#3 Kenapa Saya Tak Dapat... (Bahagian 1)

Humor Completed 9057

#3
Kenapa saya tak dapat jenis kekasih yang saya mahukan? (Bahagian 1)

Kepada yang dah berkekasih tu, dah bergaduh pasal perangai kekasih tu macam puaka ke belum?

Kalau yang belum berkekasih, dah berkekasih ke belum? Dah tertipu dengan perangai ala ala “Baiknya mamat ni, mesti kalau nak pegang tangan dia tak bagi, Harrom dia khabor” ke belum?

Kalau yang masih lagi belum berkekasih, aku harap niat korang hanya sebab nak cinta selepas kahwin.

Sebab kalau tak, bapak loser gila. Tak keluar rumah ke? Perangai jenis apa ni?

Masa Pilihanraya korang buat menda? Masa PestaBuku korang buat menda?

So, perangai.

Perangai kekasih yang tiba-tiba;

“Eh, dulu tak macam ni? Sekarang dah macam ni. Dah berubah!”

“Eh, dulu dia tak kedekut, sekarang nak nak yak yak pun pau kita seringgit tak pulang baki. Sentap!”

“Eh, dulu setiap malam mesti call, rindu katanya. Sekarang setiap malam, jangankan miss call, miss me pun dah tak dah. Sentap. Pergi la kahwin dengan futsal tu,”

Jadi persoalan dia disini, kenapa anda tak dapat kekasih dengan sikap yang anda nak. Betul kan? Bila perangai kekasih macam puaka dan korang tak suka. Maknanya sikap tu anda taknak, tapi mendapat.

Kenapa jadi? Secara umumnya, ada dua sebab.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience