BAB 2

Fantasy Completed 10954

Insiden pembunuhan terhadap pasangan yang bercinta diteruskan dengan rancak. Kali ini, abang kandung rakan Afa sendiri, Alfian dikelar bersama-sama Alya yang dikenalinya. Disebabkan itu, Afa berdendam. Siapa yang mewujudkan sistem mengarut INI? Adakah dia?

Afa melangkah masuk dengan hati yang terasa bagai nak pecah. Pejabat ketua kampung direnung dengan teliti. Muncul susuk tubuh yang amat dikenalinya tapi, tak pula dihormat dan diseganinya iaitu Wak Zamani. Afa syak yang Wak Zamani lah punca semua ini.

Perasaannya itu menjadi lebih kuat setelah mendengar pengakuan Wak Zamani. Dari saat itu, dia tahu. Dia harus menghapuskan Wak Zamani. Menghapuskan sistem itu. Mengahapuskan dunia tanpa cinta. Tapi, bagaimana?

Malam itu, langit terasa sejuk. Tubuh Afa bagai nak frostbite dengan bayuan sepoi sepoi bahasa. Ditambah pula dengan bunyian cengkerik yang memenuhi malam yang amat gelap itu. Wajah Afa tiada reaksi. Tiada apa apa yang dapat disimpulkan dek mukanya bak lukisan yang terkena hujan. Tak jelas…tapi ada imej dan maksud tersirat disebaliknya.

Dalam kesejukan itu, ibunya datang dan duduk bersebalahan dengannya. Afa hanya tersentak seketika.

“Eh! Ibu tak tidur lagi ke? Selalu pukul 10 dah terlentang dan berdengkur.”

Sempat juga dia memerli ibunya.

Dicubit manja betis dan lengan anaknya itu menyebabkan Afa mengaduh secara spontan.

“Amboi! Pandai mengata orang ye.”

Seraya dengan itu, mulut ibu mengeluarkan kata kata.

“Alah…gurau je la ibu.”

Lantas wajah Afa berubah kembali. Senyuman selama 10 saat tadi hilang. Keluhan pendek didengari oleh ibu.

“Afa takut dengan pemilihan esok ke?”

Soal ibu meneka.

Tapi, Afa terkejut sambil memandang ibunya. Jelaslah bahawa itulah yang sedang bermain di fikirannya ketika itu.

“Macam mana ibu tahu?”

Soal Afa sedikit hairan.

Ibunya tak pernah menggunakan ilmu sihir, bahkan apa lagi jumpa dengan pawang atau bomoh.

“Ibu mana yang tak dapat rasa isi hati anak mereka. Seburuk buruk atau sebaik baik seorang ibu, mereka boleh merasa isi hati anak anak mereka.”

Jawab ibu sambil mengambil tangan kanan Afa lalu diletakkan di dadanya.

Afa tersenyum pahit.

“Ibu, boleh Afa tanya sesuatu?”

“Tanyalah.”

Balas ibu ringkas.

“Mana ayah? Ye, Afa tau ibu cakap ayah dah lama meninggal. Tapi, ibu tak pernah cakap kenapa ayah meninggal.”

Soal Afa dengan berani. Walaupun soalan itu telah keluar dari bibir Afa beribu ribu kali.

Ibu terdiam.

“Sudah la. Ibu tiba tiba sakit tekak. Uhuk uhuk…ibu nak pergi masuk tidur dulu ye.”

Ibu mengelak.

Kakinya bingkas menuju ke dalam bilik tidur.

Tengok tu, pandai betul dia berlakon. Dah boleh kalahkan Rosnah Mat Aris. Haisyyy…Sebab itulah sampai sekarang ni, aku masih tak mendapat apa apa jawapan pun tentang kematian ayah. Yang ibu beritahu hanyalah, Ayah Sudah Meninggal Dunia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience