Bunyi cengkerik kedengaran sayup malam itu. Kelihatan di sebuah taman bunga yang indah, sepasang kekasih sedang bermadu cinta.
"Sayang, cantik kan bulan malam ni? Ditemani bintang-bintang malam yang bergemerlapan dan bunyi cengkerik riang meraikan dua insan yang sedang dilamun cinta. Indah sekali." madah Raqil Safwan.
"Ye sayang. Kalau macam ni setiap masa alangkah indahnya." sambung Hana Rawada pula.
"I love you, my sweet heart."
"I love you too, Raqil, my honey boo." balas Hana sambil melentokkan kepalanya ke bahu Raqil. Meleret senyumannya.
"KRINGGGGG!!!!!!!!" tiba-tiba bunyi jam loceng berdering kuat memecahkan kesunyian malam.
Hana membuka mata. "Mimpi?"
Dengan longlai dia bangun dari pembaringan. Otaknya ligat memproses kejadian tadi.
"My..sweet heart..? Honey b..boo..?"
"Haaaa?!!! Mimpi kejadah ni?? Aku? Dengan Raqil Safwan? Hahahaha!" Hana seakan tidak percaya yang dia boleh termimpikan Raqil dalam tidurnya. Malah boleh pula berpacaran. Gila!
"Wei! Kau dah kenapa? Pagi-pagi dah macam orang gila." Leslie muncul dari balik pintu. Dia bercekak pinggang.
Hana tercengang.
"Oo..mmm...a..aku mimpi tadi." hilang terus gelak tawanya.
"Mimpi apa yang seronok sangat tu?" Leslie menjungkitkan kening.
"Hmm..takde pape. Hehe.. Aku pergi mandi dulu eh." malas mahu memanjangkan cerita, Hana mencapai tuala lalu bergegas ke bilik mandi.
"Eh eh...mengelak pula. Takpe, kang aku tanya balik. Ingat kau boleh simpan rahsia dari aku? Hihi.."
Sepuluh minit kemudian. Hana keluar dari bilik mandi dan bersiap untuk ke pejabat.
"Hmm.. harini nak pakai blaus dengannn.. Haaa.. seluar palazo. Cantik!"
Usai memakai baju, dia beralih pula ke meja hias. Wajahnya yang polos dan bersih itu jarang dikenakan solekan yang tebal. Hanya cukup dicalit dengan sunblock dan gincu matte Maybelline kesukaannya.
Matanya pula dioles dengan eyeshadow berwarna lembut, sesuai dengan warna kulitnya yang putih mulus. Malah dia tidak perlu memakai eyeliner mahupun mascara kerana dia memiliki bulu mata yang panjang dan melentik.
Selesai sahaja bersolek, Hana keluar dari bilik dan menuju ke ruang makan. Perutnya perlu diisi terlebih dahulu.
"Good morninggggg! Waaahh..sedapnya bau..hmmm.." kembang kempis hidung Hana menghidu bau makanan pagi itu. Cukup kena dengan seleranya.
Cepat sahaja dia duduk di meja makan. Dia sudah berkira mahu menjamu selera. Tapi tangannya ditepis oleh Leslie.
"Sedap ye.. nak makan? Boleh..boleh. Tapi ada syarat."
"Haaa? Sejak bila pula ada syarat nak makan ni?" Hana tidak berpuas hati.
"Sejak kau tak bagitau aku apa kau mimpi tadi."
"What? Kena bagitau gak ke?"
"Yes! Aku nak tahu apa yang kau mimpi sampai kau gelak macam orang gila. Cepat!"
"Hek eleh dia ni.. yela..yela aku cerita. Tapi aku kena cerita sambil makan. Boleh kan Cik Leslie Hanafi?"
"Hmm.. Okay.."
Tanpa berlengah, Hana menyuap sesudu nasi goreng kampung berlaukkan sosej kegemarannya.
"Mmmm.. delicious!" puji Hana.
"Ehem.." Leslie memberikan isyarat agar Hana memulakan cerita.
"Oh..hehe.. Hmm tadi aku mimpi..aku mimpi aku kat taman bunga dengan seorang lelaki. Kitorang tengah tengok bulan mengambang. Macam tengah bercengkerama.."
Hana menjeling ke arah Leslie. Leslie menjungkit kening tanda mahu mendengar sambungan cerita itu.
"Well, lelaki tu.. ermm.."
"Siapa lelaki tu?"
"Err..janji jangan ketawa, okay?"
"Okay."
"Raqil."
"Pfft.. Hahahaha! Raqil? Hahahaha!" terburai ketawa Leslie mendengarkan nama itu. Geli hatinya.
Hana pula buat muka tidak puas hati. "Tadi janji takkan ketawa. Eee menyesal aku bagitau." herdiknya di dalam hati.
"Adui.. kau biar betul weh? Kenapa pula kau boleh mimpi bercengkerama dengan mamat tu? Hahahaha!"
"Manalah aku tahu! Dah la cakap I love you, pastu panggil aku my sweet heart. Aku pula panggil dia honey boo. Eeeee OMG! Geli siot!!"
"Honey boo?....Hahahahaha!"
"Eh lebih-lebih pula minah ni gelak." Hana menjuih bibir.
"Kau jangan pasang cerita kat office pula. Ni rahsia antara kita berdua okay? Aku taknak dorang bergosip yang bukan-bukan."
Hana memberi amaran. Dia tidak mahu memberi peluang kepada macik-macik bawang di pejabatnya untuk bergosip.
"Alaa kalau dia tahu pun biarlah. Manalah tahu kut hati dia tiba-tiba berubah jadi lembut. Takdalah dia bermasam muka kat kau selalu. Ni tak, hari-hari jumpa macam anjing dengan kucing. Haha."
"Kau ingat aku nak sangat ke gaduh dengan dia tu? Dia tu yang layan aku dengan teruk sejak hari pertama aku jejakkan kaki kat company tu tau. Apa tah masalah dia. Orang lain elok je layan aku dengan baik. Aku rasa dia tu ada masalah mental!"
"Haish. Jangan cakap camtu. Nanti termakan dengan kata-kata sendiri. Orang kata, fasa pertama dalam sesuatu perhubungan tu bermula dengan rasa benci. Lama-lama jadi sayang. Hihihi."
"Haaaa? Sayang? Uwekkk! Jangan nak perasan! Mark my words, AKU TAKKAN PERNAH JATUH CINTA dengan lelaki tak guna macam si Raqil tu. Faham?"
"Errr.." Leslie kehilangan kata.
"Huh. Dah la. Aku gerak dulu. Assalamualaikum. Tak jawab dosa."
"Er..wa..walaikumsalam. Kurang asam."
.
.
.
.
Pesanan penulis:
Hi, saya Jenja. Terima kasih kerana sudi singgah di ruangan ini. Saya sangat menghargai sekiranya pembaca boleh tinggalkan komen dan pendapat anda mengenai novel saya ini. Ia amat membantu saya dalam menghasilkan karya yang terbaik buat anda semua. ^^
Share this novel