Raqil bersiul di dalam kereta. Girang betul hatinya. Dia mahu permulaan yang baru buat dia dan Hana. Kali ini dia ingin melayan gadis itu dengan baik.
Sesampainya dia di Kolej, dia melihat sudah ramai pengunjung pameran yang datang. Pameran tahunan itu memang menjadi antara acara kegemaran pelajar di situ. Setiap kelab diwajibkan untuk membuka booth mereka sendiri. Ada juga permainan-permainan yang disediakan untuk menarik perhatian pengunjung.
Kelab Xtreme-Fox yang dianggotai Raqil turut tidak ketinggalan memeriahkan acara. Pelbagai produk dan pakej aktiviti lasak ditawarkan untuk pelajar yang berminat.
Namun dia sekadar datang untuk memenuhi kuota. Lagi pula, dia rindu mahu menatap wajah gadis kesayangannya.
"Weh Raqil. Selalunya kau malas nak datang ke pameran-pameran macam ni. Apa mimpi datang harini?" soal Joe yang juga merupakan pensyarah di situ.
"Saja. Takleh ke?"
"Bukan takleh. Tapi pelik. Macam bukan Raqil Safwan yang aku kenal."
Joe menggaru dagu yang tidak gatal. Mesti ada sesuatu yang menarik dekat sini sampai dia sanggup nak datang. Dia bermonolog sendiri. Manakala Raqil sibuk melilau kiri dan kanan seperti mencari seseorang.
"Kau cari siapa?" tanya Joe kehairanan.
"Erm..Kau dengan student je ke datang harini? Mana yang lain?"
Raqil cuba berselindung dibalik soalan. Padahal dia hanya mahu tahu keberadaan Hana.
"Oh tadi ada Farah dengan Hana. Tapi ni dah hilang dah. Dorang pergi merayap la tu. Asal?"
"Oh takda pape. Kau dah sarapan ke?"
Raqil mengubah topik. Berusaha menyembunyikan rasa terujanya. Dibibirnya terukir senyuman manis.
"Err dah. Tapi yang kau tiba-tiba tersengih-sengih ni kenapa?"
"Ha? Oh aku excited sebab ramai pelajar yang datang harini." Raqil beralasan. Nampak sangat ke muka aku ni happy?
Joe mengecilkan matanya. Dia yang sememangnya rapat dengan Raqil itu tahu ada sesuatu yang disembunyikan oleh sahabatnya itu.
"Oklah, aku nak pergi tengok-tengok booth lain jap. Nanti aku datang balik."
Cepat-cepat Raqil meminta diri. Rimas dia disoal siasat sebegitu. Lebih baik tiada siapa yang tahu akan isi hatinya sebelum dia meluahkannya sendiri.
***
"Mari.. mari.. Hanya untuk harini, kita ada tukang tilik jodoh yang diimport khas dari negara seberang. Hehe. Cik adik, cik abang yang nak cari jodoh tu boleh lah try sekali.."
Promo pelajar itu bersungguh-sungguh. Gamat seketika suasana di booth 'Serasi Bersama' itu. Ramai yang mengerumun. Ada yang berswafoto dan ada juga yang membawa pasangan kekasih masing-masing untuk ditilik.
Raqil yang kebetulan lalu disitu turut berhenti sebentar untuk melihat. Pfft! Tilik jodoh? Mengarut betul. Ada lagi ke orang percaya benda-benda karut macam tu?
Dia menggeleng kepala. Malas mahu terlibat, dia sudah berkira untuk ke booth lain.
"Miss Hana! Miss Hana! Miss Hana! Yeyyyy!"
Langkah Raqil terhenti. Miss Hana? Dia cepat-cepat berpaling ke tempat tadi. Untunglah dia seorang pensyarah, jadi agak mudah untuk dia melepasi lautan pelajar itu dan maju ke saf paling depan.
Tiba-tiba jantungnya bagaikan terhenti. Dia melihat Hana dan Fahmi sedang bermain permainan tilik jodoh itu. "Tidakkkkk!" raungnya di dalam hati. Masakan dia membiarkan sahaja perkara itu berlaku.
Dilihatnya Hana sedang tersenyum malu. Tapi senyuman itu bukan untuknya. Lagi mengharukan, pelajar-pelajar disitu kelihatan teruja untuk mengetahui hasil tilikan pensyarah kegemaran mereka itu.
Dia harus bertindak pantas.
"Tilik saya sekali." katanya spontan.
Hana dan Fahmi terkejut. Dari mana pula datang mamat ni? Orang sekeliling juga sudah berbisik-bisik dan membuat andaian.
"Love quarrel?"
"Cinta tiga segi ke?"
"Untungnya Miss Hana.."
"Ra..Raqil. Kau buat apa kat sini? Tak nampak ke aku dengan Fahm.."
"Kenapa? Tak boleh ke tilik tiga orang sekali?"
Fahmi memandang tajam. Dia rasa tercabar. Takkan dia suka dekat Hana pula? Bukankah selama ni dia layan Hana dengan teruk?
Raqil turut membalas pandangan Fahmi seperti menyahut cabaran untuk menambat hati sang Puteri. Kau jangan harap boleh rampas gadis aku.
Hana yang melihat situasi itu berasa tak keruan. Kenapa dengan dua orang ni? Dah macam drama Korea pula. Dua orang lelaki berebutkan seorang perempuan. Ish! Takkan mereka berdua syok kat aku kut? Tak mungkin!
Tapi...Raqil..Pandangan Hana tertancap pada lelaki itu.
Sumpah dia tidak pernah melihat sisi Raqil yang satu ini. Wajah Raqil kelihatan tampan sekali dengan muka yang serius. Jawlinenya kelihatan seksi sekali! Ada perasaan halus mula singgah di hatinya. "Kacaknya dia.." luahnya tanpa sedar.
Raqil yang terdengar kata-kata itu terus menoleh. "Excuse me?" tanyanya. Dia cakap aku kacak ke?
"Hah?!"
Hana kaget. Aduh..boleh terlepas cakap pula. Wajahnya berubah merah.
"Errr.. Korang berdua ni dah kenapa? Macam budak-budak nak bergaduh je. Tak malu ke dengan student? Kalau korang nak main sangat game ni, korang berdua jela tilik jodoh tu okay? I pergi dulu."
"Hana! Tunggu!" Hampir serentak mereka berdua melaung.
Tapi Hana sudahpun mengorak langkah seribu. Hatinya rasa tak sedap. Bukan kerana sakit, tapi sebab ada sesuatu yang dia sendiri tidak faham. Kenapa jantung aku berdetak pantas ni? Don't tell me... Ah! Tak tak. Tak mungkin!
Raqil dan Fahmi turut membawa haluan masing-masing. Nampaknya, sekarang mereka adalah lawan dalam mencuri hati Hana. Siapa agaknya antara mereka yang bakal berjaya?
Share this novel