Mereka tiba di 'Restoran Rasa Ria' yang terkenal dengan resipi tomyamnya. Pada tika inipun restoran itu sudah penuh dengan pelanggan yang datang untuk menjamu selera. Namun nasib menyebelahi mereka. Ada satu meja kosong di ruangan hujung.
Hana terus saja membelek menu di atas meja. "Wah.. semua nampak sedap. Nak pilih yang mana eh?"
"Kalau awak hantu tomyam.. kat sini diorang ada hidangkan menu Tomyam ala Thai yang sedap. Memang cukup pedas, masam dan pekat. Perghh! Rasa sekali nak lagi." ulas Raqil bersungguh.
Hana yang sedar akan perubahan drastik sikap Raqil itu berasa bingung.
"Dia ni kena sampuk ke? Awak? Eee geli aku dengar. Lain betul sikap dia harini. Tapi kalau fikir balik memang cara dia layan aku lain sikit. Kalau kat pejabat, dia selalu bermasam muka dengan aku.
"Macam aku buat salah besar. Pastu selalu cari gaduh. Tapi bila berdua, kadang-kadang perwatakannya berubah. Dia akan layan aku dengan baik macam sekarang. Hmm.. kenapa agaknya?"
"Woi! Tak dengar ke?!"
"Ha?" Hana gagau. Tak sedar dia mengelamun.
"Aku tahu la kau lapar. Tapi tak perlulah tenung aku macam tu macam nak terkam."
"What?! Eh tolong sikit okay. Tak lalu aku nak makan kau. Ingat badan kau tu sedap sangat?!"
"Erk!" sedar akan keterlanjurannya, Hana pantas menekup mulut.
Orang sekeliling memandang mereka dengan pandangan sinis. Ada yang tersenyum. Mungkin geli hati melihat pasangan kekasih sedang bertengkar.
Raqil pula langsung tidak terkesan dengan kata-kata Hana itu. Dia buat muka selamba.
"Erghh! Ni semua dia punya pasal." Hana menahan marah. Merah padam mukanya.
Selang beberapa minit kemudian, pesanan mereka sudahpun sampai. Aroma tomyam memenuhi ruang. Berselera sekali mereka berdua menjamu selera.
***
Raqil memarkir keretanya di hadapan Kolej. Setelah membuka tali pinggang keledar, Hana bergegas keluar dari kereta. Tidak betah dia berdua-duaan dengan lelaki tu. Canggung rasanya.
Raqil hanya sekadar membototi dari belakang. Di tangannya ada dua plastik barangan yang dibeli tadi.
"Hana!" dari jauh kedengaran namanya dipanggil.
"Hye Fahmi."
"Hye dear. You dari mana ni?"
"I baru balik dari beli barang untuk event nanti. You pula? Dari lunch ke?
"A ah. I ingat nak lunch dengan you tadi. Tapi I tengok meja you kosong je. So I pergilah lunch sorang-sorang." Fahmi buat muka kasihan. Dia menagih simpati.
"Eleh mengada.."
Hana dan Fahmi bergelak tawa. Seperti pasangan kekasih lagaknya.
Namun pemandangan itu amat menjengkelkan di mata Raqil. Dia yang menjadi penonton setia dari tadi merasa rimas. Hatinya tiba-tiba panas.
"Kau bawa masuk dulu la barang ni. Aku dengan Fahmi ada hal nak bincang." Arah Raqil kepada Hana. Bungkusan plastik dihulur kasar.
Hana tercengang. "Hahhh??"
Fahmi juga dalam keadaan bingung. "Kita ada benda nak bincang ke?" tanyanya kepada Raqil.
"Yela, kan tadi kau WhatsApp aku bagitahu. Dah jum bincang kat cafe."
"B..but.." walaupun tidak pasti apa yang berlaku, namun Fahmi terpaksa akur. Raqil sudahpun merangkul lehernya agar mengikutinya.
"Bye Hana! I jumpa you kat office nanti..!" jerit Fahmi.
"O..okay. Bye.."
"Tak guna punya Raqil! Tak gentleman langsung! Boleh pula dia suruh aku angkut barang-barang ni seorang diri. Berat kut! Apa benda yang merasuk dia sampai tiba-tiba berubah angin ni? Eeee!"
Hana menghentak-hentak kaki ke lantai. Macam budak-budak. Mahu tak mahu, dia gagahi juga memunggah barangan itu ke pejabat. Dalam hati, dia menyumpah seranah.
***
"Weh! Asal muka monyok je ni? Gaduh dengan 'honey boo' ke?" usik Leslie. Tadi masa Hana sampai, wajahnya kelihatan marah sekali. Jadi dia tidak berani untuk menegur.
"Hah? Eh kau jangan mention pasal jantan gila tu boleh tak? Aku taknak ada apa-apa kaitan dengan dia okay?!" bentak Hana. Kalau tika itu Raqil ada di depan matanya, pasti sudah hancur lumat tubuh lelaki itu olehnya.
Jika difikirkan, sudah setahun rasanya dia bekerja di situ. Masih segar diingatan waktu pertama kali dia menjejakkan kaki di Lantera College. Semua kakitangan menyambut kedatangannya dengan cukup mesra sekali.
Apabila tiba giliran dia memperkenalkan diri kepada Raqil, Raqil dengan wajah sombong bangun dan berlalu pergi. Mengendahkan Hana yang terkebil-kebil. Sumpah dia malu. Seumur hidupnya, tidak pernah dia diperlakukan sebegitu.
"Uih.. marah benar dia ni. Sabar..sabar. Mamat tu buat apa pula kali ni?" tidak mahu menambah bara, Leslie cuba berdiplomasi. Mungkin sejuk sedikit hatinya.
"Ah malas nak cerita lah. Yang penting jangan sebut pasal dia lagi. Rimas."
"Okay. Okay. Dah, jangan fikirkan sangat pasal tu."
Hana melepaskan keluhan. "Awal pula korang habis training harini. Esok ada lagi ke?"
"A ah. Esok setengah hari je. So bolehlah kita lunch sama." jawab Leslie. "Tapi kan, tadi aku tengok Fahmi duk cari kau. Nak mengayat la tu."
"Mengayat apanya? Dia tu kan memang jenis terlebih peramah. Aku rasa semua staff perempuan kat pejabat ni dah tau pasal tu kut. Lelaki macam Fahmi tu mesti taste tinggi. Yela, muka handsome kan."
"Kau pun apa kurangnya? Kau cantik apa. Sesuailah tu. Sama cantik, sama padan. Hehe."
"Kau jangan nak buat cerita pula eh. Dah, pergi balik meja kau. Kang 'singa betina' tu sound pula."
"Okay Boss." berdicit Leslie pergi. 'Singa betina' yang dimaksudkan adalah Pengurus Sumber Manusia mereka, Cik Adawati Yusof. Seorang yang sangat cerewet dan panas baran. Maka tidak hairanlah ramai yang menggelarnya sebegitu.
Bagi Hana, sudah cukup masalah yang dihadapinya pada hari itu. Tidak mahu ditambah dengan masalah lain pula. "Aduhh.." Dia memicit kepala yang berdenyut.
Share this novel