#2 The Lame Theory (Bahagian 2)

Humor Completed 9057

#2
The Lame Theory - Kenapa lelaki tu dulu minat ke saya, tapi sekarang tidak lagi (Bahagian 2)

“Ya, Lame Theory. Perempuan macam mana cantik pun, kalau kau hari-hari tengok dia, maka dia automatic jadi tak cantik,”

“Unless..”

“Unless, you have fall in love with her.”

“Aku tak rasa macam tu. Aku ada girlfriend.”

“Dan ianya tak bermakna kau takkan jatuh cinta lagi”

Aku ketawa perlahan sebab aku tahu perkara tu mustahil. Mana boleh gadis secantik itu nak jatuh cinta dengan aku. Memang mustahil la.

So, masa berlalu dan aku habiskan hampir banyak masa jugak difakulti. Atas faktor itu, aku sering kali terserempak dengan dia. Nak say hi, aku pemalu. Jadi just say hi dari hati sahaja. Nampak tak betapa aku ni begitu menjaga diri aku supaya tak terjebak kepada benda yang bukanbukan seperti zina hati dan sebagainya dengan gadis yang lain? Nampak tak?

Back to the story. Lepas dah banyak kali terserempak macam tu, muncul satu macam rasa, “Ok, she just another girl. What makes you sangat minat nak tengok muka dia entah? Plus, muka dia cam chubby2 sikit”

See!

I told you.

Dah mula dah. Nampak sedikit demi sedikit kelemahan. Kalau dulu, chubby sikit apadehal. Kalau bulat sikit apadehal.

Lame Theory.

Long story short, baru-baru ni, aku exam. Bila aku masuk dewan peperiksaan yang kebetulan sama dengan dia, aku nampak dia sekali lagi.

Dan kali ni aku tak jadi liquid lagi macam dulu. Yet, she still the same girl that I saw masa awal-awal aku masuk sini. Wajah tak berubah. Chubby macam tu

jugak.muka dia.. Nampak pelik sikit la muka dia.

Kan!

I told you.

Ia dah mula lagi.

Lame Theory.

Bila perempuan yang kau dah mula tak berapa suka, perlahan-perlahan kau

nampak kelemahan dia, tak seperti mana masa mula-mula pertemuan.

Cinta tu kan buta.

Dan pandangan pertama tu memang tak pernah gagal membutakan mata kau dari melihat kelemahannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience