BAB 5

Thriller Completed 1227

“Man! Tolong saya. Saya takut jangan tinggalkan saya,” suara itu kedengaran semakin jelas bagai berbisik ditelinganya. Man jadi kaku, tubuhnya menggeletar.

Rafaela teraba-raba barang-barang di atas meja. Nasibnya baik apabila dia terpegang objek berbentuk lampu suluh. Segera dia menekan punat suis dan lampu suluh terus bercahaya. Lega perasaan Rafaela buat seketika. Dia menyuluh dan berjalan berhati-hati ke hadapan.

“Man! Man! awak kat mana?” Tiba-tiba dia tersuluh wajah Man yang kelihatan pucat. Man seolah-olah merenung ke satu sudut.

Dalam kesamaran cahaya lampu suluh, Man ternampak sosok seorang wanita berwajah pucat. Matanya kelihatan merah dan mulutnya dipenuhi darah hitam pekat yang meleleh jatuh ke bajunya. Bau hanyir menusuk ke rongga hidung. Man nyaris termuntah apabila terpandang isi perut yang terburai dari tubuh wanita itu.

Sebaik sahaja Rafaela menghampiri, Man terus jatuh pengsan. Rafaela semakin cemas.

“Tolong! Tolong!” Rafaela menjerit sambil menepuk pintu sekuat hatinya, Lampu stor tSuzy k semena-mena menyala kembali dan pintu stor terbuka dengan sendirinya. Kelihatan beberapa orang lelaki menerpa masuk ke dalam stor. Mereka menepuk-nepuk muka Man cuba menyedarkannya. Rafaela segera keluar dari bilik stor dan memerhatikan dari jauh sejurus cuba meredakan perasaan gementarnya.

“Kenapa dia pengsan?” Tegur seorang lelaki yang kelihatan agak berusia berdiri tSuzy k jauh dari Rafaela.

“Saya tak tahu. Tapi saya nampak muka dia pucat sangat. Lepas tu dia terus jatuh pengsan,” terang Rafaela.

Lelaki tua itu merenung tajam ke wajah Rafaela.

“Kamu pergilah balik biar kami uruskan Man,” arah lelaki tua itu. Rafaela memandang wajah lelaki itu,

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience