Salah seorang pelajar lelaki menyerangnya tetapi Hana sempat mengelak dari tumbukan dan dapat mengalahkan mereka yang menyerangnya. "Kau orang ingat kau orang dapat kalahkan aku? Sorry to say this but you all failed to beat me. Too bad", kata Hana dengan nada yang menakutkan mereka. "Kau ingat kau dah menang ke budak?", kata ketua mereka lalu menyerang Hana dengan menggunakan alat pemukul solfball disebelahnya.
Dengan pantas Hana mengambil kerusi yang berdekatan untuk berlawan. Setelah Hana sempat melawannya, dia terus menolak ketua mereka dengan menggunakan kerusi sehinggalah pelajar lelaki itu terjatuh. Lalu Hana pun menyerangnya dengan menggunakan kerusi. "Kyaa!", salah seorang pelajar perempuan menjerit akan reaksi Hana yang begitu kejam. "Hanaaa! Berhenti!", jerit Mila yang baru muncul di depan matanya.
Hana tersedar atas kelakuan dirinya. "Apa dah terjadi dengan aku ni?!", kata Hana dalam hatinya. Beberapa cikgu termasuk guru kelasnya datang untuk menghentikan pergaduhan mereka. Hana serta sekumpulan lelaki di bawa ke pejabat pengetua manakala Mila yang berdiri menahan air matanya yang hampir terjatuh tetapi Hana sempat memberi isyarat kepadanya dengan mengelengkan kepalanya lalu senyum. Mila pun menganggukkan kepalanya. Setelah itu, "Apa dah jadi dengan kamu semua ni?!", jerit pengetua dengan nada yang sangat marah. "Mereka dulu yang cari pasal dengan saya, pengetua", jawab Hana dengan keberanian. "Oi kau dulu yang cari pasal dengan kita orang kan! Asal kau tuduh kita orang pulak?!", jerit salah seorang pelajar lelaki.
Hana tetap tidak mahu dirinya dipersalahkan. "Hahh.. kau cakap aku yang cari pasal dengan kau orang dulu? Mana buktinya, semua orang tau lah yang kau orang dulu yang mulakan", kata Hana dengan tegas. Sekumpulan lelaki tersebut terdiam manakala pengetua mengelengkan kepalanya. "Encik Daus, tolong buat panggilan kesemua ibu bapa mereka sekarang", kata pengetua. Dalam situasi begini Hana mula mengigil ketakutan apabila mendengar pengetua menyebut perkatan "ibu". Sementara menunggu ibu bapa mereka datang, Hana bersama sekumpulan lelaki diminta tunggu di ruang bilik mesyuarat.
Keadaan di dalam bilik tersebut sunyi. "Apa aku kena buat ni? Macam mana aku nak berdepan dengan ibu ni? Apa yang akan terjadi kat aku lepas ni?", kata Hana dalam hatinya dan membuatnya semakin takut. "Kau asal? Takut?", tanya salah seorang pelajar lelaki sambil ketawa kecil. "Mana tak takutnya, pelajar cemerlang kot tambah lagi dia ni pelajar populer", sambung lagi salah seorang dari mereka lalu ketawa. Hana yang masih terdiam dan tidak mampu melawan mereka kerana apa yang dia sedang takutkan itu adalah ibunya.
Share this novel