Part 2

Romance Series 2774

'Lantera College'. Kolej yang sememangnya terkenal dengan reputasi yang membanggakan. Ia merupakan antara Kolej ternama yang telah melahirkan banyak graduan-graduan berkualiti di Malaysia.

Maka tidak hairanlah ramai yang memasang angan untuk bekerja di institusi itu. Bagi Hana, dia bangga kerana terpilih menjadi salah seorang tenaga pengajar di 'Lantera'.

Tepat pukul 8.30 minit pagi, Hana tiba di perkarangan kolej. Setelah memakirkan Toyota Vios putih miliknya itu, dia terus sahaja ke Cafe untuk membeli air jus kegemarannya.

"Hey morning. You ada kelas ke pagi ni?" tegur Fahmi yang merupakan pensyarah IT di kolej itu.

"Morning. Ya ada, pukul 10.00 pagi nanti. Awal you datang harini. Pelik."

"Haha. Saja datang awal sebab I nak jadi orang pertama yang tegur you pagi ni. Hehe."

"Euww. Tak habis-habis dengan you punya ayat manis tu. Sorry okay, it's not going to work on me."

"Haha. I'm just teasing you."

Fahmi? Siapa yang tak kenal? Dia dengan bicara manisnya itu memang tidak boleh dipisahkan. Namun begitu, dia sangat disenangi oleh rakan sekerja yang lain kerana sikapnya yang ramah dan selalu tersenyum. Malah dia turut diminati oleh ramai pelajar perempuan kerana wajahnya yang tampan.

"Oklah, I nak pergi beli air ni. Jumpa kat office nanti. Bye." Hana meminta diri.

"Okay, bye."

***

Di pejabat, Hana kelihatan sibuk menelaah material mengajar untuk kelas pagi itu. Satu kebiasaan yang baginya perlu sebagai seorang pensyarah. Walaupun dia mengajar subjek Matematik, tidak bermakna dia perlu ambil mudah dan buat sambil lewa.

Prinsipnya, dia tidak akan sekali-kali memperbodohkan dirinya di depan pelajar. Kalau boleh, dia ingin tampil berkeyakinan dan berpengetahuan apabila berada di dalam kelas.

"Wahh..rajinnya lecturer seorang ni. Confirm tahun ni jadi pekerja contoh. Hihi." Farah berseloroh. Dia merupakan kerani di situ.

"Rajin la sangat.. Ada apa pagi-pagi ni pergi meja aku? Nak bergosip la tu." giliran Hana pula mengusik. Bukan dia tidak tahu Farah tu ialah ketua macik bawang di situ.

"Eh mana ada. Kau ni. Ni haa, list barang yang perlu dibeli untuk event sabtu ni. Petang nanti kau dengan Raqil pergi kedai ni.. bla bla bla.. pastu.. bla bla bla.." panjang berjela Farah menjelaskan.

"Eh jap jap. Dengan Raqil?! Kenapa pula aku kena pergi dengan dia? Takda siapa-siapa bagitau aku pun pasal ni."

"Raqil tak bagitahu kau ke? Sebab semalam kan kitorang meeting pasal event exhibition tu. Kau takda kut sebab kau ada kelas time tu."

"But why me?!"

"I don't know. Yang penting korang kena pergi harini juga sebab esok dah start hias booth kelab kita. Okay Cik Hana? Byeee.."

"Urghh! Tak pasal-pasal!"

Moodnya hilang serta merta. Kalau boleh dia tidak mahu bersua muka dengan lelaki itu. Tapi apakan daya, mereka bekerja di atas bumbung yang sama. Nak taknak terpaksalah dia tahan hati saja.

"Takkan la aku kena quit dari kelab Xtrem-Fox tu semata-mata sebab dia. Eeee! Geramnya! Kenapalah dia ada dalam kelab yang sama."

"TOK! TOK!" tiba-tiba mejanya diketuk.

Raqil sudahpun berdiri di depannya. Dia menghulur sekeping kertas.

"Err..apa ni?" ragu-ragu Hana menyambut huluran itu.

Namun pertanyaannya tidak dihiraukan. Dengan wajah yang tidak berperasaan, Raqil berlalu dari situ dan meninggalkan Hana yang terpinga-pinga.

Hana canggung. Dibukanya helaian kertas kecil itu.

"PUKUL 2.00 PETANG TUNGGU KAT PARKING DEPAN. BAWA SEKALI LIST BARANG UNTUK DIBELI. DUIT ADA KAT AKU."

"Apekah??? Dia tak reti nak WhatsApp aku ke? Kenapa perlu tulis kat kertas?? OMG! Urghhh!" panas sekali hatinya ketika itu. Sudahnya, dikoyak-koyak kertas kecil itu tanpa belas kasihan. Dia membayangkan kertas itu ibarat Raqil. Puas hatinya.

Tepat jam 2.00 petang, Hana sudah tercongong di depan parking. Dia masih menanti kehadiran Raqil.

"Kata pukul 2.00 petang. Tak nampak pun batang hidung! Huh! Janji melayu betul!" marah Hana di dalam hati.

Pantang betul dia dengan orang yang tidak menepati janji. Baginya masa itu adalah emas. Satu minit pun sangat berharga buatnya.

"KLAK! KLAK!"

"Opocot mak engkau!" terkejut Hana apabila alarm kereta di sebelahnya tiba-tiba berbunyi.

"Pfftt!" Raqil yang baru sahaja tiba tergelak. Lebih kepada menyindir.

"Macam tu pun boleh terkejut ke? Mesti tengah maki orang. Tu la balasan. Allah bayar cash je sekarang." Raqil menambah bara. Dia tersenyum sumbing.

Tanpa menghiraukan muka Hana yang sudah bertukar bengis itu, dia menapak masuk ke dalam kereta. Seronok hatinya dapat mengenakan Hana hari ini.

"Urghhhhh!!!" Hana melampiaskan amarahnya.

Kalau tiada undang-undang di negara ini, mungkin sudah lama lunyai tubuh Raqil dibelasah olehnya.

"Tunggulah.. aku akan balas balik apa yang kau buat!" Hana sudahpun merencana strategi. Tidak mungkin dia akan akur dengan pembuli seperti Raqil.

***

Usai membeli barangan yang diperlukan, mereka masuk semula ke dalam kereta.

"Nak makan katne?" tanya Raqil.

"Ha? Hmm balik office jela. Aku tak lapar.."

"GRUU..."

Hana mengetap bibir. "Kurang asam punya perut."

Raqil pula menahan tawa. "Tak lapar konon." perlinya di dalam hati.

"Kita singgah makan dululah. Aku tahu tempat makan yang best." tanpa menunggu jawapan Hana, dia terus memandu keretanya ke tempat yang dimaksudkan.

"Ceh! baik semacam je. Mesti ada muslihat tersembunyi ni. Huh!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience