#5 Kenapa Saya Tak Dapat... (Bahagian 3)

Humor Completed 9057

#5
Kenapa saya tak dapat jenis kekasih yang saya mahukan? (Bahagian 3)

2. Sikap kita sendiri.

Kadang-kadang kita tak sedar yang sikap kita sendiri tu melambangkan jenis kekasih yang macam mana kau dapat.

Ini kau dah la anak dara, bangun pagi bukan main lambat. Masak tak reti apa tak reti. Gosok gigi pagi pagi tu macam bertuah gila la kalau jadi. Tapi, nak kekasih jenis bangun subuh. *gelak tepuk meja*

Ala, biarlah kita. Kita ni kan perempuan yang lemah. Senang dipengaruhi la ongkhabor. Jadi, tak salah la kan kalau kita “nak nak” kan? Biarlah dapat kekasih baik baik. Alim alim. Boleh dia bimbing kita. Time kita nak pegang pegang tangan dia, boleh dia jerit “Eh, eh, Harromm”. Ahh, romantik dapat kekasih macam gitu! Rasa macam nak peluk ketat ketat! Ah!

Korang ni kadang-kadang perangai boleh tahan stokin jugak. Dah tau orang alim macam gitu, di ajak bercouple. Apsal tak di ajak kahwin terus kalau dah baik? Kami yang lelaki ni dah la nak lawan nafsu tu, macam nak angkat 10 ekor gajah guna kudrat sendiri. Lepas tu, kalau dah terlajak mendayung, mula la cop lelaki bodoh, lelaki dayus, lelaki bajet alim. Kalau dah kahwin tu esok, bukan setakat nak Ah!, dua tiga lapan ratus kali Ah ah ah pun mendapat.

Eh, dekat mana aku tadi?

Oh, sikap korang.

Senang cerita, sikap korang melambangkan sikap bakal kekasih. Nak pakwe baik? Sendiri tu jadi baik dulu. Nak kekasih setia? Sendiri tu kasi setia dulu. Nak boyfriend romantik? Sendiri tu bagi romantik sikit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience