Completed
1227
“Tak pernah nampak pun pakcik ni. Pengawal keselamatan baru agaknya,” getus Rafaela dalam hati. Rafaela bergegas naik ke tingkat atas.
Sejak peristiwa itu, kisah hantu di P3 semakin galak diceritakan. Namun kerja pembersihan tetap dijalankan seperti biasa. Masalah berunsur misteri bukan alasan untuk memberhentikan rutin pembersihan. Hari ini sekali lagi Rafaela ditugaskan menyapu sampah dikawasan P3. Dia akan ditemani oleh seorang rakan sekerja iaitu Jannah.
Beberapa peralatan pembersihan seperti penyapu, penyodok sampah, sarung tangan termasuk plastik sampah telah diletakkan ke atas troli. Walaupun agak gementar tapi dia tetap meneruskan jua tugas yang telah ditetapkan oleh penyelia. Jannah membawa troli itu turun ke P3 tanpa menunggu rakan sekerjanya. Suasana di P3 diwaktu ini sememangnya agak sunyi.
Rafaela baru sahaja selesai membersihkan tingkat 5. Sekarang ini kalau diikutkan jadual tugasan dia sepatutnya membersihkan P3 bersama seorang lagi pekerja. Rafaela dapati buku log pengambilan barang telah ditandatangani oleh Jannah.
“Alamak! Jannah dah turun ke P3 ? Aku lambatlah ni,” rungut Rafaela seorang diri.
Rafaela menarik sebatang penyapu dan penyodok sampah lalu dia berlari-lari anak ke lif dan terus menuruni ke P3. Gementar perasaan Rafaela apabila pintu lif terbuka. Dia melangkah keluar sambil matanya meliar mencari Jannah. Di satu sudut kelihatan Jannah sedang membetulkan plastik sampah yang dipasangkan pada troli.
“Jannah! Jannah!” kedengaran seseorang melaungkan namanya. Jannah memerhati sekeliling, mungkin rakan sekerjanya sudah tiba.
“Aku kat sinilah Yati!” Jannah melaung kembali. Namun laungan hanya dibalas dengan sepi. Jannah menjenguk celah-celah kenderaan tiada sesiapa pun berada disitu.
“Si Jannah ni pergi mana pulak?” Rafaela pula tercari-cari akan Jannah.
Share this novel