SST - 69

Romance Completed 72474

"Hariz.." Terdengar tangisan seorang gadis dihujung talian.

Lelaki itu tidak membalas.

"I need you.." Sungguh gemersik suaranya dihujung talian.

"Mia.. Kita dah deal benda ni. Mia dengan life Mia, Hariz dengan life Hariz."

"But please Hariz. Mia tak boleh kawal perasaan Mia."

"Please la Mia. Hariz dah ada isteri. Hariz dah ada Najmi. Mia tak boleh nak paksa Hariz untuk sukakan Mia." Kata Hariz.

"Tak boleh ke Hariz bagi peluang pada Mia? Nikahi Mia, Hariz. Please. Mia tak boleh tunggu. Mia tak boleh tolak perasaan tu"

"Stop obsessing over me, Mia! Sudahlah. Kita takkan bahagia." Tegas Hariz bersuara.

"Kenapa tidak? Why you can fall in love with her, kenapa tidak pada Mia? You know me before her, Hariz"

"Bukan soal bila kita jumpa, Mia. Ini soal jodoh. Perasaan Hariz tetap pada Najmi. Mana mungkin semudah itu untuk Hariz suka pada Mia."

"Habis, kenapa Hariz setuju nak bersama Mia waktu tu? Hariz nak mainkan Mia? Hariz dah janji, walau apa pun jadi, Hariz akan bersama Mia, remember?"

"Itu semua sebab Aazad. Mia tak ingat apa yang Mia buat pada Aazad dulu?"

"Hariz.. Mia buat semua tu sebab Hariz. Aazad hanya tempiasnya Hariz.." Kata Mia.

"Sampai bunuh abang Hariz sendiri? Sampai korbankan nyawa tunang Mia sendiri? Macam tu ke Mia?" Air matanya menitis satu persatu bila mengingati khilaf yang pernah dia lakukan dahulu.

Suasana menjadi hening.

"Mia tak kira, kalau Hariz tak datang jumpa Mia sekarang, Mia bunuh diri!"

"Mia! Don't!"

Talian diputuskan.

"Mia!" Sedaya upaya dia mendail nombor Mia.

"Mia!" Jantungnya berdegup laju. Bagaimana jika betul apa yang Mia katakan sebentar tadi.

Dia berfikir sejenak. Meraup wajahnya. Dia mula gelisah. Pandangan tertuju pada almari pakaian.

Lelaki itu nekad. Dia bergegas mencapai beg pakaiannya dan laju tangannya mengambil baju didalam almari lalu dimasukkan kedalam beg.

"Abang.." Panggil Najemie yang baru masuk ke dalam bilik. Hariz menoleh. Dia meneruskan pekerjaannya tadi.

Melihatkan Hariz yang sedang bersiap, dia mengacukan soalan. "Abang nak kemana?"

"Abang nak balik KL" Balas Hariz tergesa gesa. Dia terus keluar dari bilik.

"Abang nak buat apa? Kita dah janji nak ke.."

"Tak jadi, Najmi. Ada orang perlukan abang sekarang." Potong Hariz. Kunci kereta diambil diatas kabinet. Laju sahaja kakinya melangkah keluar dari rumah.

"Siapa, abang? Siapa yang perlukan abang?"

"Abang mintak maaf, Najmi. Kita pergi lain kali je.."

"Wait!" Najemie menahan tubuh itu dari terus memboloskan diri ke perut kereta. Dia menatap dalam wajah itu. "Mia?"

Tiada balasan dan itu kuat mengatakan kebenarannya dari dugaannya tadi. "Abang kena pergi."

"Jadi betul lah Mia?"

"Dia perlukan abang, Najmi."

"Jangan pergi, abang." Najemie menggenggam lengan Hariz kuat. "Kalau abang tetap berkeras nak pergi, jangan harap Naj nak bagi peluang pada abang lepas ni.."

"Jangan jadi macam budak budak boleh tak?" Terus ditepis kasar tangan Najemie dari terus menghalang kepergiannya.

"Naj budak budak abang? Naj atau abang yang budak budak? Fine! Abang tak boleh sangat hilang dia kan.. Pergi! Jangan datang lagi kesini. Sekali lagi kau jejak kaki kau kat sini, aku tak teragak agak untuk sambut kau lagi!"

.

Najwa menghampiri tubuh Najemie yang sedang termenung jauh itu. Helaan nafas dilepaskan perlahan. "Najmi.." Sapa Najwa. Bahu itu dipeluk kejap.

Najemie menoleh sekilas sebelum kembali membawa pandangnya ke jendela.

"Dah lah tu. Janganlah macam ni. Kesian baby kau. Kau monyok macam ni. Makan pon tak, tidur tak cukup"

"Aku tunggu dia hari hari Najwa. Dah dekat sebulan, kenapa dia tak datang datang? Aku dah penat menunggu. Aku boleh maafkan dia kalau dia datang pada aku, pujuk aku. Tapi takde. Ini mungkin pengakhirannya kan.." Ujar Najemie menangis sayu.

"Najmi, kau doa baik baik okeyy.. Mungkin ada sebab kenapa dia tak datang sekarang.. Mungkin dia.." Kata Najwa ingin menenangkan hati si sepupu.

"Dia dah bahagia kot kat sana. Ada disamping perempuan yang dia cinta.."

"Hariz tak cintakan perempuan tu.."

"Mana kau tahu.. Tah tah dah kawin dah pon tanpa pengetahuan aku.."

"Aku tahu Najmi. Aku tahu perempuan tu macam mana.. Kau sabar sikit je. Hariz akan datang pada kau bawakan kemenangan."

"Kalau betul dia akan datang dengan kemenangan, kau jangan bagi dia jejak langsung tanah rumah aku!" Putus Najemie.

"Nejmi.."

"Sudahlah Najwa. Aku taknak dengar.. Kalau aku nampak muka dia muncul depan aku.. aku tak teragak agak pancung kepala dia depan kau!"

.

Wanita itu cukup tersentak setelah mendapat whatsapp dari seseorang berbentuk gambar. Gambar seorang lelaki dan perempuan sedang bermesra di atas ranjang. Apa yang dia tahu, ranjang yang sepatutnya menjadi saksi malam indahnya bersama Hariz.

Handphonenya terhempas dek tak sangka. Darah yang mengalir seperti sudah naik keotak. Dia taktahu tapi dia jijik dengan orang itu. Semakin meluap marahnya bila terkenangkan dia sudah menjadikan lelaki itu sebagai raja dihatinya.

Setitis demi setitis air matanya deras keluar. Kau hancurkan hati aku, Hariz! Dia jatuh terduduk ditempat dia berdiri ketika itu.

.

"Hariz nak pergi mana?" Tanya Mia.

"Takkan nak kemana mana Mia perlu tahu!" Pandangan sleknya diberikan.

"Hariz kena ingat, kalau Hariz jumpa dia lagi, tahulah nasib perempuan tu."

"Tak perlu nak ingatkan banyak kali. Hariz dah muak nak dengar."

"Bagos kalau Hariz tahu. Tapi kalau Hariz buat jugak, Mia tak teragak agak arahkan budak budak tu bawak kepala perempuan tu depan Mia as soon as possible!" Ugut Mia dengan pandangan garangnya.

.

.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience