Bab 5

Romance Series 1284

Setelah ibubapa pelajar datang dan terus menuju ke bilik mesyuarat untuk bertemu dengan anak mereka masing-masing. Hana yang tengah mengigil membuatkan sekumplan lelaki semakin hairan. "Heyy.. asal dengan budak perempuan tu?" bisik salah seorang dari sekumpulan itu. Manakala yang lain hanya diam. Belum lama rasanya, Puan Hafizah sampai ke muka pintu bilik mesyuarat dengan perasaan marahnya. Puan Hafizah terus menghampiri Hana dan menaparnya di hadapan ibubapa pelajar lain. Sekumpulan lelaki pula terkejut melihat tingkah laku Puan Hafizah terhadap Hana.


"Kenapa kau tak habis-habis menyusahkan aku hahh?! Apa lagi yang kau nak sebenarnya?! Sampai di sekolah pun kau dah nak buat hal dengan anak orang?! Kenapa dengan kau ni, dah hilang akal eyy?!" jerit Puan Hafizah sambil memukul anaknya sendiri. Sebaik sahaja, Encik Faizi sempat menghentikan isterinya. "Dahlah tu. Bolah tak bawa bersabar kita ni kat sekolah bukan kat rumah", bisik Encik Faizi. Dengan pantas, Puan Hafizah terus keluar dari bilik tersebut. Manakala Encik Faizi cepat-cepat mendapatkan anak kesayangannya. "Hana.. ayah minta maaf sebab lambat eyy..", bisik Encik Faizi sambil memeluk anak perempuannya.


Selepas kejadian itu, Hana terus berubah dengan sekelip mata. Wajah ceria dan senyumannya hilang pada masa yang sama. Dia mula mengurungkan dirinya setelah masalahnya diselesaikan oleh Encik Faizi. Selepas itu, Encik Faizi ingin berjenguk anaknya di dalam bilik tetapi Hana menguncikan bilik tidurnya. "Hana.. Ni ayah ada bawakan makanan kegemaran Hana ni.. Hana, bukalah pintu ni.. Ayah rindu nak tengok wajah ceria Hana.. Tolonglah, Hana dah berapa hari Hana tak makan.. Tolonglah...", pujuk Encik Faizi dengan menahan air matanya tetapi Hana masih tidak bersuara. Hati Hana hancur bagaikan kaca, perasaan kasih sayang terhadap sesiapa sudah pun hilang. Hana terus mematikan segala sisa hidupnya di dalam bilik tidurnya.


Beberapa minggu kemudian, Hana pun datang ke sekolah seperti biasa tanpa dirinya yang ceria dulu. Ramai pelajar lain melihatnya dan menegurnya tetapi Hana hanya mengabaikan mereka. Dengan pantas, Mira terus mendapatkan kawan baiknya. Lalu memanggilnya, "Hanaaa! Tunggu aku weii! Hanaaa!", jerit Mira dari jauh tetapi Hana tidak menolehnya. Mira tetap berusaha memanggilnya. "Hanaaa!", jerit Mira sekali lagi. Sebaik saja Hana berhenti, Mira pun begitu gembira kerana berjaya membuatkan Hana berhenti. Alangkah nasibnya, Hana berhenti bukan disebabkan dia memanggil tetapi sekumpulan lelaki yang muncul di depan mata Hana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience