BAB 4

Fantasy Completed 10952

“Kat mana awak bawa saya ni. Baru tadi je saya seronok shopping dekat SUGUS tu.”

Bisik Afa perlahan.

“Allah huakbar. Berapa kali aku beritahu kau, SOGO…S.O.G.O….bukannya SUGUS. Sugus tu gula gula.”

Balas Furqan dengan nada suaranya yang menjengkelkan.

Afa hanya mencebikkan bibir. Setelah 10 minit menunggu, akhirnya mereka masuk ke dalam sebuah bilik. Afa takut. Dia hanya berdiri di belakang Furqan. Furqan hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Nak ketawa pun ada.

Mereka dapat melihat sesusuk tubuh sedang duduk di kerusi sambil tubuhnya menghadap ke arah belakang.

“Tuan, saya dah jalankan tugas seperti yang diarahkan.”

Furqan membuka bicara.

Afa hairan. Tugas apa? Apa ni?

“Bagus…sekarang saya nak dia perkenalkan diri. Silakan.”

Balas lelaki misteri itu. Furqan menyiku tubuh Afa perlahan untuk memberi isyarat.

“Hmmm…saya tak tahu apa semua ni…tapi saya Afa Ariana Bin Rafdan Anwar. Berasal dari….”

“Saya tahu. Cukuplah sekadar nama…”

Balas lelaki misteri itu.

Afa pelik. Bagaimana lelaki itu tahu nama dia? Jangan jangan, dia selalu skodeng ke?

“Selamat datang ke AASTC atau lebih dikenali sebagai Agensi Anti Sistem Tanpa Cinta. Di sini, saya mahu menyatakan yang awak direkrut untuk menjadi salah seorang ejen penyiasat. Saya dah tugaskan Furqan untuk berlakon sebagai rakyat baru di kampung awak dan merekrut seberapa ramai yang boleh. Tapi, awak seorang sahaja yang bertuah.”

Jelas lelaki itu panjang lebar.

Afa tergamam sekali lagi.

“Panggil saya ‘Mr. RA’ dan saya ketua dalam agensi ini.”

Sambungnya lagi.

Afa hanya mendengar dengan teliti. Walaupun dia tidak berapa faham dengan apa yang dilalutkan.

“Furqan, bawak dia ke asrama kita dan pastikan dia dapat semua keperluan. Dia akan mulakan latihan dari sekarang selama sebulan.”

Arah Mr. RA.

“Baik tuan.”

Furqan patuh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience