnya. Hana pun menulis apa yang telah berlaku kepada dirinya sambil menangis. Dia merasakan dirinya sudah tidak berguna lagi sehinggalah dia benci dirinya sendiri. Hana pun menyimpan diarinya ke tempat asal buku itu lalu membaringkan dirinya ke atas katil. Hana pun terus menangis terdesak-desak membuatkannya lalu tertidur. Kemudian, Encik Faizi masuk ke dalam bilik Hana untuk melihat keadaan Hana. Lalu duduk di tepi katil di sebelah Hana sambil mengatakan sesuatu di telinga Hana, "Ayah minta maaf iye Hana..," katanya. Encik Faizi lalu menangis kerana dia gagal memujuk ibunya. Disebabkan Encik Faizi menyalahkan dirinya kerana Hana terpaksa mengurungkan dirinya dengan menahan lapar. Setelah itu, Encik Faizi memberikan ciuman di dahi anaknya lalu mengucap, "Selamat malam anak kesayangan ayah," kata Encik Faizi sambil tersenyum dan lalu beredar dari bilik Hana.
Pada keesokkan harinya [Di Sekolah], Hana membawa sebeldi air yang diambilnya dari tandas membuatkan pelajar lain hairan apa yang dia ingin lakukan dengan air tandas itu. Setelah sampai sahaja ke kelas sekumpulan lelaki semalam secara mengejutnya, Hana pun menyimbah sebeldi air ke arah sekumpulan lelaki yang sedang bercakap berubah menjadi riuh rendah. Baju sekolah mereka pun basah kuyup serta kerusi meja mereka. "Dasar budak tak guna!" jerit salah satu lelaki dari sekumpulan tersebut. "Jadi, ni barulah mencabar. Kau orang nak tau ni air ape.. Ni lah air tandas yang aku ambil," kata Hana sambil tersenyum lebar. Sekumpulan lelaki berasa begitu marah atas kelakuan Hana yang mencabar kesabaran mereka. "Ape..? Sakit hati kee? Macam tu lah perasaan aku yang kau orang buat semalam," kata Hana lagi. "Kau ni memang nak kena!!" salah orang lelaki dari sekumpulan itu pergi menyerang Hana. Pelajar dari kelas lain pergi mencari Mila untuk menghentikan pergaduhan mereka di dalam kelas mereka.
Share this novel