BAB 3

Fantasy Completed 10952

Berbalik kepada pemilihan individu pada esok hari. Afa Ariana yang sudah menjangkau usia 21 tahun akan memilih perjalanan hidupnya sendiri. Sama ada hendak terus hidup tanpa cinta ataupun bebas di luar kampung tersebut. Pasti semua orang menganggap bahawa hidup bebas ini agak teruk. Tapi bagi Afa, itulah perkara yang diidamkannya sekarang ini.

Setiap penduduk di kampung ini yang telah mencapai 21 tahun harus memilih dua keputusan yang akan menentukan perjalanan hidup mereka. Terus kekal di kampung itu atau keluar dari situ.

Afa keliru. Cuba bayangkan, dia nak keluar daripada tempat ini. Tapi dalam masa yang sama, dia memikirkan ibunya. Dia tak boleh bayangkan jika ibunya ditinggalkan bersendirian. Apa yang harus dia lakukan?

“Apabila kamu semua telah mengecopkan cap jari kamu di atas salah satu kertas, itu adalah muktamad. Kini terpulanglah kepada anda sendiri sama ada ingin terus menjadi penduduk di Kampung Ulu Tanah ataupun menjadi penduduk yang tidak mempunyai matlamat di luar.”

Pesan Wak Zamani yang petah.

Afa hanya mendengar. Hatinya tidak mempunyai haluan. Kini, dia harus membuat pilihan.

Ibu jari Afa diletakkan di atas dakwat berwarna ungu gelap. Kini, dua bahagian terpapar jelas di pancainderanya. Terpapar dua perkataan keramat yang akan diingatinya. KELUAR….KEKAL.

Kepala Afa pening. Semua penduduk sedang melihatnya termasuklah ibunya sekarang ini.

Tanpa berfikir panjang, Afa menutup mata, lalu menggerakkan jarinya dan turut mengecapkannya dibuka matanya perlahan lahan dan mendapati bahawa cap tersebut tepat di bahagian KELUAR. Afa menarik nafas sedalam dalamnya.

Semua penduduk terkejut. Termasuk ibunya juga. Selepas itu, Afa dihalau keluar sehelai sepinggang daripada kampung tersebut. Tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal kepada ibunya, pintu pagar besar pun ditutup.

Afa sebak.

“Kenapa? Kenapa aku pilih untuk keluar? Kenapalah aku ni terlalu bodoh?”

Afa menangis semahu mahunya. Ditumbuk tumbuk pintu besi yang amat utuh dan kukuh itu. Tetapi dia tahu, yang nasi sudah menjadi bubur. Tiada apa apa yang boleh dilakukannya lagi selain, selain memusnahkan pengasas sistem tanpa cinta. Dia berazam.

Dalam tangisan yang sudah makin berkurangan, Afa dapat melihat sekeliling. Hanya dia seorang sahaja yang memilih untuk keluar. Tiada sesiapa yang dapat membantunya ketika itu. Dia tertunduk.

Tetapi, jangkaanya ternyata salah apabila muncul seorang lelaki di sebelahnya. Tangan lelaki itu kekal kemas di dalam poket seluarnya. Wajahnya menatap Afa. Ya, itulah Furqan. Lelaki pertama yang membuat Afa berasa bagai nak gila.

“Dah dah. Menangis macam budak budak. Tak senonoh betul.”

Kata Furqan.

“Hei. Biar la orang nak nangis pun. Orang rindukan mak la.”

Afa melenting. Tiba-tiba, Furqan memberi sehelai sapu tangan kepada Afa sambil wajahnya dipalingkan ke arah lain.

“Nah. Ambil la tisu ni. Lap semua air mata tu.”

Afa terkedu. Tangannya dengan perlahan mencapai sapu tangan tersebut.

“T..te..terima kasih.”

Katanya ringkas.

“Aku tak suka tengok orang menangis. Tambah tambah kau.”

Jelas Furqan.

“Kenapa?”

Soal Afa sengaja nak tahu.

“Sebab muka kau dah cantik. Tak payah la nak burukkan dengan tangisan. Aku suka muka kau bila senyum.”

Furqan yang berani berkata menyebabkan Afa sedikit malu.

“Dah, jom kita pergi ke bandar. Cari tempat tinggal.”

Kaki Furqan melangkah pergi. Afa masih lagi kaku.

“Tapi kita mana ada apa apa. Mana ada duit. Ni pun nasib baik ada baju lagi.”

Tanya Afa yang risau.

Langkah Furqan terhenti. Tangannya masih di dalam poker seluarnya.

“Ooo…kalau macam tu, nanti aku jual baju kau. Boleh dapat duit.”

Sindir Furqan. Afa hanya memeluk tubuhnya. Ya Allah, haraplah aku tak hilang baju. Kalau tak memang aku kena jadi orang asli la nampaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience