BAB 7

Fantasy Completed 10952

Afa membuka matanya. Sedar sedar sahaja, dia terikat di sebatang kayu betul betul di tengah tengah orang ramai. Keadaan Afa ketika itu amat menyedihkan. Mukanya lebam dan kepalanya berdarah. Dia juga dapat melihat Furqan yang sudah tidak bermaya terikat di sebelahnya. Dalam kebingitan suara penduduk di situ, dia dapat melihat seseorang yang amat dikenalinya. Wanita itu menangis teresak esak sambil dadanya dilurut. Itulah ibu Afa yang agak terkejut dengan keadaan anaknya. Afa tertunduk.

Tiba-tiba, muncul Wak Zamani dan sesetengah daripada konco-konconya memegang tali penjerut.

“Oooo…ini rupa rupanya kerja kau lepas tinggalkan kampung ni. Orang macam kau patut mati. Sedia semua.”

Arah Wak Zamani.

Tali penjerut dimasukkan kemas pada leher Furqan dan Afa. Mereka sempat tersenyum. Afa juga mengukirkan senyuman terakhir kepada ibunya. Sebak hati ibunya apabila anaknya diperlakukan sedemikian. Tapi, dia tidak mampu menolong.

“Sedia…1..2?

Kira Wak Zamani.

Selaras dengan itu, satu tembakan kuat mengalih perhatian mereka semua. Mereka dapat melihat seseorang yang berpakaian hitam kemas dan berkaca mata hitam memegang pistol. Dia juga turut membawa sepasukan ejen yang lain. Wak Zamani dan penduduk rasa terancam. Tetapi, lain pula kepada Furqan dan Afa. Mereka bersyukur kerana masih hidup.

“Minta maaf semua penduduk kampung. Saya bukannya nak menganggu ketenteraman semua orang. Tapi, sistem tanpa cinta di sini amat mengarut. Kita sepatutnya berhak mencintai seseorang.”

Jelas Mr. RA.

Akhirnya, wajah Mr.RA didedahkan. Afa agak gembira kerana buat kali pertamanya, dia melihat wajah Mr.RA. Tetapi, dalam keterujaan Afa, ibu kelihatan terkejut. Kaget seketika.

“Abang.”

Jerit ibu sambil berlari ke arah Mr.RA. Ibu memeluk lelaki itu.

“Apa?”

Afa terkejut. Siapa Mr.RA?

Furqan juga turut terkejut.

“Ingat tak lagi. Saya, Rafdan Anwar yang telah pilih untuk keluar daripada kampung durjana ini. Kini, saya banyak belajar tentang dunia luar, yang lebih 100 kali ganda baiknya daripada kehidupan kampung ini. Ternyata sistem tanpa cinta ini sememangnya mengarut.”

Rafdan Anwar berbicara.

Afa dan Furqan terkejut. Rupa-rupanya, Mr.RA ialah ayah kandungnya sendiri yang telah dianggap meninggal dunia. Dia amat tergamam hingga air mata kering.

“Kau tahu apa Rafdan Anwar. Kau tu gila. Kau tak tahu apa apa pasal sistem ni.”

Tengking Wak Zamani.

“Kami ada bukti tentang sistem mengarut ni.”

Afa mencelah. Semua penduduk ingin tahu. Wak Zamani risau.

Afa dan Furqan dilepaskan. Furqan mengambil sesuatu dari dalam poketnya dan ditunjukkan kepada semua orang.

“Sebenarnya, sistem tanpa cinta ini diwujudkan oleh Wak Zamani atas kepentingannya sendiri. Akibat cintanya yang tidak pernah menjadi, dia ingin memusnahkan cinta orang lain. Jelaslah…sistem ini satu benda yang mengarut dan tidak patut diwujudkan.”

Orang kampung mula memarahi Wak Zamani yang sudah tertunduk.

“Wahai penduduk semua, saya isytiharkan bahawa sistem tanpa cinta dihapuskan. Pagar yang menghalang kita daripada dunia luar akan dirobohkan. Kita bebas mencintai orang lain dan bebas untuk menikmati kehidupan.”

Kata Rafdan Anwar membakar jiwa penduduk kampung.

Kini, tiada lagi sistem yang mengarut di Kampung Ulu Tanah. Wak Zamani sudah ditangkap. Ibu Afa dan ayah Afa sudah bersatu kembali. Furqan dan Afa sudah saling mencintai antara satu sama lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience