"Assalamualaikum... Mama.. Oo mama.. Mana pula mama ni?" Laung Raqil. Awal pagi lagi dia sudah memandu ke rumah ibu bapanya.
"Walaikumsalam. Eh Raqil. Asal datang tak bagitahu?" sahut Encik Muhammad yang merupakan ayah kepada Raqil itu.
"Pa.." Raqil menyalam tangan ayahnya, "Qil saja datang bagi surprise. Mama mana pa?"
"Kat mana lagi? Kat belakang tu hah tengah tengok orkid-orkid kesayangan dia tu. Papa pun tak dihiraunya." Ayah melepaskan keluh. Dia buat-buat merajuk.
Geli hati Raqil melihat kelakuan ayahnya itu. "Alaa macam papa tak kenal mama tu macam mana. Nanti dah bosan, dia cari la papa balik." pujuknya.
"Mmm.. tah bilanya. Yang kamu ni datang pagi-pagi duk cari mama ada apa? Nak mengadu la tu?"
Raqil tersipu malu. "Takde pa.. Rindu kat mama. Qil pergi kat mama dulu ya."
"Haa yela." Encik Muhammad arif benar akan hubungan erat anak-beranak itu.
Ibunya terlalu memanjakan Raqil sejak dari bayi lagi. Ini kerana Raqil adalah satu-satunya zuriat mereka. Maka tidak hairanlah Raqil terlalu bergantung harap pada Puan Razimah, ibunya. Apa sahaja kehendaknya akan dituruti. Malah, ibunya juga turut menjadi tempat dia mengadu masalah.
Di halaman belakang, tersergam sebuah taman indah yang dipenuhi dengan pelbagai spesis orkid milik Puan Razimah. Di satu sudut kelihatan dia sedang menyusun pasu bunga.
"Mama.."
"Eh, Qil.. Kenapa tak bagitau nak datang?" ibunya tersenyum riang.
"Qil singgah ni pun kejap je mama. Kejap lagi Qil kena gerak ke kolej. Ada event."
"Oh iya ke. Ke kamu datang ni nak mengadu kat mama?"
"Eh manada.." Raqil menggaru kepala yang tidak gatal. Niatnya sudah diketahui. Mudah sahaja ibunya membaca.
"Dah agak dah.. Apa dia kali ni? Masalah cinta?" teka Puan Razimah.
"Uish mama ni ada ilmu silap mata ke? Tahu je kan apa kat dalam isi hati Qil.
"Alaa tak perlu semua tu pun. Tengok muka pun dah tahu macam orang kematian bini. Siapa perempuan yang kamu gilakan tu?"
"Apa mama ni. Tergilakan apa pula." merah padam muka Raqil mendengarkan tekaan ibunya yang tepat itu. Dia malu untuk mengaku tetapi raut wajahnya menunjukkan sebaliknya.
"Haa tu malu-malu maksudnya betul la kan? Budak office ke? Pensyarah?"
"Mmm.. a ah.."
"Siapa nama dia?"
"Err.. nama dia Hana Rawada."
"Lawa nama budak tu. Cantik tak?"
"Eh tengok orang la mama. Raqil pilih mesti yang cantik punya. Macam ni haa.." Raqil membuat isyarat tangan tanda 'baik'.
"POK" sedas kepalanya diketuk.
"Aduh! Mama.." rengeknya.
"Mama tanya elok-elok, main-main eh. Kamu jangan salah pilih pasangan Qil. Kalau takat cantik kat muka, tapi buruk perangai baik tak payah. Mama takkan restu. Ingat tu." ibunya sekadar berpesan.
"Alaa tu Qil tau lah. Mama jangan risau la, pilihan Qil mestilah yang terbaik. Hana tu walaupun pemarah tapi sebenarnya hati dia baik. Dia mengajar pun ikhlas. Dan paling penting dia pandai menjaga batas-batas dia sebagai perempuan."
"Macam dah berkenan sangat tu. Dia tahu tak kamu suka kat dia?"
"Alamak soalan maut. Mestilah dia tak tahu lagi mama. Sebab tu Qil datang sini nak minta nasihat." omongnya di dalam hati.
"Tak tahu lagi mama. Sebab tu Qil datang ni. Yela Qil mana ada pengalaman mengorat perempuan. Mama tolonglah Qil. Qil tak tahu nak buat macam mana dah."
"Kamu nak mama jumpa Hana tu ke?"
"Eh takdelah sampai macam tu sekali mama.. Qil nak idea je cara nak ambil hati dia."
"Habis tu selama ni apa yang kamu buat?"
"Errr.. Qil.. selalu gaduh dengan dia ma.. Asal jumpa je mesti ada benda yang tak kena."
"Kamu marah-marah dia?"
"Hmm. A ah."
"Haish.. Apa nak jadi dengan kamu ni Qil. Dengan perempuan pun tak bagi muka? Kata suka. Kalau suka kenapa buat macam tu?"
"Qil pun tak tahu la mama. Hati kata sayang, tapi Qil tak tahu macam mana nak tunjuk sayang Qil tu. Lagipun dia tu kuat marah tau ma.. Qil suka tengok. Comel." bila teringat je mesti dia tersenyum sendiri. Kadang-kadang dia sengaja buat Hana marah semata-mata hendak melihat muka comel itu.
Puan Razimah mengeluh. "Susah la macam tu Qil. Perempuan ni kalau hati dia dah benci, susah nak tarik balik. Nanti kamu juga yang berputih mata bila tengok dia lari dekat lelaki yang lebih menghargai dia. Masa tu kamu datang menangis kat mama pun tak guna." Kata-kata mamanya itu bagai halilintar menusuk ke jantung. Dia kaget.
"Aduh. Kalau Hana kena rampas, gigit jarilah aku macam ni. Setahun kut aku pendam perasaan. Takkan macam tu je aku nak lepaskan." dia berkira-kira di dalam hati. Dia harus merancang sesuatu dengan cepat.
"Haa tu fikir apa pula tu?"
"Oklah mama. Thank you so much for your wise words. Qil rasa Qil tahu apa yang Qil harus buat. Love you ma. Assalamulaikum."
"Wa..walaikumsalam..Hati-hati bawa kereta tu...!" jerit Puan Razimah. Pening memikirkan nasib anak bujangnya itu.
Raqil yang sudah berlalu itu pantas menuju ke kereta. Dia tidak mahu mensia-siakan waktu lagi. Hati Hana harus dia kunci.
Share this novel