#10 Tanda-Tanda Bahawa Anda (Bahagian 4)

Humor Completed 9057

#10
Tanda-tanda bahawa anda dengan rasminya telah pun jatuh cinta (Bahagian 4)

3. Bila Handphone berbunyi tanda mesej masuk, terus terkeluar nama dia
dalam fikiran.

Pernah tak korang duduk kat bawah, bilik korang kat atas. Bila dengar mesej masuk, berlari-lari korang naik atas dengan satu nama dalam ingatan dan kepala korang. Sekali rupanya, mesej dari Mr. DiGi. Dia nak suruh korang topup. Maka, korang mencarut panjang.

Pernah tak?

Pernah tak korang dah jalan jauh ni, lepas tu baru teringat yang handphone korang tertinggal kat bilik. Korang berlari yang lajunya bukan boleh dibuat main-main. Semata untuk balik ke bilik dan ambil handphone tu. Bukan apa, takut kalau-kalau si dia call, dan korang just terlepas satu Golden chance untuk mendengar suara merdunya. Sayangnya sepanjang hari itulah dia tidak membuat sebarang panggilan ke anda. Terus anda rasa kecewa serupa orang kalah judi.

Pernah tak?

Pernah tak korang bila korang tengah jalan-jalan dekat Mall, tiba-tiba korang rasa macam handphone korang vibrated kat dalam poket. Dengan pantas capai phone yang terletak di dalam poket bersama satu nama yang akan mesej korang dan bila korang tengok kat screen handphone, nothing actually happen. Ianya hanya fantasi imaginasi korang. Maka korang pun bersumpah untuk taknak tengok lagi screen handphone. Merajuk. Tapi 10 minit lepas tu, korang ulang balik scene yang sama?

Pernah tak?

Pernah tak korang letak handphone atas meja. Screen dia korang tak nampak. Tiba-tiba, rasa macam ghairah gila nak lihat screen tu. Kot la dia mesej, mungkin ringtone berbunyi korang tak dengar, mungkin vibrate phone kau tu rosak, mungkin handphone korang problem, mungkin memori handphone korang dah penuh, sebab tu tak perasan. Bila handphone dicapai, None. Dan scene ini berulang setiap 5 minit.

Pernah tak?

Pernah?

Aku pun.

Kita sebenarnya sedang melalui fasa jatuh cinta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience