BAB 8

Fantasy Completed 10952

“Afa, hari ini kita ada satu lagi tugas penting.”

Kata Furqan ringkas sambil memperkemas rambutnya.

“Tugas apa?”

Soal Afa.

Dia hairan walaupun sedang bercuti, masih ada tugas khas. Furqan membalas dengan mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

Mereka bergerak ke arah sebuah rumah kosong dan memulakan misi. Macam biasa, Afa yang akan membuka peti besi. Sebuah peti besi dapat dibuka oleh Afa. Saat dia membuka peti tersebut, dia dapat melihat sebentuk cincin di dalam bekas sahaja. Diambil cincin itu lalu direnung.

Tiba-tiba, Furqan datang dari belakang dan memegang tangan Afa.

“Afa. Saya nak awak tahu, dalam kita melakukan sisatan, awak juga telah ‘menyiasat’ hati saya. Alangkah bagusnya jika kita dapat hidup bersama-sama hingga ke Jannah. Sudikah awak?”

Soal Furqan sambil mengambil cincin yang dipegang Afa.

Afa tersentuh. Tiada apa apa lagi yang boleh diungkapkan selain “Saya terima”. Matanya mula berair. Kini, dia sudah faham erti sebuah cinta yang sebenar. Cinta memang mendebarkan, menghangatkan dan meresahkan. Saat dia merasai semua itu, lelaki yang benar benar sudah membuka kunci pintu hatinya ialah tidak lain dan tidak bukan, Furqan, si ejen penyiasat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience