#6 Kenapa Saya Tak Dapat... (Bahagian Akhir)

Humor Completed 9057

#6
Kenapa saya tak dapat jenis kekasih yang saya mahukan? (Bahagian Akhir)

Sebenarnya adalah normal untuk kau nampak kekurangan pada kekasih kau. Terutamanya lepas dah nak dekat setahun bersama.

Awal-awal tu jangan nak pelik sangat la apsal tak nampak benda benda yang boleh mendatangkan “He’elleh, boleh tahan bebal juga pakwe aku ni, Apsal la aku boleh bantai minat ke dia ni?”. Sama ada kekasih korang tu orang kuat teater, ataupun mata korang dah cukup buta sebab cinta. Bayangkan sebab cinta, PSY tu dia boleh bantai kata hensem. Tapi sebenarnya, kalau kekasih tu dah lebih setahun dengan korang, tak pernah ada masalah-masalah yang major seperti kaki main perempuan, tak reti setia, kaki pukul dan sama waktu dengannya, takkan la itu pun nak emosi lebih sampai nak minta putus kan?

Biasanya lelaki ni kalau dia tak sayang, dia dah tinggalkan lama dah. Kecuali kalau ada benefit. Lantak la dari segi apa, duit ke, pengaruh ke, boleh buat bangga bangga dengan member ke sebabkan dapat awek tetek berjiwa besar ke, dan biasanya dia akan datang pakej sekali dengan curang. Kalau tak curang tu, takde la tu. Sayang la tu.

Taknak ke dapat pakwe yang sayang awak separuh mati? Susah tahu.

Dan sebenarnya tanya balik diri sendiri tu, mana yang lagi penting?

Kekasih yang mempunyai semua ciri yang kamu mahu, tapi lansung tidak sayangkan kamu.

Atau kekasih yang tidak sesempurna mengikut pandangan kamu, tapi setianya, ke hujung nyawa.

Kalau aku, aku ambik cun dulu. Lantaklah. Ni berkenaan dengan kesetian aku pulak. Kehkehkeh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience