BAB 1

Thriller Completed 1227

Rafaela melabuhkan punggung di atas bangku batu yang disediakan di platform menunggu.

Lega rasanya dapat meluruskan kaki melepaskan kelenguhan sementara menunggu keretapi transit ringan yang seterusnya tiba. Sempat dia membelek akhbar yang mungkin tertinggal oleh tuan punya badan di atas bangku ini.

Mata Rafaela terpaku sejenak bila terpandang tajuk berita di mukasurat ke dua akhbar tersebut.

“Mayat seorang wanita ditemui ditempat parkir disebuah bangunan,” Rafaela membaca perlahan isi kandungan berita itu.

Terbantut bacaannya apabila kedengaran suara rakaman automatik mengumumkan keretapi akan tiba sebentar sahaja lagi.

Diletakkan akhbar itu kembali, sebaik sahaja dia berdiri untuk bergerak kehadapan kelihatan dua orang gadis tiba di platform menunggu.

“Ni budak-budak ofis tempat aku bekerja,” bisik hati Rafaela sendirian.

Rafaela menghadiahkan senyuman pada mereka berdua. Di balas kembali dengan wajah ceria dari dua gadis tersebut seraya melambaikan tangan. Beberapa lama kemudian muncul seorang gadis dari belakang Rafaela menuju kearah dua gadis itu.

“Lambai kat kawan dia rupanya, aku pulak yang perasan,” getus hati Rafaela. Dia tersenyum malu sendiri.

Di dalam keretapi dia berdiri berhampiran dengan tiga gadis itu. Berkerut dahi Rafaela mendengar perbualan mereka bertiga.

“Sekarang ni kecoh pasal cerita hantu kat parkir P3,” air muka gadis pertama kelihatan serius.

“Itulah aku pun dengar cerita yang sama. Cleaner pun takut nak bersihkan kawasan P3 sebab asyik ternampak kelibat je,” gadis kedua yang turut mengakui kebenaran khabar angin itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience