Bab 1

Romance Series 1284

Selepas beberapa bulan Hana di hospital, dia pergi ke sekolah dengan begitu series. Encik Faizi menghantar Hana ke sekolah seperti biasa. Setelah dia bersalaman dengan ayahnya lalu keluar dari kereta, dia pun melangkah masuk ke kawasan sekolah. Ketika Hana memasang earphone ke telinganya, ada salah seorang murid perempuan berlari di belakang Hana lalu mengejutkannya. "Hanaaaa!" jerit perempuan itu ke telinga Hana. Hana pun meloreh dibelakangnya lalu dia pun begitu gembira, orang yang dinanti-nantikannya adalah Mila. "Milaaa!" jerit Hana drngan gembira. Mereka pun berpelukan kerana lama tidak berjumpa. Mereka pun pergi ke kelas bersama-sama.

"Kringgggg!" loceng pun sudah berbunyi menandakan waktu kelas akan bermula sebentar lagi. Selepas itu, Cikgu Hafiz masuk ke kelas mereka untuk mengambil kehadiran mereka. Selesai sahaja Cikgu Hafiz mengambil kehadiran anak muridnya, dia pun memanggil Hana. "Hana, bagaimana keadaan kamu sekarang?" tanya Cikgu Hafiz kepada Hana yang tengah memandang ke luar tingkap. "Baik, cikgu!" Hana pun menjawab dengan senyuman manis. "Baiklah. Okay, memandangkan cikgu matematik kamu sudah sampai, jadi selamat belajar. Cikgu beredar dulu," kata Cikgu Hafiz lalu kelaur dari kelas mereka. Ketika cikgu sedang mengajar, Hana pula mula buat perangai malasnya. Selepas itu, Hana pun meletakkan kepalanya di atas meja untuk tidur kerana dia berasa sangat mengantuk.


Belum lama rasanya, Hana pun di panggil oleh cikgunya untuk menjawab soalan matematik di papan putih. Jadi, Hana pun bangun dari tempat duduknya lalu menjawab soalan tersebut. Selesai sahaja soalan itu dijawab oleh Hana, cikgu tersebut terkejut melihat jawapan yang di bagi oleh Hana adalah tepat dan betul. Cikgu pun lalu berkata, "Semua murid bagi tepukan kepada Hana." Semua murid memberi tepukan kepadanya manakala Hana pun membalas dengan senyuman manisnya. "Kringggg!," loceng rehat pun telah berbunyi. Hana dan Mila pergi ke kantin bersama-sama. Selepas mereka membeli makanan di kantin sekolah, mereka pun balik ke kelas semula.

Ketika Hana tengah bercakap dengan Mila, satu sekumpulan lelaki sengaja melanggar Hana yang sedang bercakap dengan kawan kesayangannya. Hana pun lalu menjerit dihadapan sekumpulan lelaki tersebut. "Oii! Kau orang ni bute ke tak pandang orang?!? Mata korang letak kat mane eyy?!? Dalam kasut?!? Patut lah tak nampak orang lalu!," jerit Hana dengan berani. Mila hanya terdiam dan berasa takut apabila melihat Hana menjerit ke arah sekumpulan lelaki tadi. Ramai pelajar terdengar seorang pelajar perempuan menjerit dari tingkat 3. Hana terdiam melihat salah satu dari sekumpulan lelaki tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience